Showing posts with label Majlis Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Majlis Perkahwinan. Show all posts

06 March 2019

UNDANGAN BERSAMA PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH KE MAJLIS PERKAHWINAN FICKRY & ZAFIRAH DI DEWAN HIKMAH KUCHING, SARAWAK.


UNDANGAN BERSAMA PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH KE MAJLIS PERKAHWINAN FICKRY & ZAFIRAH DI DEWAN HIKMAH KUCHING, SARAWAK.

Ahad 3 Mac 2019. di Dewan Hikmah Kuching telah berlangsung Majlis Perkahwinan pasangan Fickry dan Zafirah yang diadakan penuh dengan seri dan warna - warni. Hadir bersama saya pada hari itu adalah Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh yang mempersembahkan persilatan menyambut kedatangan kedua pasangan pengantin pada hari itu.

Setelah selesai membuat persembahan. Kita Shooting ambik gambar bersama dengan adik - adik pesilat dari Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh. Gitew.











 
















 





















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


11 May 2018

PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN SUHARNIZAN DAN NUR DAYANA DI KAMPUNG RAMPANGI,KUCHING,SARAWAK.



PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN SUHARNIZAN DAN NUR DAYANA DI KAMPUNG RAMPANGI,KUCHING,SARAWAK.

Pertama kali Terima Kasih kepada Keluarga Bang Leman atas jemputan ke Majlis Perkahwinan anak beliau iaitu pasangan Suharnizan dan Nur Dayana di Kampung Rampangi, Kuching Sarawak.

Majlis yang berlangsung dengan meriah telah dilangsungkan dengan meriah dengan menggunakan adat istiadat melayu pada 05 Mei 2018 pada hari Sabtu yang lepas.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah dijemput untuk mempersembahkan persilatannya untuk menyambut kedatangan kedua pasangan pengantin setibanya di Lokasi Perkahwinan sebelum disandingkan pada upacara yang meriah.

Persembahan silat yang dipersembahkan dimulai dengan Persembahan Jurus Solo bertiga yang terdiri dari tiga pesilat yang mana dua nya adalah persembahan menggunakan senjata dan seorang lagi menggunakan tangan kosong.

Persembahan silat seterusnya disambung dengan persembahan tempur yang mengambil adat lama iaitu persilatan merampas kapak yang merupakan adat perkahwinan lama.Persembahan ini juga mempersembahkan persembahan bergaya dari kedua pesilat.

Persembahan terakhir adalah persembahan berkumpulan yang terdiri dari Pesilat pelbagai peringkat umur lelaki dan perempuan.

Tahniah kepada Pesilat- pesilat dan adik adik dari Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dan semua yang terlibat di dalam persembahan ini dan semoga kesempatan untuk mempersembahkan Warisan Pusaka yang tak ternilai ini dapat diberikan peluang yang lebih banyak lagi pada masa depan.

dan teruskan latihan semantap mungkin untuk menambahbaik persembahan di masa yang akan datang.

Semoga Allah Merahmati dan memberkati.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my