KEINDAHAN SENJA YANG BERLABUH DI KAMPUNG PUSA.BETONG
Sesekali Kampung halaman saya,Kampung Pusa di Betong,Sarawak adalah tempat pulang yang memberikan saya satu ketenangan yang sempurna.Tanah kelahiran dan tanah kelahiran saya.Sepanjang berada di kampung banyak aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa yang ada sebelum pulang ke Kuching untuk kebali bekerja.
Satau yang menarik adalah pemandangan senjanya sangat cantik.gambar ini saya ambil semasa pulang ke kampung betong pada baru - baru ini.Sesekali,saya akan bersantai di tebingan Sungai Saribas yang memberikan satu kenyamanan yang tidak dapat dinilai dengan kata - kata. Lebih - lebih lagi ketika petang melabuhkan tirai.Langit akan bertukat menjadi merah dan keemasan sementara malam akan membuka tabirnya.Berserta dengan pasang surut air sungai yang ke hulu dan ke hilir memberikan sati pemandangan yang tidak semua pelusuk tempat memberikan susasana seperti mana yang anda dapat di sini,
Kampung yang terletak di Bahagian Betong Ini dengan kedudukan di muara Sungai Rimbas sangat sangat memberikan satu pengalaman dan nostalgia bagi mereka yang jarang menikmati suasana kampung yang penuh dengan warna kehidupannya yang pelbagai.
Semoga Allah memakmurkan Kampungku ini selalu.Amin.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment