CERITA PENDEK TENTANG HUBUNGAN PERSAHABATAN API DAN AIR
Saya masih ingat lagi zaman sekolah rendah yang penuh dengan cerita - cerita yang disampaikan oleh cikgu - - cikgu yang terselit pelbagai mesej dan pengajaran untuk membimbing murid - murid menjadi seorang insan yang baik dan berguna apabila meningkat dewasa.
Baru baru ini saya tertarik dengan satu kisah pendek ringkas yang diceritakan melalui lukisan, namun penceritaan nya penuh padat dengan pelbagai mesej dan pengajaran yang sangat berguna sekiranya kita benar - benar menghayati maksud penyampaian yang ingin disampaikan oleh pelukis ini kepada para pembaca dan nitizen sekalian.
Ceritanya berkenaan pertemuan api dan air merupakan dua unsur yang berbeza yang tidak dapat bersentuh,namun mereka menjalinkan persahabatan dan bersama - sama mengharungi pelbagai halangan dan kesusahan serta menjaga antara satu sama lain.Sepanjang persahabatan mereka berdua belajar tentang diri masing masing dari segi perbezaan dan pelbagai perkara lagi
Ketika di suatu masa,Si api telah diambil oleh seorang manusia untuk dibawa pulang ke rumah menghidupkan pelita di rumahnya dan si Api terkurung menjadi api pelita yang menerangi rumah manusia itu tadi.Sungguhpun si Api dalam kesusahan Si Air tidak melupakan si Api dan bersama - sama dengan Si Api yang terkurung. Mereka setia bersahabatan dan tidak melupakan dan meninggalkan sahabat apabila berada dalam kesusahan.
Sehingga akhirnya,Si Air berubah menjadi wap dan si Api pula berubah menjadi asap.Maka,mereka pun bersatu dan bersama dalam unsur yang berbeza.
Happy ending kan ?
Apa yang anda boleh pelajari dari kisah ini ?
sila komen sikit dan terima kasih diucapkan atas komen anda semua.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment