GURU TABIKA KEMAS DARI NEGERI SEMBILAN INI MENJAYAKAN INSPIRASI PROJEK MINI PERTANIANNYA
Tabika KEMAS Felda Raja Alias 3 Negeri Sembilan menjadi tumpuan media seluruh Malaysia baru - baru ini setelah kisah yang penuh Inspirasi ini tersebar luas melalui laman viral sosial.Ianya adalah berkenaan dengan sebuah projek mini yang dilaksanakan dan dijayakan oleh salah seorang tenaga mengajar yang turut dibantu oleh rakan - rakannya berjaya membuahkan hasil.
Projek Mini Pertaniannya itu berjaya secara tidak langsung dijadikan aktiviti lapangan (outdoor ) kepada pelajar - pelajar ciliknya yang semestinya memerlukan pendidikan sebegini yang mampu membentuk generasi bertani dari usia muda.
Terdapat pelbagai jenis tanaman yang dijayakan oleh guru tersebut yang diletak di sekitar kawasan Tabika yang turut menjadi tumpuan penduduk sekitarnya.
Antara sayur-sayuran yang berjaya ditanam adalah
1) Kailan
2) Sawi
3) Kangkung
3) Tomato
4) Bendi
5) Kobis
6) Cili
7) Salad
8) Kucai
9) Bayam merah
10) Daun Bawang
Istilah melayu lama mengatakan "Berbudi kepada tanah " dan dengan berkat kerajinan semestinya akan membuahkan hasil yang boleh dinikmati.Kejayaan yang dilakukan oleh guru tadika ini seharusnya menjadikan inspirasi dan ilham supaya lebih ramai usaha - usaha sebegini diteruskan bagi menyembangkan aktiviti pertanian di seluruh negara.
Malah secara tidak langsung ianya mampu membantu dalam menambah bekalan keperluan dalam sektor pertanian. Usaha yang dilakukan oleh Tabika KEMAS Felda Raja Alias 3 Negeri Sembilan
di harapkan dapat menjadi satu titik permulaan untuk menggalakkan rakyat mula memandang kepada sektor pertanian sebagai satu sektor yang sangat memberikan faedah dan pulangan yang sangat.
Jika dilihat kepada beberapa tahun selepas kemerdekaan,sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang sangat berkembang dan merupakan salah satu sektor yang banyak menyumbangkan makanan dan keperluan kepada penduduk seluruh Malaysia seperti mana yang diilhamkan oleh Tunku Abdul Razak suatu ketika dahulu.
Inspirasi Tabika KEMAS Felda Raja Alias 3 Negeri Sembilan ini juga seharusnya dicontohi oleh mana - mana pihak - pihak yang lain dari pelbagai sektor dalam menggalakkan aktiviti dan idea idea bernas dalam memanfaatkan sumber kehidupan yang ada.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment