10 November 2024
KHASIAT BISMILLAH LIMA ( 5 )
FENOMENA AKHIR ZAMAN
FENOMENA AKHIR ZAMAN
Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.
Gelaran semakin tinggi, akal sihat semakin rendah.
Perubatan semakin canggih, kesihatan semakin buruk.
Melancong keliling dunia, tapi tidak kenal dengan jiran sendiri.
Kekayaan semakin meningkat, ketenteraman jiwa semakin berkurang.
Kualiti Ilmu semakin tinggi, kualiti emosi semakin rendah.
Jumlah Manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis.
Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang.
Semakin banyak teman di dunia maya, semakin sedikit sahabat yang sejati.
Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurang jumlahnya.
Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepati waktu.
Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap.
Belajar semakin mudah, guru semakin tidak dihargai.
Teknologi Informasi semakin canggih, fitnah dan aib semakin tersebar.
Orang yang rendah ilmu banyak bicara, orang yang tinggi ilmu banyak terdiam.
Tontonan semakin banyak, tuntunan semakin berkurang.
اِقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِيْ غَفْلَةٍ مُّعْرِضُوْنَ ۚ ﴿الأنبياء : ۱﴾
Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat).
(QS. Al-Anbiya': 1)
27 June 2023
TEKS DOA DI ARAFAH 1444H / 2023M DARI LEMBAGA TABUNG HAJI
TEKS DOA DI ARAFAH 1444H / 2023M DARI LEMBAGA TABUNG HAJI
Bismillahirahmanirrahim,
Alhamdulillahirabbil Alamin, Terutama Syukur kepada Allah swt dan terima kasih serta penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji Malaysia yang telah mengeluarkan Teks Doa di Arafah 1444H / 2023M pada tahun ini dan saya kongsikan dan panjangkan kepada sesiapa sahaja. Semoga ianya menjadikan kita hamba - hamba Allah swt yang taqwa dan menambah penghayatan dan keimanan kita dalam mengambil berkat bulan kemuliaan yang menjadi bulan dilaksanakan salah satu dari rukun Islam iaitu mengerjakan Ibadah Haji untuk kita sama sama mengankat doa bersempena waktu wukuf Jemaah haji di Padang Arafah pada tarikh ini.

PENGISIAN DOA SEPANJANG 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH
TIPS MENGISI 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH:
24 June 2022
KESOMBONGAN DIRI DALAM MENUJU KETAQWAAN HAKIKI
KESOMBONGAN DIRI DALAM MENUJU KETAQWAAN HAKIKI
Apakah Allah swt tidak tahu ketika diciptaNya Mahkluk syaitan dan iblis dan mereka akan menjadi golongan ciptaanNya yang ingkar perintahNya ? Dia tahu, kerana Dia jua yang menyempurnakan segala ketentuan dalam setiap yang Dia ciptakan termasuk manusia manusia dan seluruh sekalian alam di dunia.
Hanya saja Allah swt menentukan wujud syaitan iblis untuk menguji keimanan dan ketakwaan manusia manusia sebagai khalifah di mukabumi, PesuruhNya serta hamba CiptaanNya yang tunduk dan sujud serta Takwa dalam beribadah adalah mengakui dan memuji kebesaran, kemahaluasan, ketinggian, keagungan dan kesempurnaanNya serta memperbanyakan amalan kebajikan sesama manusia dan segala ciptaanNya.
Apakah Allah swt tidak tahu ketika musibah dan ujian dari kejadian alam dan juga olahan manusia pada hari ini akan memberati dan menghadirkan gundah, resah dan gelisah di dalam kalbu umat manusia ? Dia tahu kerana Allah swt jua yang Maha Tertinggi, Maha Kuasa dan Maha Agung dalam menyempurnakan ketentuan wujud dan kejadian yang sedang berlaku.
Hanya saja iman, akidah, takwa dan amalan kita sedang diuji dan dicobai dan dipertanyakan apakah kita menjadi yang manusia yang redha, menunduk dan bersujud ketika diberati, dibebani dan dipikulkan dengan ujian jiwa dan penyakit atau kita sebaliknya ? Apakah kita menjadi manusia yang bersyukur dan bertaqwa ( takut ) ketika dilimpahi nikmati dan saling berbagi ( Zakat ) dengan segala kurnia, rezeki, kelapangan dan kesenangan yang Allah swt.
Hari ini, kita menyaksikan ramai dari kita memperolok- olok dan mempermainkan ( troll, mengejek, mencaci, mengunjing, mengajuk, membahan dsb ) akan apa yang Allah swt telah tentukan dan jauh dari menghayati maksud dan hikmah serta ibrah apa yang telah ditentukan dan sempurnakan Allah swt Tuhan sekalian Alam di depan mata dan kehidupan kita pada masa kini. Nauzubillahminzaliq.
Tiada apa - apanya kita melainkan hanya Allah swt semata - mata. Tidak tumbuh melata yang dibumi dari sekecil biji jika tanpa kekuasaan dan izinNya. Tiada wujudnya manusia dari setitik mani jika tanpa izin dan inayatNya. Tiada alam kehidupan di dunia ini jika tanpa kesempurnaan ketentuanNya. Hanya dia tiada daya kita semua melaikan dari Allah swt.
Kesombongan telah diperlihatkan menjadi punca terlaknatnya iblis.
Kealpaan telah diperlihatkan menjadi punca terbuangnya Adam dari syurga.
Kejahilan telah diperlihatkan menjadi punca tertutup ( cover / kafir ) nya manusia yang menolak cahaya pentunjuk dan ajaran yang dibawa oleh para Rasul dan Nabi serta kitab- kitabnya.
Insafilah dan berserah dirilah kepada Allah swt sebelum sampai hari Allah swt menyempurnakan hari penentuan buat kita semua dan seluruh alam yang dijadikan dan diciptakan olehNya, Allah swt Tuhan sekalian alam.
Ittaqullah wa ya ibadallah.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
09 August 2021
" MEMANDANG DENGAN SEBELAH MATA "
Peribahasa Melayu berbunyi
" Memandang Dengan Sebelah Mata"
yang bermaksud meremehkan dan melecehkan.
Siapa yang memandang dengan sebelah mata ?
Dan sifat apa yang meremehkan dan melecehkan itu siapa ?
Dan yang menutup / cover / Kafir itu apa ?
Maka,
Jagalah dan peliharalah iman kita.
Jagalah akidah dan keyakinan kita kepada Allah SWT, Tuhan sekalian Alam.
Jagalah Akhlak kita di sisi tugas-tugas serta percaya kita pada Malaikat- malaikat.
Jagalah Agama kita sepertimana kita menjaga dan percaya pada apa yang disampaikan Kitab- kitabnya.
Jagalah silaturrahim dan hubungan sesama manusia sepertimana kita memuliakan dan percaya pada rasul- rasul kita.
Jagalah diri sendiri dengan daya, usaha dan doa sepertimana kita percaya pada ketentuan Qadha dan Qadha.
Jagalah Amalan kita selagi hidup dan bernyawa sepertimana kita menuju dan percaya pada Hari Kiamat | Akhirat.
Marilah kita sama sama dan berusaha menjadi dan sebaik- baik manusia di sisiNya dan sesama manusia.
InshaAllah.
23 January 2019
INSPIRASI KASIH SAYANG DARI USTAZ EBIT LEW
06 March 2018
PERSINGGAHAN DI MASJID NURIR RAHMANI,KAMPUNG SANTUBONG,KUCHING, SARAWAK.
PERSINGGAHAN DI MASJID NURIR RAHMANI,KAMPUNG SANTUBONG,KUCHING, SARAWAK.
Minggu lepas saya singgah ke Masjid ini nak solat Asar. Terdapat satu kejutan yang menanti saya di Masjid ini yang saya sendiri tidak menyangka.
Ceritanya begini. Masa tu saya sedang bersiar siar then saya singgahlah ke Kampung Santubong lalu ke Masjid Nurir Rahman untuk solat. Sampai di Masjid saya park kereta saya di luar pagar.
Mulanya saya tengok Masjid ini dari luar nampak macam biasa saja.Saya terus ke pili air untuk berwudhu.Selepas berwudhu saya masuk dan Wow !
Kejutan dengan pemandangan yang sangat mengujakan dan cantik. Saya teruskan dulu dengan solat sampai habis.
Kemudian mata saya mengamati dan memerhatikan satu persatu ukiran kayu yang sangat indah di depan saya.Agak lama saya melihat satu persatu seni ukiran kayu yang sangat indah dan halus.Dari gerbang dan tiang tiang sehinggalah ke mimbarnya.
Saya merasa sungguh terpesona dan kagum.Ukiran nya sangat halus dan berseni. Saya tidak menyangka akan kejutan yang sangat indah yang saya temui.
Insha Allah saya akan berkunjung lagi.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
09 June 2016
MASYAALLAH,KEMERDUAN SUARA DIAN SASTROWARDOYO MENGAJI AL-QURAN YANG MENYENTUH KALBU
Nama Dian Sastrowardoyo atau nama penuhnya Dian Paramitha Sastrowardoyo merupakan nama yang sangat besar dan tidak asing lagi dalam bidang kesenian dan perfileman di Indonesia manupun Malaysia,Brunei dan Singapura kerana bakat beliau dalam bidang lakonan yang sangat berjaya.Kejayaan beliau dalam beberapa filem yang meletup dipanggung wayang seperti Ada Apa Dengan Cinta dan Ada Apa Dengan Cinta 2 memberikan kesan yang sangat mendalam di kalangan penonton.
Namun tiada siapa yang menyangka Dian Sastrowardoyo juga merupakan seorang mualaf mempunyai kepandaian dan kemahiran dalam mengaji Al-Quran.Menurut sumber dari media mengesahkan beliau mula memeluk Islam pada tahun 2006 semasa malam Israk Mikraj.
BACA JUGA : PUISI BATAS KARYA AAN MANSYUR DALAM FILEM ADA APA DENGAN CINTA 2
Baru - baru ini mula viral dan mendapat liputan tentang kelunakan lantunan bacaan Al-Quran yang dialunkan oleh Dian Sastrowardoyo yang sekaligus menimbulkan pelbagai respon dan komen yang memuji kemerduan bacaan Ayat Suci -Al Quran.
Rakaman tersebut adalah bacaan Ayat 8 hingga 20 dari Surah Al-Baqarah.
Selain dari bakat beliau dalam bidang lakonan,Dian Sastro juga merupakan antara seorang yang disegani kerana beliau seorang yang bergiat aktif dalam memberikan sumbangan kepada gerakan projek Al-Quran di Indonesia.
Gerakan Projek Al-Quran merakamkan audio pembacaan ayat Suci Al-Quran dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Arab,Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.Selain itu peminat boleh memuatturun bacaan ayat suci Al-Quran secara percuma.
Perdengarkan Lantunan Bacaan Al-Quran yang dialunkan oleh Dian Sastrowardoyo dalam video berikut.
06 June 2016
IBADAH PUASA SELAMA SEBULAN DI BULAN RAMADHAN 2016 BERMULA PADA 6 JUN 2016M ( ISNIN )
HARAPAN RAMADHAN
(RAIHAN FT MANBAI )
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN SEMUA.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
MAJLIS SAMBUTAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.
AZLAN RUMADI
18 December 2015
SEJARAH DAN ASAL-USUL KETUPAT DALAM MASYARAKAT KITA
SEJARAH DAN ASAL-USUL KETUPAT DALAM MASYARAKAT KITA
Ketupan merupakan suatu identiti yang sering dikatkan dengan perayaan seperti Hari Raya Aidilditri dan sesetengah masyarakat kita sering juga menjadikan ketupan sebahagian dari elemen dalam keraikan.Terutamanya di musim merayakan Aidilfitri setiap rumah akan menghidangkan ketupat bersama dengan lemang dan hidangan yang lain seperti rendang dan sebagainya.
Ketupat secara umumnya adalah sejenis hidangan atau makanan yang terdiri dari anyaman daun kelapa atau pandan yang berisi beras di dalamnya.Makanan ini memang nampak sederhana dan merupakan antara hidangan utama di Hari Raya Aidilfitri.Namun,Pernahkah kita terfikir Bagaimanakah ketupat dikaitkan dengan hari raya aidilfitri ? dan dari mana sebenarnya asal usul ketupat.
SEJARAH DAN ASAL - USUL KETUPAT
Sejarah menyatakan asal - usul ketupat diperkenalkan oleh Sunan Kalijaga semasa kemasukan Agama Islam ke Tanah Jawa.Beliau membudayakan dua kali Bakda iaitu bakda lebaran dan Bakda Kupat.Bakda Kupat dimulakan seminggu sesudah hari raya atau lebaran. Pada hari yang disebut Bakda Kupat tersebut, di tanah Jawa waktu itu setiap rumah akan menganyam ketupat yang diperbuat dari daun kelapa muda.
Seterusnya ketupat yang selesai dimasak akan dihantarkan kepada mereka yang lebih tua sebagai simbolik kepada sebuah kebersamaan atau perhubungan atau jalinan sillaturahim.
CIRI - CIRI KETUPAT DAN MAKSUDNYA
Para penyelidik sejarah berpendapat,Ciri - ciri pada ketupat itu sendiri memiliki beberapa maksud yang tersirat
Anyaman daun pada bungkus ketupat mencerminkan berbagai macam kesalahan dan dosa manusia.
Nasi pulut yang putih melambangkan kebersihan dan kesucian hati setelah memohon keampunan dari segala kesalahan.
Kesuluruhan bentuk dan ciri - ciri ketupat itu sendiri menterjemahkan ciri - ciri kesempurnaan,
SIMBOLIK PADA PEMBUATAN KETUPAT
Ketupat pada masa dahulu kebiasaannya dihidangkan dengan lauk yang bersantan, maka dalam pantun Jawa pernah menyebut “Kupat santen”, Kula lepat nyuwun ngapunten yang bermaksud "saya salah mohon maaf".
Sebagai tambahan, penggunaan janur sebagai kemasan juga memiliki makna yang tersembunyi. Janur dalam bahasa Arab yang berasal dari kata “jaa a al-nur” bermaksud “telah datang cahaya”. Manakala masyarakat Jawa menyebut janur dengan sebutan “sejatine nur” (cahaya) . Dalam arti lebih luas janur berarti keadaan suci manusia setelah mendapatkan pencerahan cahaya selama sepanjang bulan Ramadhan.
KETUPAT DAN TRADISI MASYARAKAT JAWA
Ketupat juga berkait rapat dengan tradisi Masyarakat Jawa menjelang 1 syawal.Ketupat yang mempunyai bentuk empat segi memberi maksud “laku papat” dalam bahasa Jawa atau empat tindakan yang diperkenalkan oleh Sunan Bonang.
"Laku papat" atau empat tindakan tersebut adalah lebaran, luberan, leburan dan laburan yang memberikan maksud - maksud yang tertentu
Lebaran, dari kata "lebar" yang berarti selesai. ianya menunjukkan bahwa 1 Syawal adalah tanda selesainya menjalani puasa. Oleh kerana itu juga wujudnya sebutan lebaran yang dikatikan dengan hari raya pada masa kini.Perumpaan juga merujuk kepada ketupat yang boleh dimakan setelah dimasak dalam santan yang putih.
Luberan, berarti melimpah.ibarat air dalam tempayan yang isinya melimpah,sehingga tumpah ke bawah atau tanah.Simbol yang menyampaikan maksud pesanan untuk berzakat atau memberikan sebahagian daripada harta kepada fakir miskin atau golongan yang susah dengan sedekah secara ikhlas seperti tumpah atau "luber"nya air dari tempayan tersebut.Simbolik ini juga ditunjukkan semasa pengisian beras ke dalam ketupat sebelum dimasak.
Leburan membawa maksud semua kesalahan dapat dileburkan dan dapat dimaafkan pada hari yang mulia tersebut tersebut.Juga merujuk kepada beras yang mentah menjadi nasi pulut yang putih dan bersih setelah dimasak dan menjadi manfaat makanan kepada kita.
Laburan. Di Jawa, labur (kapur) adalah bahan untuk memutihkan dinding.Sifat Labur ( kapur ) yang putih yang dikaitkan Ini sebagai simbol yang memberikan peringatan untuk senantiasa menjaga kebersihan diri secara zahir dan batin yang merujuk kepada amalan yang suci dan ikhlas kerana Allah semata - mata.
PERINGATAN DAN PESANAN DISEBALIK PEMBUATAN KETUPAT
Selama ini kita mungkin tidak menyedari tentang perkara ini malah ianya sekadar simbolik kosong dalam menyambut perayaan.Sekiranya kita meneliti kembali sejarah ketupat,ianya merupakan sati identiti yang menyampaikan maksud dan pengertian yang mendalam yang harus dihayati bersama.
Kebiasaannya juga setelah melaksanakan leburan (saling maaf memaafkan) kita juga dipesan dan diperingatkan untuk menjaga sikap dan tindakan yang baik, sehingga dapat mencerminkan budi pekerti yang baik.
Hakikatnya ketupat itu sendiri menyampaikan pesanan yang sangat mendalam untuk menjadi manusia yang suci dan memartabatkan akhlak yang tertinggi dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah Yang Maha Agung.
27 November 2015
ALHAMDULILLAH UNTUK ISLAM DI NEGARA CHINA DAN JAPAN
ALHAMDULILLAH UNTUK ISLAM DI CHINA DAN JAPAN
Kita sering menganggap bahawa agama Islam hanya di anuti oleh sesetengah negara sahaja sedangkan Agama Islam adalah agama yang menyeluruh dan untuk seluruh umat Islam secara azalinya dari bermulanya penciptaan Nabi Adam A.S sehinggalah sampai saat ini.
Pada masa sekarang Islam mula digoncangkan dengan pelbagai sentimen yang dilabelkan dengan keganasan.Namun begitu disaat ramai pihak yang rakus cuba menjatuhkan negara secara tidak langsung manusia seluruh dunia mencari kebenaran dengan memperlajari dan mencari maklumat mengenai Islam untuk memahami sama ada Agama Islam adalah agama yang benar - benar menganjurkan keganasan atau sebaliknya.
Apa yang mengejutkan kebanyakkan penemuan yang dibuat mereka memberikan hidayah setelah mereka mengetahui dengan hanya sedikit pemahaman tentang penyampaian agama Islam yang sebenarnya menjadikan dan menaikkan Islam di serata dunia dari Timur dan Barat.
China dan Jepun merupakan antara dua bua negara yang padat dengan penduduk dan mungkin ramai yang tidak menyangka sekiranya Islam berkembang pesat di kedua negara ini.Malah jika diamati Komuniti Islam di China adalah antara yang terbesar di dunia.
Perkembangan Islam di kedua - dua negara ini juga berjaya mengubah perspektif Islam di negara bahagian Timur sekali gus membuktikan agama Islam adalah agama yang relevan untuk semua Masyarakat seluruh dunia.Saban hari Islam dikedua - dua negara semakin bercambah dengan program penyampaian,perkongsian dan dakwah yang dijalankan.
Islam mula bertapak di kedua - kedua negara ini dari berdekad yang lalu dan kini Islam semakin membangun di setiap pelusuk tempat tidak mengira lapisan masyarakat di sana.
Menurut survey dan kajian yang dijalankan di kedua - dua negara menunjukkan bertambahnya masjid - masjid dan tempat ibadah bagi Umat Islam mengerjakan Solat serta pembagunan pusat pelajaran Islam menunjukkan ramai masyarakat di sana mula menerima dan mempelajari Islam sebagai agama yang Mengesakan Tuhan.
Saya doakan semoga Islam diterima dan dipelajari oleh semua orang untuk memahami ajaran dan landasan sebenar agama Islam.

























