Tuesday, February 03, 2015

PELAJAR UITM PULAU PINANG MENINGGAL DUNIA DIKELAR DI LEHER OLEH BEKAS TEMAN LELAKI



www.azlanrumadi.blogspot.com

"DIA TAK MAMPUS LAGI KE ? " |
Begitulah kata - kata yang kedengaran dari saspek setelah kejadian menyayat hati mengenai kematian seorang pElajar UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ( UiTM) Pulau Pinang merujuk kepada saksi kejadian Mohd Ikhbal Ahmad yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh.



Semalam kita dikahbar dengan kematian tragis seorang pelajar UiTM Permatang Pauh Pulau Pinang, Nur Syuhada Johari yang mati dikelar oleh seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Bukit Gantang. 
  
Kejadian diketahui oleh orang ramai setelah seorang saksi melihat sebuah kereta perdana warna hitam berada dibahu jalan kemudian melihat seorang perempuan keluar dari kereta melalui pintu pemandu kemudian terjatuh.Seterusnya diikuti oleh seorang lelaki yang kelaur dari kereta kemudian bertindak menarik mangsa ke tepi besi penghadang jalan.Lelaki itu kemudian  melarikan diri ke kawasan hutan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berhenti di kawasan kejadian untuk memastikan apa yang berlaku.Terdapat kesan kelar di bahagian leher perempuan tersebut,

Tidak lama selepas itu,lelaki yang tadi itu mucul semula dan membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit lalu menelefon satu nombor yang dipercayai ahli keluarga mangsa sambil memohon maaf dan menyatakan dia telah membuat kesilapan.

Selepas itu,lelaki itu  berkata "Dia tak mampus lagi ke ?"

Orang ramai yang berasa curiga bertindak memukul lelaki tersebut dan menyerahkan lelaki itu kepada polis peronda yang sampai di lokasi kejadian setelah usaha saspek untuk melarikan diri ke kasawan hutan gagal.

Pemangku Ketua Polis Taiping,Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan menerima laporan berkenaan dengan kejadian itu dan menyatakan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal dari pihak polis telah menjumpai sebilah pisau lipat di buang oleh saspek di tepi bukit lebuh raya dan mendapati saspek yang berusia 25 tahun itu didapati menghadapai masalah mental








No comments: