Tuesday, December 01, 2015

BINGKISAN DARI PASAR SERIKIN DI BAU,SARAWAK

 

 BINGKISAN DARI PASAR SERIKIN DI BAU,SARAWAK

Berkali - kali mengunjungi pasar Serikin tetap memberikan perasaan yang sama kepada saya.Keunikan barangan yang terjual di sini memberikan satu pengalaman yang bgerbeza - beza setiap kali mengunjungi pasar ini.

Pasar yang dibuka kepada orang ramai setipa hujung minggu ini tidak kan pernah menjemukan anda.Barangan yang kebanyakannya dibawa oleh peniaga dari Kalimantan Indonesia ini memberikan harga yang murah dari biasa kepada pengunjung untuk membeli belah pelbagai jenis barangan yang terdiri dari berbagai - bagai kategori.


Setiap hujung minggu pasar Serikin ini kebiasaannya akan dipenuhi oleh Pengunjung yang datang dari pelbagai tempat termasuk dari Negara Brunei,Semenanjung Malaysia dan Singapore.Malah terdapat juga pengunjung yang dari negara - negara yang lain yang ingin melihat keunikan pasar Serikin ini.

kali ini saya kongsikan beberapa bingkisan untuk pengunjung sempat saya rakamkan sepanjang kunjungan saya pada beberapa minggu yang lalu.

Kepada mereka yang belum pernah sampai ke Serikin anda bolehlah mengunjungi Serikin bagi melihat sendiri antara barangan yang dijual di sini .


























 
  
 
  
 
















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: