Monday, February 15, 2016

4:17:00 PM


INPIRASI KREATIF PERHIASAN KERETA PENGANTIN DI HARI PERSANDINGAN

Sebuah majlis perkahwinan yang moden pada masa kini mempunyai pelbagai kelengkapan seperti pelamin dan sebagainya.Selain itu kereta dan pengangkutan yang digunakan turut dihias dengan pelbagai perhiasan yang cantik,berseri dan menarik bagi memeriahkan majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan.

Perhiasan kereta yang akan membawa pengantin di hari Persandingan ini kebiasaannya disesuaikan dengan tema Majlis yang dipilih semasa berlangsungnya majlis.Lazimnya ianya bersama dengan tema pelamin yang digunakan .
 
Saya baru - baru ini mencari gali maklumat bagi dikongsikan kepada semua untuk sama - sama dijadikan idea dan inspirasi  dalam menghias kereta pengantin di Majlis Persandingan bagi menjadikan majlis persandingan anda dilengkapkan dengan perhiasan kereta pengantin ini.

Baca juga : INSPIRASI PERHIASAN INAI TANGAN YANG UNIK DAN MENARIK UNTUK WANITA

Saya juga percaya sekiranya setiap bakal pengantin turut mengambil kira perhiasan kereta di hari persandingan lebih - lebih lagi yang mencadangkan sesi pengambaran atau photography yang memasukan kereta tersebut dalam gambar perkahwinan yang akan dibuat.

Masyarakat di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum,adat dan resam mempunyai kepelbagaian daris egi idea perhiasannya di majlis perkahwinan termasuk juga perhiasan kereta pengantin ini.Unsur unsur warisan dan adat lama turut didak dipinggirkan bagi memohon keberkatan dan semangat hormat menghormati tidak mengira sesiapa pun.

Majlis Perkahwinan semestinya menjadi lebih meriah dengan perhiasan menarik kereta pengantin yang akan membawa pasangan pengantin ke mana sahaja lokasi yang ditujui.

kepada bakal pengantin yang bakap melangsungkan perkahwinan idea dan inspirasi yang saya kongsikan ini mungkins angat berguna bagi yang sedang mencari rekaan perhiasaan untuk majlis paling bermakna dalam hidup anda.































 






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my






0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU