Wednesday, March 09, 2016

1:13:00 PM

FENOMENA GERHANA MATAHARI PADA BULAN MAC TAHUN 2016 DI MALAYSIA

Fenomena gerhana matahari amatlah jarang berlaku jika melihat kepada rekod - rekod kejadian yang pernah dicatatkan sebelum ini.Namun pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi untuk menyaksikan antara satu fenomena gerhana matahari yang dimaklumkan berlaku pada pagi tarikh 9 Mac 2016 hari Rabu.

Tarikh 9 Mac 2016 mencatatkan satu lagi peristiwa yang amatlah jarang untuk disaksikan iaitu peristiwa gerhana matahari telah berlaku bermula sekitar jam 7.24 pagi sehingga 9.31 pagi tadi.Orang ramai diseluruh kawasan yang terlibat dalam radius gerhana tidak melepaskan peluang menyaksikan kejadian ini.
Mereka yang berada di Borneo termasuk Sabah dan Sarawak,Pulau Sulawesi dan Lautan Pasifik berpeluang melihat kejadian gerhana penuh gerhana matahari ini manakala bagi yang berada di Semenanjung hanya melihat proses separa gerhana.

Pihak ANGKASA juga telah membuka Planetarium Negara kepada orang ramai dari jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi bagi menyaksi fenomena keajaiban alam ini kepada orang ramai.

Sementara itu,Pihak yang berkenaan juga telah mengeluarkan satu garis panduan kepada orang ramai yang ingin menyaksikan fenomena ini agar melihat terus kepada matahari semasa berlakunya fenomena gerhana ini tanpa menggunakan sebarang penuras kerana dikhuatiri meberikan kesan kepada mata.

Menyentuh sedikit pengetahuan asas mengenai kejadin Gerhana matahari, ianya berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Kejadiaan gerhana matahari ini dijadualkan akan berlaku pada 26 Disember 2019 yang akan datang.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU