Thursday, February 12, 2015

PENYAMPAI BERITA TERKENAL NEGARA,DATUK HASBULLAH AWANG MENINGGAL DUNIA

www.azlanrumadi.blogspot.com

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

DATUK HABULLAH AWANG |  pagi tadi kita dikejutkan dengan pemergian seorang pengulas berita yang tidak asing dan merupakan suara yang banyak kali mewarnai arena kewartananan di Malaysia sebagai pengulas berita yang sebahagian besarnya adalah BERITA SUKAN.

Saya mendapat berita ini melalui Astro Awani yang menyatakan beliau meninggal selepas mendapat rawatan di Institusi Jantung Negara ( IJN) yang berpunca daripada komplikasi jantung.

Beliau yang bekerja sebagai pengulas Sukan Astro Awani sejak  Januari 2014 yang lalu disahkan meninggal setelah menerima rawatan di fasiliti perubatan sejak minggu lalu.

Saya mengucapakan jutaan takziah atas kehilangan seorang pengulas sukan yang semestinya kita semua akan merindui setiap "punch line" dan ayat - ayat menarik yang power dari beliau.Memang diakui kehilangan belaiu tiada peggantinya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Beliau.

Amin

No comments: