Friday, August 22, 2014

PEMANDANGAN SENJA KEEMASAN YANG INDAH DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK


PEMANDANGAN SENJA KEEMASAN YANG INDAH DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK

Pemandangan ini adalah ketika saya dalam perjalanan pulang dari Pekan Pusa.Ketika menaiki bot tambang pada suatu petang yang melabuhkan tirainya, Pemandangan indah dari muara sungai rimbas yang sungguh indah dan permai ini disaksikan.


Sesungguhnya, Kesederhanaan dan ketenangan di kampung ini sememangnya takkan terbanding dengan tempat lain kerana disinilah saya lahir,membesar sehingga saya ke tempat lain mencari rezeki dan ketenangan ini yang akan menjemput saya pulang ke tanah kelahiran ini selain dari ingin mengetahui perkembangan semasa kampung halaman saya ini.


Yaa.. asal ada gambar sungai mesti ada Kapal Pukat ini kan ? sebenarnya kapal pukat ini adalah sebuah kapal yang diusahakan oleh anak jati Pusa yang menjalankan perusahaan perikanan di Pesisir peraiaran Sarawak.

Tambahan pula ianya menambah nilai dramatis dalam gambar.hehe





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my





No comments: