Monday, February 01, 2016

PART 1 : CATATAN MENARIK ANAK KELAHIRAN SARIBAS,SARAWAK.



PART 1 : CATATAN MENARIK ANAK KELAHIRAN SARIBAS,SARAWAK. 

Mungkin tajuk post saya kali ini agak berbeza berbanding sebelumnya kerana kali ini saya ingin memperkenal dan membawa anda semua ke tanah kelahiran saya di Sarawak.Saribas merupakan gelaran satu kawasan yang terletak di Bahagian Betong Sarawak meliputi kawasan sekitar Daerah Kecil Pusa.Saribas juga meliputi kawasan sepanjang Sungai Batang Saribas.

Jika diamati pada sejarahnya,Saribas merupakan salah satu kawasan yang sangat mahsyur ketika dahulu terutama dengan sejarah yang melibatkan peperangan Beting Maro yang turut melibatkan kawasan Saribas ini.

Saribas juga terkenal dengan lagenda " Dayang Isah Tandang Sari " yang mana mengandungi kisah - kisah sejjarah dan lagendanya yang tersendiri.Makam Dayang Isah Tandang Sari sekarang berada di Daerah Pusa,Betong,Sarawak.

Kawasan naungan Saribas adalah Pusa,Rumah - rumah Panjang sepanjang Sungai Undai (Undey ) - Muton,Blassau dan sebagainya,Tambak,Serabang,Tuie,sehingga ke Debak dan ramai lagi perkampungan yang lain termasuk Supa,Medang,buda,Serembang,Bungin,Spaoh dan banyak lagi.

Saya merupakan seorang anak jati yang dilahirkan di Kampung Pusa yang kini merupakan sebuah Daerah yang menjadi Pusat pentadbiran untuk seluruh kawasan Daerah Pusa.

Menjadi seorang yang dilahirkan di Saribas terdapat pelbagai menarik yang sentiasa menjadi kehidupan yang dilalui oleh Penduduk Saribas.

Di sini saya juga ingin memberikan Kredit dan penghargaan kepada Group Facebook " BALO DAK SARIBAS " yang di Kelola oleh Saudara Faizal atau PAYJAY yang mengongsikan gambar dan di sini saya ingin melanjutkan dan berkongsi secara ringkas apa yang menarik dalam kehidupan anak - anak Saribas ini.

InsyaAllah banyak episod akan menyusul selepas ini untuk tatapan seluruh pembaca dan saya juga ingin mengingatkan kemungkinan sesetengah Istilah yang saya gunakan mungkin menggunakan loghat Tempatan Saribas atau bahasa Melayu Sarawak kerana saya tidak pasti untuk menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu."Sorry for unconvinced " hehehe,


TUMBUH NYIUR / NYIOR ( KELAPA ) 

Saya masih ingat lagi semasa saya masih budak saya suka makan benda ini yang biasanya terdapat dalam kelapa tua yang dikupas dan dikopek untuk dijadikan santan semasa mempersiapkan masjlis - majlis tertentu seperti majlis Kahwin,kesyukuran, tahlil sebagainya.

Ianya enak dimakan begitu sahaja malah boleh mengenyangkan malah manis dan enak.Ianya biasanya terdapat dalam Isi Kelapa tua.

Ada sesetangah kepercayaan lama yang mengatakan ianya tidak elok dimakan banyak kerana bimbang akan mengundang bisul.ye ke ?


 KUIH NANAN TEBOK / REDEM ( BAHASA MELANAU )

Kuih tradisional ini sangat enak dan banyak terjual di Saribas yang menjadi identiti masyarakat di negeri Sarawak.Kuih Redem dalam bahasa Melanau merupakan nama lain bagi kuih tradisional ini.

Kuih ini merupakan kuih yang sering dihidangkan untuk menyambut tetamu yang datang ke rumah. Ianya sangat enak untuk minum petang bersama iar kopi atau teh.


 PELBAGAI JENIS MASAKAN PAIS

Sejenis masakan yang menggunakan pucuk daun muda dari daun nipah atau daun kelapa kemudian dipanggang di atas bara api yang kecil antara teknik masakan yang sering digemari dan menjadi pilihan menduduk Saribas.

Selain pucuk daun muda daun pisang juga boleh digunakan dan kalau nak moden lagi menggunakan kertas aluminium yang digunakan dalam pembuatan kuih  dan kek.

Tidak mengira apa jua jenis bahan terutama pelbagai jenis ikan seperti isi ikan terusan,ikan panjang dan ikan ikan lain seperti ikan pirang,gonjeng,ikan pari,hati ikan ,suman lemantak dan banyak lagi jenis - jenis bahan yang lain.Masakan jenis ini dicadangkan antara jenis masakan yang berkhasiat lagi sihat,kurang lemak dan kekal berzat..serious.. tak percaya boleh cuba dengan doktor pakar kesihatan....hehehe


IKAN GONJENG KERING

Aktiviti nelayan merupakan antara sumber pencarian penduduk Saribas dari ikan laut kepada ikan darat atau ikan air tawar.Perusahaan ikan kering seperti ikan gonjeng kering ini merupakan salah satunya daripadanya.Perusahaan ini yang dimulakan sejak puluhan tahun dahulu dijadikan antara menu hidangan makanan yang sebati dengan selera penduduk Saribas.

Tidaklah menghairankan sekiranya anda akan mendapati ikan gonjeng kering sering menjadi pilihan rumah - rumah yang menganjurkan makan berjemaah seperti kenduri,keraikan,jamuan majlis tahlil dan sebagainya.

Malah bagi anak Saribas yang merantau jauh sanggup untuk membawa atau berkirim ikan ini kemana sahaja.Jangan tak percaya kalau saya cakap sampai ke luar negara. 


BUAH NIPAH / TEMATUK / MBATUK
 
Buah ini kebiasaannya terdapat disekitar kawasan yang mempunyai pokok nipah.pokok nipah memounyak pelbagai kegunaan dari daun,batang,pucuk,buah,nira dan sebagainya.Isi buah nipah ini diperolehi dengan membelah buah tersebut dan anda akan dapat melihat isi putih yang seakan isi buah laici.
 





 Selalunya buah nipah ini enak di makan begitu sahaja dan boleh juga digunakan sebagai bahan campuran dalam Ais kacang atau atau air batu campur atau ABC.

Selalunya bagi mereka yang bekerja berdekatan dengan kawasn hidupan pokok nipah akan membawa pulang buah ini untuk dibelah dan diambil isinya untuk dinikmati sekeluarga dan jiran sebelah menyebelah.



BATANG SAGU / RUMBIA / MULONG

Penanaman pokok sagu atau nama lainnya rumbia atau mulong dalam bahasa Saribas merupakan perusahaan yang masih dijalankan sehingga kini.Kawasan Saribas merupakan antara kawasan yang mempunyai jumlah pengeluaran yang agak besar di Sarawak.

Penduduk di Saribas selalunya akan menebang pokok - pokok Rumbia atau mulong ini dan di potong dalam ukuran tertentu.Kemudian ianya akan di buang ke sungai sebelum di ikat dengan tali untuk di susun memanjang seperti dalam gambar di atas. Batang sagu yang siap di ikat dengan tali akan ditunda menggunakan perahu ke Kilang - kilang sagu yang berdekatan untuk dijual kepada pengilang sebelum diproses menjadi tepung sagu yang digunakan dalam beberapa jenis masakan.

Antara masakan dari tepung sagu adalah Lempeng lemantak atau tumpik da Ambuyat / linut. 


TELUR IKAN TERUBOK SUNGAI

Saribas memang terkenal dengan ikan terubok Sungai yang enak,manis dan berlemak.Anda jangan terkejut sekiranya harga sekilo ikan terubok sungai ini mencecah harga sehingga RM60.00 sekilo.Ini kerana ikan terubok tersebut adalah ikan terubok sungai dan berrbeza dengan ikan terubok yang dijual di kebanyakan pasar.

Ikan terubok ini kebiasaannya mengikut musim tertentu dan jarang taua susah untuk didapati sepanjang masa.Ikan Terubok ini juga mempunyai saiz nya unik sehingga mencecah saiz 2 kilo. " hanya jauhari yang mengenal manikan " .maksudnya bagi nelayan yang biasanya menjadikan iakn terubok ini mata pencarian mereka amat mahir dalam membezakan yang mana terubuk sungai dan terubok laut kebanyakan.

Selepas dimasak anda akan merasi sendiri kelaianan isi ikan terubok sungai dengan ikan terubok laut yang kebanyakan.
 Selain itu juga telur ikan terubok sungai merupakan antara yang paling diminati dan digemari oleh penduduk di Saribas.

Telur ikan terubok ini amatlah susah untuk didapati kerana ianya turut mengikut musim menangkap iakn terubok sungai dan bukan semua terubok Sungai yang ditangkap adalah bertelur.
Selain itu berkenaan dengan ikan terubok di Kuching terdapat pengusaha Jualan ikan terubuk Masin semakin maju Untuk maklumat yang selanjutnya anda boleh Baca di sini



AISKRIM TRADISIONAL KAMPUNG

Saya panggil Aiskrim Tradisional kampung je lah...apa yang penting kami memanggilnya Aiskrim.Inya datang pelbagai perisa seperti cokelat,bandung,kacang merah,asam boi,oren,jagung,grape dan pelbagai lagi perasa yang anda inginkan.Anda sebutkan sahaja perisa yang anda inginkan.

Ianya dibuat dari air berperisa yang diisi dalam plastik panjang dan disimpan dalam peti sejuk semalaman.

Zaman kanak - kanak kami dihiasi dengan ais krim ini untuk menghilangkan haus selepas penat bermain dengan kawan - kawan.

Dulu kami bermain dengan kawan - kawan secara Live.. tak mainlah main video game dan android dalam alam maya.. hehehe.. badan cergas minda cerdas. 


ASAM PAYAK

Asam liar yang dipanggil asam payak ini semestinya membuatkan air liur terkecur setiap kali memandangnya terutama kepada mereka pernah merasa asam payak ini.Asam ini amat enak dibuat cecah atau makan begitu sahaja bersama dengan sambal belacan.

Selain itu asam ini sering digunakan dalam masakan.

Asam ini juga ada yang disalai untuk melalui proses pengeringan yang menjadikannya tahan untuk disimpan bertahun tahun malah sehingga puluhan tahun.Kebiasaannya asam yang dikeringkan digunakan dalam masakan - masakan tertentu

Selain itu asam ini juga ada yang dibuat jeruk yang disimpan dalam air manisan dan ada juga yang dimasak dengan air gula.

Jika dahulu asam ini menjadi perusahaan penduduk kampung ketika musimnya.


  IKAN SALAI

Terpandang sahaja ikan salai ini pasti ramai yang terbayangkan masak lemak dengan masak pindang dengan terung dayak.Upps.... mungkin ramai yang tak tahu terong dayak tu apa kan ? ok next nanti..

Ikan salai kebanyakkan diusahakan oleh keluarga yang bergiat dengan aktif dalam aktiviti nelayan.Kebiasaanya ikan yang disalai adalah ikan sungai seperti ikan kalan , jan dan ikan lain seperti ikan lumi @ lumek.Apa itu ikan lumek... akan menyusul nanti...
BUAH GOGAM / PEDADA

Sonneratia caseolaris adalah nama saintifiknya dan terdapat nama lain seperti buah berembang,pedada,gedabu dan perepat.Buah ini lazimnya untuk diulam dengan sambal kicap dan terdapat banyak di pesisir sungai Saribas.Selain itu ianya juga enak dinikmati dengan asam boy.


KUIH TAKIR / KUIH PERAHU

Kuih tradisional ini sangat popular dikalangan Masyarakat Saribas.Menggunakan bahan - bahan mudah seperti tepung beras,gula apong dan daun nipah yang merupakan identiti tradisinya menampakkan keaslian nya yang sangat - sangat enak dinikmati.

Penggunaan gula apong dari nira nipah menambahkan kelazatannya yang cair di mulut.hmmmm....

untuk resepi anda boleh baca di sini.

IKAN BULU

 Ikan bulu merupakan antara ikan yang paling banyak terdapat di sungai Saribas selain daari ikan belukang dan ikan lundu.Ikan ini sering dijaring dipesisir sungai Saribas kerana keenakannya dibuat lauk.Lazimnya ikan ini paling sedap jiak dipais.


IKAN LUMI / LUMEK

 Ikan ini lazimnya mendiami kawasan dasar sungai jika melihat kepada bentuknya fizikalnya.Ikan ini paling enak kalau di masak sup.Selain itu ianya juga turut dijadikan ramuan cucur yang enak dinikmati bersama minum petang.Ikan lumi juga sering dijadikan ikan salai untuk dijual secara komersial kepada orang ramai.


Sekian dahulu perkongsian saya untuk part 1 ini dan akan banyak lagi perkongsian yang akan saya tampilkan kepada anda dari tempat asal usul kami di Saribas Sarawak.

Sekali lagi terima kasih kepada Saudara Faizal untuk gambar - gambar dalam perkongsian kali ini.

Selain itu anda juga boleh mengetahui beberapa tempat di Saribas melalui group - group Facebook yang dikelola oleh beberapa anak jati dari Saribas seperti I LOVE PUSA yang dikelola saya sendiri,Group BALO DAK SARIBAS yang dikelola oleh saudara Faizal dan PUSAK BUMI TERUBOK dari Saudara Syabeli.

Andai anda kesempatan anda dijemput untuk berkunjung ke Saribas untuk melihat sendiri keindahan kampung kami.


SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERKATI. AMIN


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my










No comments: