Showing posts with label Hari Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Hari Malaysia. Show all posts

19 September 2015

LAWATAN SAMBIL MAKAN KE SUSHI KING THE SPRING SHOPPING MALL,KUCHING,SARAWAK







LAWATAN SAMBIL MAKAN KE SUSHI KING , SPRING SHOPPING MALL,KUCHING,SARAWAK .

Ceritanya memang nak pergi makan pun.....memandangkan dah lama tak berkunjung ke Sushi King.Kali ini bersempena dengan cuti pada Hari Malaysia 2015 saya berpeluang untuk mengunjungi Sushi King.Sushi King di The Spring Shopping Mall Kuching Sarawak merupakan lokasi saya pada kali ini.Sudah agak lama tidak mengunjungi Sushi King,kali ini badai mengidam kembali mendebur.
Sushi King menawarkan beberapa sushi dan pelbagai jenis menu - menu dari negara matahari terbit,negara Jepun dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara.Kepada mereka yang sedang dalam merancang menu mereka dengan mempertimbangkan diet makanan yang kurang  berlemak dan menyihatkan bolehlah mencuba menu di Sushi King.

Setiap makanan dan menu di Sushi King di kategorikan menggunakan warna piring atau pinggan yang digunakan dengan harga yang berbeza beza.Setiap warna pada pinggan mempunyai harganya yang masing - masing.


Pinggan Biru RM2.00
Pinggan Kelabu RM3.00
Pinggan Pink RM4.00
Pinggan Merah RM5.00
Pinggan Purple RM6.00


Pada waktu - waktu terrtentu Sushi King akan mengadakan extravaganza dengan menawarkan semua pinggan pada harga RM3.00 .

Selain itu terdapat menu lain dalam bentuk set atau ala carte untuk anda pilih.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Sushi King dan produk serta Promosi dan update terbaru dari Sushi King anda boleh melayari http://www.sushi-king.com/ .Segala jenis maklumat mengenai sushi King anda boleh dapat.






Dan ini merupakan beberapa menu yang menjadi pilihan saya untuk kunjungan pada kali ini.... memang macam penagih dadah melepaskan gian.. ngeeeeee...jangan marah ah... lagi pun perut sagak lapar setelah berjalan - jalan sekitar bandar Kuching pada cuti kali ini.


Kalau saya saya lebih suka menikmati sushi dengan teh hijau panas ...... hait !




Menunggu Cik Wasabi lalu jap pada treadmill yang akan memperagakan fesyen show dari pelbagai jenisnya... cuma fesyen shownya boleh dimakan... heheheh/....
















Inilah hasilnya....hehehe.





Sebelum saya meninggalkan Sushi King saya nak share satu informasi.. Sushi King The SPring Shopping Mall juga menawarkan potongan harga pada HAPPY HOUR.

Sekali lagi layari http://www.sushi-king.com untuk mengetahui informasi terkini dari Sushi King.



ARIGATO GOZAIMASU.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com




#SCAREDNOTSCARED KEMPEN DERMA DARAH MERDEKA PLAZA,KUCHING SARAWAK


#SCAREDNOTSCARED KEMPEN DERMA DARAH di MERDEKA PLAZA,KUCHING SARAWAK

Bersempena dengan Hari Malaysia bagi tahun 2015 Pusat Darah Negara,Malaysia yang bernaung dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Astro telah mengadakan Kempen jelajah satu malaysia yang berakhir di Bandaraya Kuching Sarawak pada 16 September yang lalu di Merdeka Plaza,Kuching,Sarawak.

Kempen yang berlangsung bermula pada pertengahan Ogos dengan memilih KSL City Mall,Johor Bahru sebagai lokasi pertama pada 14 & 15 Ogos yang lepas menamatkan kempen nya dengan memilih Kuchin sebagai Lokasi Terakhir Kempen Derma Darah Kita Sama #ScarednotScared.

Kempen Derma Darah Kita Sama #ScarednotScared ini meletakkan sasaran penyertaan orang ramai disamping menggalakkan orang ramai menderma darah bagi menampung keperluan darah di hospital - hospital seluruh Malaysia.Setiap darah yang anda dermakan mampu memberikan nyawa kepada sesiapa yang memerlukan dan siapa tahu sekiranya darah yang anda dermakan akan dapat membantu  menyelamatkan nyawa orang - oranmg sekeliling anda dan insan yang anda sayangi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini anda boleh layari http://www.astro.com.my/negaraku untuk mengetahui tentang Kempen Derma Darah Kita Sama #ScarednotScared.

Semasa kempen diadakan di Merdeka Plaza Kuching,saya juga telah menderma darah sebagai tanda sokongan kepada kempen ini.

Garis panduan untuk sesiapa yang ingin menderma darah anda boleh baca pada gmbar yang berikut.






































GILIRAN SAYA UNTUK DERMA DARAH

Termasuk kempen ini merupakan kali ketiga saya menderma darah.Memandangkan amat jarang mendapat suntikan,pengalaman kali ini boleh tahan laa...walaupun ada sedikit gemuruh namun saya lawan juga kerana niat untuk  menderma darah.

Ramai yang tanya....tak sakit ke ? jarum besar mana ? best ke ? jawapan saya simple...tak pernah saya dengar orang mati sebab derma darah setakat ini.

Kalau di fikirkan memang benarlah kan ?

Lagipun sebelum menderma anda akan diperiksa kesihatan dan keadaan darah anda untuk mengelakkan sebarang kompplikasi dan kejadianlain yang tidak diingini.Dan Setiap borang yang anda isi akan disahkan oleh doktor yang bertauliah dari Kementerian Kesihatan.Ini akan memastikan anda benar benar sihat untuk menderma darah.

Peralatan yang digunakan semasa derma darah ini juga dijaga mutu keselamatannya termasuk satu orang satu jarun yang bermaksud tiada perkongsian jarum dan setiap set peralatan hanya digunakan sekali sahaja

sekali lagi sekiranya anda ingin mengetahui maklumagt lanjut mengenai kempen ini anda boleh layari
http://www.astro.com.my/negaraku dan panduan lain anda boleh layari di sini










DAH PUN SELESAI.... tidaklah mengambil masa yang lama untuk menderma darah hanya mengambil masa kurang dari 30 minit untuk menderma darah anda.Kepada yang belum mederma akan dikeluarkan satu sijil atau kad yang menandakan anda telah menderma darah.


Last - last kita minum milo dulu..




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my