Monday, August 25, 2014

DI SEKITAR BANDARAYA KUCHING,SARAWAK


ASSALAMUALAIKUM

Pada hujung minggu yang lepas,daripada bosan duduk rumah tak ada aktiviti jadi kali ni saya nak berjalan ke sekitar Bandaraya Kuching.Dengan membawa Camera DSLR Canon D1100 saya yang taklah secanggih yang profesional pakai,saya nak kongsikan kepada semua pemandangan - pemandangan Kuching.

Sebelum ini dah jarang juga turun berjalan - jalan dan santai santai di sekitar Bandar Kuching.Jadi kali ini terfikir nak mengimbau masa dulu - dulu terutama masa pengajian dulu.

 MERDEKA PLAZAKUCHING,SARAWAK.

Merdeka Plaza merupakan sebuah shopping Mall yang terletak di tengah Bandaraya Kuching berhadapan dengan Dataran Merdeka.Merdeka Plaza ini baru sahaja disiapkan dan dibuka dalam beberapa tahun ini.

Tempatnya best...mestilah best.. hehehe..

Dalam Merdeka Plaza ni banyak dijual jualan seperti kasut,baju,gajet dan bermacam lagi barangan yang lain.Boleh dikatakan kedudukan tempatnya yang strategik menjadikan Merdeka Plaza ini sebagai tumpuan pengunjung dari seluruh Kuching kerana ianya terletak di tengah - tengah bandaraya.

Merdeka Plaza juga terletak berdekatan dengan bangunan kerajaan dan kemudahan awam yang lain seperti Bank,Poliklinik,Pejabat Pos,Masjid India selain itu anda boleh hanya berjalan kaki ke Waterfront Kuching,Sarawak.





ELECTRA HOUSE,KUCHING.,SARAWAK

Kebiasaan nya dulu sebelum adanya Merderka Plaza,kat sini lah temapat pertemuan kalau keluar hujung minggu dengan kawan - kawan.



INDIA STREET KUCHING,SARAWAK

Jalan - jalan di India Street,Tetiba saya terlihatlah satu Chopper ni.Kalau nak tahu Chopper ini kepunyaan tauke kedai Rock Shop.Kedai Rock Shop ini menjual pelbagai pakaian dengan harga yang murah - murah. Bagi yang selalu lalu kat kedai Rock Shop ni mesti tahu dengan ayat tauke ni.

"hari - hari pakai baju baru... yea yea...."



 ELECTRA HOUSE KUCHING SARAWAK.

Mesti ramai yang pelik kan ?... apa kena mengena dengan gambar telefon awam ni... perasan tak dalam gambar ni ada telefon awam ni dah rosak dan tak ada lagi.Ok,apa yang saya nak sampaikan kat sini tentang kesedaraan untuk menjaga kemudahan awam.Sikap tanggungjawab bagi memastikan kemudahan awam ini dapat diguna dan dimanfaatkan sesamam kita untuk jangka panjang amatlah perlu.Bersama - samalah kita menjaga kemudahan awam ini.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


No comments: