IKAN PANJANG HASIL MEMANCING DI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK
Semalam sempat saya mengikuti perkembangan dalam GROUP PUSA BUMI TERUBOK yang dikendalikan oleh sahabat saya berkenaan dengan aktiviti MEMANCING di kampong asal,KAMPUNG PUSA saya sempat melihat beberapa gambar.
Antara yang menarik perhatian saya berkenaan Ikan Panjang ini yang Berjaya di daratkan oleh Abang Saudara saya,Saudara Sharif dengan Ikan panjang yang seberat 5-10 Kg di Sungai Rimbas,Saribas Sarawak.
Antara yang menarik perhatian saya berkenaan Ikan Panjang ini yang Berjaya di daratkan oleh Abang Saudara saya,Saudara Sharif dengan Ikan panjang yang seberat 5-10 Kg di Sungai Rimbas,Saribas Sarawak.
Ini menandakan bahawa kampung saya ini mula menumpahkan kembali rezeki sungainya yang sudah lama tenggelam selepas trajedi bot karam tidak berapa lama dahulu.Jika dahulu sungai Rimbas di Saribas ini merupakan antara sungai yang mampu menjadi lubuk rezeki untuk para nelayan tidak pengira peringkat Perikanan yang di jalankan,Mahupun dari perikanan keci - kecilan kepada industri Perikanan yang lebih besar yang mana melibatkan perikanan menggunakan Kapal Bot Pukat Tarik.
Namun rezeki di sungai ini ketara merosot selepas kejadian bot karam pada lebih 10 tahun dahulu.Ini kesan daripada penggunaan Kapal Pukat Tarit semasa dalam operasi mencari mayat mangsa bot karam pada ketika itu.Kini setelah memakan masa bertahun Sungai ini mula menampakkan kembali permainan arus deras sungai nya dengan memberikan rezeki bertuah buat peminat hobi memancing dari seluruh sekitar Daerah Kecil Pusa.
Selain dari ikan panjang ikan - ikan lain seperti ikan Belukang,Patin,Siakap ( Selusong/Ntidong ) turut menjadi habuan para pemancing yang semestinya memberi kepuasan buat menggemar hobi ini.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment