Monday, March 28, 2016

REKAAN RARE KASUT TUMIT TINGGI ( HIGH HEEL ) YANG SANGAT JARANG UNTUK DILIHAT



REKAAN KASUT TUMIT TINGGI ( HIGH HEEL ) YANG SANGAT JARANG (RARE ) UNTUK DILIHAT 

Kasut Tumit tinggi dan segolongan wanita memang tidak tidak dapat dipisahkan.Perumpamaanya seperti aur dengan tebing.Kegilaan sesetengah wanita terhadap kasut tumit tinggi memang tidak dapat dinafikan sejajar berkembangnya juga dunia fesyen dan rekaan aksesori wanita termasuk pelbagai rekaan dan jenis - jenis kasut wanita.Perkembangan dalam dunia fesyen telah menambilkan pelbagai jenis pengeluaran pelbagai jenis kasut wanita termasuk kasut tumit tinggi ( high heel ) yang disinomimkan dengan penampilan feminin wanita melalui penggunaan kasut tumit tinggi.

Kasut tumit tinggi secara asasnya bertujuan memberikan ilusi estetik kaki lebih panjang dan langsing. Kasut tumit tinggi datang dalam pelbagai gaya, dan tumit terdapat dalam pelbagai bentuk, termasuk stiletto, sarung, blok, tirus, pisau, dan baji.Selain itu juga penggunaan kasut tumit tinggi juga menyusun posture bentuk tubuh badan pemakai untuk tampak lebih menarik dimana pemakaian kasut tumit tinggi secara tidak langsung akan melentikkan punggung dan dada tampak ke depan pada masa yang sama.

Kepelbagaian rekaan kasut tumit tinggi pada masa kini bukan sahaja menarik minat pelbagai pereka kasut tumit tinggi ini untuk mencurahkan hasil - hasil seni yang mantap dan menarik dalam mempelbagaikan keluaran pasaran kasut tumit tinggi ini.Selain itu peningkatan permintaan yang amat ketara sekian tahun telah berjaya membawa rekaan fesyen kasut high heel ini ke satu peringkat yang amat tinggi malah sesetengahnya dianggap kesenian dalam memberi kepuasan berkarya kepada pereka - pereka kasut ini.

BACA JUGA : VARIASI GAYA POTONGAN RAMBUT YANG MENARIK UNTUK WANITA

Hasil - hasil kesenian ini kemudiannya sering digunakan dalam pertunjukkan dan event - event yang memberikan banyak inspirasi kepda semua tidak mengira ianya adalah pereka yang baru menceburi bidang rekaan kasuut ini dan juga pereka - pereka yang sedia ada dari pelbagai peringkat dan golongan bagi mengilhamkan rekaan - rekaan tersendiri dalam pengeluaran kasut tumit tinggi.

Terdapat sesetengah rekaan yang dikeluarkan mempunyai identiti yang sangat unik malah sesetengah pendapat menganggap iannya sangat pelik atau rare.Kemungkinan rekaan ini dikeluarkan untuk pertunjukkan tertentu,tempahan khas ataupun penggunaannya yang khas dengan menekankan tema dan konsep yang tertentu.Semestinya pereka - pereka kasut tumit tinggi tersebut menyisipkan ciri - ciri dan identiti yang unik dalam rekaan kasut tersebut bagi dijadikan trademark atau keunikan yang khusus dalam rekaan masing - masing.

Jika dilihat kepada sesetengah rekaan unik atau rare ini ianya memerlukan latihan yang khas untuk membolehkan anda memperagakan rekaan unik kasut tumit tinggi memandangkan bentuk sesetengah rekaannya yang sangat komplek.Namun begitu,ianya sememangnya sebuah rekaan mantap yang terkandung unsur kesenian yang tersendiri dan boleh dijadikan inspirasi bagi wanita yang meminati kasut tumit tinggi ( high heel ) ini.











































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: