Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

10 September 2025

BENGKEL PELARASAN PERATURAN BARU PENCHAK SILAT OLAHRAGA TAHUN 2025 RUMPUN SILAT SARAWAK WILAYAH KUCHING

24 Ogos 2025, Ahad. Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching dengan kerjasama Biro Teknikal dan Kejurulatihan Rumpun Silat Sarawak telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Peraturan Baru Penchak Silat Olahraga Tahun 2025 di Pusat Latihan Sukan Rumpun Silat Sarawak, Bangunan Sego.

Bengkel yang berlangsung ini turut melibatkan Jurulatih Pusat MSN/SSC, Pegawai Teknikal dan Jurulatih-Jurulatih perguruan Rumpun Silat Sarawak.

Bengkel pada kali ini berjaya menarik minat lebih kurang 16 Perguruan - perguruan Silat di Rumpun Silat Sarawak yang bertujuan menyelaras dan mengemaskini peraturan baru Penchak Silat bagi tahun 2025 yang melibatkan pindaan beberapa syarat dan pertandingan serta peraturan yang telah di buat oleh PERSILAT pada baru - baru ini.

Secara asasnya pindaan ini melibatkan 16 Perkara yang mesti dipatuhi oleh pesilat yang akan menyertai pertandingan yang bernaung di bawah PERSILAT dan PESAKA.

Program ini juga memberikan peluang kepada para persilat perguruan untuk mengetahui teknik - teknik yang boleh digunapakai dalam pertandingan disamping menambahbaik kualiti dalam perlawanan.

Program ini juga bertujuan bagi persiapan dan mengemaskini Perguruan dan pesilat dengan peraturan baru yang akan digunakan pada Temasya Seni Silat Anjuran Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching  pada 19 September 2025 yang akan datang.

Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan.

















 

AZLAN RUMADI

www.azlanrumadi.blogspot.my

16 November 2024

10,000 LANGKAH PROGRAM KEMBARA MADANI AFIAT NEGERI SARAWAK 2024


16 November 2024  Hari Sabtu di Dataran Stadium Sarawak, telah berlangsung satu lagi program yang saya anggap merupakan program yang amat baik untuk menggalakkan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cerdas.

Program yang berlangsung meriah ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut sama -sama turun padang bersama dengan orang ramai untuk menjayakan program pada hari tersebut.

 10,000 Langkah Program Kembara Afiat Madani peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung dengan meriahnya apabila perkarangan Stadium Negeri Sarawak apabila lokasi berlangsungnya program seawal pagi telah dibanjiri ribuan para pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang melibatkan diri di dalam program yang disusun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini.

Saya turut telibat bersama - sama di dalam program ini dan menyaksikan banyak segmen dan program sampingan telah susun atur oleh pihak penganjur kepada pengunjung seperti pameran dan booth - booth berkenaan dengan kesihatan dan juga informasi yang turut disertai oleh banyak agensi kesihatan yang lain. Antaranya adalah pemeriksaan percuma, game - game digital, informasi berkenaan dengan penjagana kesihatan, kuiz, sudut kreatif, hasil kraf tangan dan pelbagai macam lagi yang turut terlibat.

Apa yang paling menarik adalah pemberian cendera hati dan juga pemplet edaran kepada orang ramai mengenai penjagaan diri dan kesihatan.

Saya juga sempat mengambil tawaran Vaksin HPV Gardasil 4. Mengikut informasi yang saya faham vaksin ini dalah amat penting dalam mengurangkan risiko Kanser Rahim bagi perempuan dan Kanser Prostat bagi lelaki.

Secara keseluruhan saya sangat berpuashati dengan susun atur program yang dianjurkan dengan meriah ini. Selain itu saya juga berharap program sebegini dapat diteruskan dan diperbanyakkan dalam menggalakan masyarakat dari pelbagai peringkat umur dapat terlibat dan merasakan manfaat - manfaat dari segmen - segman program yang disediakan oleh pihak penganjur.

Syabas dan tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. ! 





























AZLAN RUMADI
www.azlan.rumadi.blogspot.my

 

 

22 April 2019

UCTS CHARITY RUN KUCHING 2019 AT MERDEKA PLAZA, KUCHING, SARAWAK.

 
UCTS CHARITY RUN KUCHING 2019 AT MERDEKA PLAZA, KUCHING, SARAWAK.

Satu lagi program larian yang sertai pada tahun ini. UCTS Charity Run Kuching 2019 telah berlansung pada malam 20 April 2019 yang lepas. Program Larian ini telah berjaya mengumpulkan ramai penyertaan dari pelbagai peringkat lapisan umur dan masyarakat.

Program dimulai pada sekitar jam 7.00 malam di Merdeka Plaza dimulai dengan program senaman ringan memanaskan badan. Program ini juga diserikan dengan kehadiran Datuk Khairudin dan Datuk Kelvin Sim.

Flag OFF atau pelepasan peserta larian disempurkan pada jam 7.15 malam. Peserta larian berlari sejauh 5 KM untuk larian ini dan perserta yang berjaya menghabiskan larian sejauh 5 Km tersebut dalam kurang dari 2 jam akan menerima medal atau pingat dari penganjur.

Saya mengucapkan terima kasih kepada penganjur larian untuk program yang sangat bermanfaat ini dan diharap akan banyak lagi penganjuran yang sebegini akan dilaksanakan pada masa yang akan datang.







































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my