Wednesday, August 27, 2014

HABUAN REZEKI UNTUK PEMANCING DI SUNGAI SARIBAS,PUSA, BETONG,SARAWAK


HABUAN REZEKI UNTUK PEMANCING DI SUNGAI SARIBAS,PUSA,BETONG,SARAWAK
Satu keratan Akhbar Utusan Sarawakyang pernah di siarkan rupanya ada yang sangat menarik bila wajah Saudara saya Syabeli Johri dijadikan gambar dalam satu segmen yang bertajuk "Sungai Saribas Sumber Rezeki Nelayan".

Sungai Saribas terdapat kampung halaman saya di sana yang menjadi Pusat Daerah untuk kawasan di sana.Sungai Saribas sebenarnya telah lama menjadi mata pencarian untuk penduduk di kampung saya sebagai mata pencarian terutama bagi nelayan - nelayan yang selalu memasang pukat.

Antara ikan - ikan yang terdapat di Sungai Saribas adalah Ikan Terubok Sungai,Ikan Buntal Sungai,Ikan Belukang,Ikan Semilang, Ikan Pencong,Siakap dan pelbagai lagi jenis - jenis ikan yang lain.

Aktiviti memancing ikan juga menajdi sangat polular dan semakin berkembang di Daerah Pusa.Semenjak beberapa tahun yang berlalu sungai Saribas kekurangan ikan kesan pencarian mangsa bot karam yang menggunakan Kapal Pukat tarik ketika itu menyebabkan ikan - ikan berkurangan berkemungkinan kerana penggunaan Pukat Tarik pada ketika itu merosakkan ekosistem dan habitat - habitat ikan - ikan di Sungai Saribas.

Kebelakangan ini Sungai Saribas sering menjadi tumpuan pemancing - pemancing kerana Sungai Saribas mulai memberikan habuan - habuan hasil pancing yang sangat lumayan.

Ternyata bagi pemancing yang turun memancing di Sungai Saribas mampu menaikkan beberapa hasil seperti ikan Terusan,Ikan panjang yang mencecah berat 10kg , Ikan patin seberat 11 kg dan pelbagai jenis ikan-ikan lain.

Kepada yang ingin mengikuti perkembangan semasa aktiviti memancing anda boleh mengikutinya di Group Facebook " Kaki Pancing Pusa " yang selalu mengemaskini perkongsian dari Pemancing - pemancing yang bergiat aktif dalam memancing ini


SUMBER : UTUSAN SARAWAK.




AZLAN RUMADI
 www.azlanrumadi.blogspot.com

No comments: