TEMPAT PENYEMBAHAN SYAITAN LUCIFER DITEMUI DI MONTENEGRO DI WILAYAH QUINDIO,COLOMBIA
Dunia baru ini digembarkan dengan satu pembukaan rumah penyembahan syaitan lucifer yang bertempat di Satu wilayah Montenegro di Quindio Negara Colombia.
Rumah Penyembahan Syaitan Luvcifer tersebut di rasmikan pembukaannya pada 12 Januari 2016 yang lepas.
Ramai netizen beranggapan dan mengutuk bahawa ianya merupakan kekufuran yang nyata bagi seluruh penduduk negara Colombia yang rata - rata nya adalah penganut agama Kristian.
Disebalik kemarahan dan kutukan para netizen tersebut seorang individu yang mengishtihar dirinya sebagai tukang sihir mengaku membuka rumah ibadah itu untuk penyembah lucifer.
Víctor Damián Rozo ataupun nama sebenar Héctor Londoño Villegas, menjelaskan bahawa pembinaan tempat penyembahan syaitan tersebut memakan kos berjumlah USD200,000.00 dan memngakui bahawa dana yang diperolehi kebanyakkan adalah dari luar negara dari pelbagai tempat.
Tempat penyembahan itu dinamakan " The Luciferian Seeds Of Light Temple ".
Walau bagaimanapun, Carlos Eduardo Osorio, Datuk Bandar Quindío, dan juga ketua biskop berdekatan Armenia, Pablo Emiro Salas, menekan dan mengecam bahawa pengamal ajaran syaitan dan penduduk awam harus sedar bahawa fahaman dan kepercayaan adalah dilarang di bawah perlembagaan negara itu.
Rozo kemudiannya tampil membalas hujah tersebut dengan menyatakan bahawa apa yang disembah mereka adalah Lucifer, malaikat yang diusir keluar dari syurga, bukan syaitan.
Walau bagaimanapun, laporan majalah tempatan Crónica del Quindío tmenyifatkan Rozo sebagai sesat dengan menyatakan bahawa beliau menggunakan pelbagai simbol syaitan, seperti Sigil Baphomet dan salib terbalik yang merujuk kepada simbol kesyaitan yang nyata dan bertentangan dengan symbol keagamaan Kristian yang diamalkan di negara tersebut sebelum ini.
Malah laporan akhba di negara itu melaporkan Rozo pernah membuat ritual pengorbanan yang mana bertentangan dengan norma - norma kemanusiaan termasuk dirinya sendiri.
Rozo turut menjelaskan dalam wawancara dengan media negara itu menyatakan bahawa dia sangat kaya,dan puas mengembara dan dia telah banyak menerima banyak sumbangan dari pelbagai pihak yang mana tidak diketahui sumbernya.
Dalam satu petikan majalah beliau mengatakan
"Saya tidak bertanya jika mereka (penyumbang) adalah dari kartel Sinaloa atau Zetas,Ramai yang menghubungi saya dan ia sangat sukar untuk mengetahui sama ada ianya mereka ataupun bukan ".
Dalam satu lagi kenyataan Rozo turut menafikan bahawa beliau adalah pendusta agama yang tamakkan duit semata - mata.Ini kerana beliau tidak menerima pengemis sebagai pengikut beliau dan
menerima orang yang paling berkuasa di negara tersebut sebagai pengikut.
Apa yang mengejutkan Rozo turut menyatakan untuk menjanjikan kekayaan dan Kepuasan nafsu Seks yang Banyak untuk para pengikutnya.Beliau menambah tidak akan melakukan pengorbanan di dalam rumah tempat penyembahan tersebut atau layanan nafsu di dalam tempat menyembahan tersebut.
Ketika ini Rozo sedang dalam rangka jangkaan menjadi tuan rumah kepada konvensyen pengikut Beelzebub yang akan diadakan dalam beberapa bulan yang akan datang.
Berikutan pembukaan rumah penyembahan ini juga turut mendapat kecaman dan pelbagai reaksi yang kuang menyenangkan orang ramai dari seluruh dunia kerana ianya jelas dan terang - terangan bertentangan dengan pegangan agama yang dianuti oleh penduduk seluruh dunia.
Kebimbangan orang ramai tentang pemesongan ajaran agama yang boleh menyesatkan turut disuarakan oleh beberapa petubuhan dan aktivist keagaamaan dari pelbagai pihak.
Berikut saya kongsikan video yang sempat saya cari melalui sumber tententu yang mengulas tentang pembukaan rumah penyembahan syaitan tersebut.
No comments:
Post a Comment