Tuesday, March 29, 2016

BAWANG MERAH : PANDUAN SERTA CARA - CARA PENANAMANNYA


BAWANG MERAH : PANDUAN SERTA CARA - CARA PENANAMANNYA 

Allium cepa var. aggregatum atau bawang merah merupakan antara salah satu bahan atau ramuan yang sangat penting sering digunakan dalam masakan seharian di rantau nusantara.Tidak hairan sekiranya bawang merah mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam industri pemakanan seperti kilang dan restoran ataupun cafeteria - cafeteria yang menyediakan hidangan makanan.Selain itu,ianya merupakan bahan atau ramuan yang sering digunakan dalam masakan dirumah sehingga masyarakat kita menganggap tidak lengkap dapur dirumah tanpa bawang merah.

Fungsi lain bagi bawang juga adalah sebagai agen atau tanaman penghalau serangga perosak.Daunnya yang berbau mampu menghindar seranggga perosak datang ke tanaman yang lain
Sedikit pengenalan mengenai bawang merah,Bawang merah dikelaskan dalam keluarga Alliaceae dalam order Asparagales.

 Keluarga : Alliaceae

Genus : Allium

Spesis : Cepa

Nama Saintifik : Allium Cepa Var Aggregatum

Cara Pembiakan : Biji Benih atau Bebawang

Keperluan Cahaya matahari :  100%  selama Sekurang - kurangnya 13 jam ( Seperti direkomenkan )


PENANAMAN BAWANG MERAH
  
 Terdapat dua cara atau teknik penanaman bawang merah iaitu pertama melalui benih dan yang kedua menggunakan bebawang.

Walaubagaimana pun saya tidak akan menjelaskan mengenai cara benih kerana ianya sukar untuk dipraktikkan oleh kerana kesukaran dalam mendapatkan benih bawang dan pengahsilan baawang adalah lambat dengan kadar < 40 % kerana faktor iklim khatulistiwa yang kurang sesuai untuk menanaman bawang berbanding iklim tropika dan subtropika.Lagipun,Penggunaan bebawang lebih praktikal yang telah banyak digunakan dikebanyakan penghasil - penghasil penanaman bawang ini seperti di kebun - kebun kecil.

 
PENYEDIAAN BEBAWANG


Bebawang yang akan digunakan sebagai bebawang di potong 1/3 bagi mempercepatkan percambahannya setelah ditanam nanti.

Bagi penanaman bawang merah pada skala yang besar anda dicadangkan untuk merendam bawang yang telah dipotong ke dalam larutan thiram atau benlate selama 1 - 2 jam  bagi mengelakkan sebarang serangan fungus pada bebawang.

Memotong 1/3 haruslah dibuat dengan teliti bagi mempercepatkan percambahan tunas.Tunas kebiasaannya akan mula tumbuh dalam 2 - 3 hari sekiranya dipotong dengan baik dan teliti.

Jika ia ditanam daripada biji benih, ia mesti dicambah di tapak semaian dan dipindahkan ke ladang apabila benih berumur 5-6 minggu.




PENYEDIAAN TANAH

Bawang merah tumbuh dengan baiknya di tanah lom berpasir yang bersaliran baik. Tanah yang sesuai untuk bawang merah adalah tanah yang tak menakung air.Bawang merah memerlukan siraman air hanya dua kali sehari, iaitu di waktu pagi sekali dan juga petang kemudiannya

Bebawang yang ditanam hendaklah ditimbus dalam tanah dengan sedikit bahagian atasnya dibiarkan terdedah


 JARAK PENANAMAN

Terdapat pelbagai jarak penanaman yang dicadangkan namun dengan mengambil kira tujuan memaksimumkan penggunaan ruang tanah  jarak 20 cm ( Antara Baris )  x 10 cm (antara Pokok ) adalah jarak yang sesuai .

Selain itu perkiraan jarak yang lain seperti 13cm x 13 cm juga boleh digunakan mengikut ruang tanah yang disediakan.



 Selain itu,bagi ruang tanah yang lain anda boleh menanam jenis sayuran yang lain dengan menyelang -selikan barisan tanaman bawang merah dengan sayuran lain seperti kangkung,bayam,kobis, ataupun sawi . Ini kerana bawang merah akan bertindak sebagai tanaman penghalau serangga perosak untuk tanaman lain yang disekitarnya.

PEMBAJAAN

Tanaman bawang merah memerlukan pembajaan sebanyak 2 kali sepanjang tempoh penanaman.Pertama semasa pembajaan semasa penamaman dan kali kedua pada minggu ke 5 pada tempoh penanaman.

 Tiada nilai NPK yang disyorkan untuk penanaman bawang merah. oleh itu kita boleh menggunakan nilai yang disyorkan untuk sayuran berdaun untuk pembajaan tanaman bawang merah.

N 150kg/ha       P  150kg/ha     K 150kg/ha

Selain itu sesetengah pendapat mencadangkan 120g / Mtr


Pembajaan kali pertama

Pembajaan pertama kali mencadangkan untuk menggunakan 100kg N/ha , Baja NPK Hikau (15: 15 : 15 )

Pembajaan kali Kedua

Pembajaan kali kedua pula mencadangkan untuk menggunakan 50Kg N/Ha.Selain itu,ada juga yang menggunakan baja daun pada pembajaan kali kedua ini.


Cara Pembajaan

Baja ditaburkan di sekitar baris di antara bawang.

Anda boleh membuat alur parit di tepi barisan tanaman bawang dan taburkan baja di alur parit tersebut.

Elakkan baja mengenai bawang dan akarnya bagi mengelakkan ianya melecur.

Bagi mengurangkan larut lesap baja anda boleh timbuskan baja yang ditabur ke dalam alur parit.


PENJAGAAN

Penyiraman / pengairan

 Penyiraman amatlah penting pada peringkat pembentukan bebawang atau vegetatif.

Tanaman Bawang Merah memerlukan penyiraman 2 kali Sehari iaitu sekali di waktu pagi dan Sekali di waktu petang.


Cantasan Bunga Bawang

Kebiasaannya selepasa 21 hari penanaman bunga bawang akan mula muncul . Kuntum bunga bawang ini perlu dicantas bagi membantu pembesaran bawang yang besar dan sihat.Sekiranya bunga bawang tidak dibuang ianya akan mengakibatkan segala nutrien disalurkan kepada bunga dan bawang yang tidak mendapat nutrien yang cukup akan mengecut dan mungkin terbantut.

Kawalan Perosak dan penyakit

Bawng merah amat sukar atau jarang diserang serangga perosak kerana baunya yang tidak di sukai oleh serangga perosak.Malah ianya amat sesuai dijadikan tanaman penghalau ( repellent crop ) bagi menghalau serangga perosak.

Serangan ulat ratus (Spodoptera litura) ada tetapi kurang serius. Penyakit utama bawang ialah hawar daun atau tompok.Oleh itu, kawalan dengan menggunakan Mancozeb boleh dijalankan. Penyakit lain seperti reput bawang akibat terendam atau serangan kulat. Serangan penyakit tompok ungu (Altenaria porri) boleh dikawal dengan racun kulat. Penyakit pucuk putih (White tips) boleh menyebabkan daun jadi kering dan hasil sangat kurang.

Langkah lain untuk kawalan penyakit dan perosak adalah dengan merendam bebawang yang telah dan dipotong dan sedia untuk ditanam di dalam larutan thiram atau benlate selama 1 -2 jam sebelum ditos dan mulai di tanam.



PENUAIAN 

Bawang merah boleh dituai hasilnya setelah hampir semua daunnya rebah ( Mungkin dalam 35 - 45 hari ) dan ada juga yang menggunakan tempoh 8 -9 minggu tempoh penamaman sebelum menuai.Bawang yang benar - benar matang dan sedia untuk dituai apabila daunnya kering dan layu
 
 Seeloknya tuai semasa 2 - 3 hari yang tidak hujan bagi memastikan bawang benar - benar kering dan mudah untuk disimpan nanti.Ini kerana,cuaca yang lembap menyebabkan bawang diserang fungus.

Bawang merah dituai dengan menarik bebawang dari tanah dan potong daun yang telah kering dan mati.


Bawang merah yang telah dituai hendaklah dibiarkan selama 10-14 hari manakala  Daunnya yang kering dipotong 2.5 cm daripada bebawang dan kulit luar bebawang hendaklah dibuang. 

Bebawang tersebut kemudiannya dibiarkan selama seminggu lagi sebelum disimpan atau dijual. 

Elakkan menjemur bawang merah terus bawah matahari bagi mengelak bebawangnya rosak.

 
PENGREDAN

Setelah dah dituai, Bawang merah akan di gred mengikut saiznya.

GRED A : 2.5 cm diameter

GRED B : 1.9 - 2.5 cm diameter

GRED C : 1.3 -1.9 cm diameter


HASIL DAN PULANGAN

Penghasilan tanaman bawang pada skala yang besar mengikut perkiraan kasar dengan mengambil kira pengurusan yang baik serta kesesuaian cuaca mampu menghasilkan 6-8 tan bagi sehektar tanaman.

Jumlah kos bagi 1 hektar pengeluaran bawang merah dianggarkan sebanyak RM19,400.00.Sebahagian besar daripada kos ini adalah bagi mendapatkan bahan tanaman dan baja yang diperlukan.

 Pulangan bersih dengan mengandaikan hasil 6 tan bagi sehektar yang dijual pada harga RM3.50/kg ialah sebanyak  RM1,600.00.


Sumber di sini dan sini


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



 

No comments: