Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

21 December 2015

ASAL - USUL LAGU " LINGSIR WENGI " DAN MISTERI DISEBALIKNYA


            ASAL - USUL LAGU " LINGSIR WENGI " DAN MISTERI DISEBALIKNYA

" Lingsir Wengi  " merupakan antara lagu jawa atau gending jawa yang sangat populer semenjak lagu ini dijadikan background music atau lagu latar filem seram Indonesia filem Kuntilanak yang mana lagu tersebut didendangkan semasa memuja atau memanggil mahkluk ghaib atau kuntilanak/ pontianak dalam filem tersebut.

Sehubungan dengan penggunaan lagu tersebut dalam filem seram kuntilanak memberikan persepsi negatif masyarakat yang menganggap lagu tersebut adalah lagu yang mengundang mahkluk - mahluk halus seperti kuntilanak malah dilarang untuk dinyanyikan pada waktu - waktu yang tertentu.

Walau bagaimanapun jika melihat kepada asal - usul lagu lingsir wengi ini ianya menyampaikan maksud yang berbeza atau bertentangan dan mempunyai maksud - maksud dan unsur yang sangat baik.


ASAL - USUL LAGU " LINGSIR WENGI " 

Sunan kalijaga adalah pencipta asal lagu " Lingsir Wengi ".Beliau yang lahir sekitar tahun 1450M dengan nama kecil Raden Said merupakan salah seorang dari  9 Wali Songo yang menyerbarkan ajaran Agama Islam melalui media kebudayaan jawa seperti wayang kulit, seni ukir , gamelan dan lain - lain.

Beliau juga mempunyai nama - nama panggilan lain seperti Lokajaya,Sheikh Malaya, Pangeran Tuban dan Raden Abdurrahman.

Beliau asalnya mencipta gending "Linsir Wengi " untuk menolak godaan makhluk halus dan menghalau gangguan yang tidak diingini.Selainitu juga Lingsir Wengi turut didengangkan oleh ibu ibu untuk menidurkan bayi - bayi yang sukar untuk tidur di sehingga tengah malam.

 Lingsir wengi merupakan salah satu lagu gending jawa yang menggunakan pakem macapat, pakem macapat terdiri dari 11 pakem salah satunya pakem durma yang dipakai dalam lagu lingsir wengi.

Lingsir Wengi ini juga digunakan oleh sunan Kalijaga setelah melakukan shalat malam yang berfungsi untuk menolak bala atau mencegah perbuatan makhluk gaib yang ingin mengganggu.Selain itu makna lagu tersebut menyelitkan sebuah doa kepada Tuhan.

Seterusnya mari kita meneliti lirik asal lagu Lingsir Wangi yang diciptakan oleh Sunan kalijaga dalam bahasa jawa dan terjemahannya.

Lingsir Wengi
Lingsir wengi
Sepi durung biso nendro
Kagodho mring wewayang
Kang ngreridhu ati
Kawitane
Mung sembrono njur kulino
Ra ngiro yen bakal nuwuhke tresno
Nanging duh tibane aku dewe kang nemahi
Nandang bronto
Kadung loro
Sambat-sambat sopo
Rino wengi
Sing tak puji ojo lali
Janjine mugo biso tak ugemi
 
Terjemahan dalam bahasa Melayu

Menjelang Tengah Malam
saat menjelang tengah malam
sepi tidak bisa tidur
tergoda bayanganmu
di dalam hatiku
permulaanya
hanya bercanda kemudian terjadi
tidak mengira akan jadi cinta
kalau sudah saatnya akan terjadi pada diriku
menderita sakit cinta(jatuh cinta)
aku harus mengeluh kepada siapa
siang dan malam
yang saya cinta jangan lupakan ku
janjinya kuharap tak diingkari



 Dibandingkan dengan versi dalam filem kuntilanak yang lebih bersifat negatif dan mengundang persepsi yang sebaliknya di kalangan masyarakat.

 

Lingsir wengi sliramu tumeking sirno
Ojo Tangi nggonmu guling
awas jo ngetoro
aku lagi bang wingo wingo
jin setan kang tak utusi
jin setan kang tak utusi
dadyo sebarang
Wojo lelayu sebet

Terjemahan dalam Bahasa Melayu

Menjelang malam, dirimu(bayangmu) mulai sirna ( lenyap )
Jangan terbangun dari tidurmu
Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)
Aku sedang dalam kemarahan besar
Jin setan ku perintahkan
Jadilah apapun juga,
Namun jangan membawa maut

 dan akhri sekali kita perdengarkan antara versi moden lagu Lingsir Wengi.







AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


18 December 2015

SEJARAH DAN ASAL-USUL KETUPAT DALAM MASYARAKAT KITA


SEJARAH DAN ASAL-USUL KETUPAT DALAM MASYARAKAT KITA

Ketupan merupakan suatu identiti yang sering dikatkan dengan perayaan seperti Hari Raya Aidilditri dan sesetengah masyarakat kita sering juga menjadikan ketupan sebahagian dari elemen dalam keraikan.Terutamanya di musim merayakan Aidilfitri setiap rumah akan menghidangkan ketupat bersama dengan lemang dan hidangan yang lain seperti rendang dan sebagainya.

Ketupat secara umumnya adalah sejenis hidangan atau makanan yang terdiri dari anyaman daun kelapa atau pandan yang berisi beras di dalamnya.Makanan ini memang nampak sederhana dan merupakan antara hidangan utama di Hari Raya Aidilfitri.Namun,Pernahkah kita terfikir Bagaimanakah ketupat dikaitkan dengan hari raya aidilfitri ? dan dari mana sebenarnya asal usul ketupat.


SEJARAH DAN ASAL - USUL KETUPAT

Sejarah menyatakan asal - usul ketupat diperkenalkan oleh Sunan Kalijaga semasa kemasukan Agama Islam ke Tanah Jawa.Beliau membudayakan dua kali Bakda iaitu bakda lebaran dan Bakda Kupat.Bakda Kupat dimulakan seminggu sesudah hari raya atau lebaran. Pada hari yang disebut Bakda Kupat tersebut, di tanah Jawa  waktu itu setiap rumah akan menganyam ketupat yang diperbuat dari daun kelapa muda.

Seterusnya ketupat yang selesai dimasak akan dihantarkan kepada mereka yang lebih tua sebagai simbolik kepada sebuah kebersamaan atau perhubungan atau jalinan sillaturahim.


 CIRI - CIRI KETUPAT DAN MAKSUDNYA

 Para penyelidik sejarah berpendapat,Ciri - ciri pada ketupat itu sendiri  memiliki beberapa maksud yang tersirat

Anyaman daun pada bungkus ketupat mencerminkan berbagai macam kesalahan dan dosa manusia.

Nasi pulut yang putih melambangkan kebersihan dan kesucian hati setelah memohon keampunan dari segala kesalahan.

Kesuluruhan bentuk dan ciri - ciri ketupat itu sendiri menterjemahkan ciri - ciri kesempurnaan,


SIMBOLIK PADA PEMBUATAN KETUPAT

Simboliknya ketupat dihubungkan dengan kemenangan umat Islam setelah sebulan menjalankan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan dan seterusnya disambut bermula 1 Syawal di Hari Raya Aidilfitri.

Ketupat pada masa dahulu kebiasaannya dihidangkan dengan lauk yang bersantan, maka dalam pantun Jawa pernah menyebut “Kupat santen”, Kula lepat nyuwun ngapunten yang bermaksud "saya salah mohon maaf".

Sebagai tambahan, penggunaan janur sebagai kemasan juga memiliki makna yang tersembunyi. Janur dalam bahasa Arab yang berasal dari kata “jaa a al-nur” bermaksud “telah datang cahaya”. Manakala masyarakat Jawa menyebut janur dengan sebutan “sejatine nur” (cahaya) . Dalam arti lebih luas janur berarti keadaan suci manusia setelah mendapatkan pencerahan cahaya selama sepanjang bulan Ramadhan.


KETUPAT DAN TRADISI MASYARAKAT JAWA

Ketupat juga berkait rapat dengan tradisi Masyarakat Jawa menjelang 1 syawal.Ketupat yang mempunyai bentuk empat segi memberi maksud “laku papat” dalam bahasa Jawa atau empat tindakan yang diperkenalkan oleh Sunan Bonang.

"Laku papat" atau empat tindakan tersebut adalah lebaran, luberan, leburan dan laburan yang memberikan maksud - maksud yang tertentu

Lebaran, dari kata "lebar" yang berarti selesai. ianya menunjukkan bahwa 1 Syawal adalah tanda selesainya menjalani puasa. Oleh kerana itu juga wujudnya sebutan lebaran yang dikatikan dengan hari raya pada masa kini.Perumpaan juga merujuk kepada ketupat yang boleh dimakan setelah dimasak dalam santan yang putih.

Luberan, berarti melimpah.ibarat air dalam tempayan yang  isinya melimpah,sehingga tumpah ke bawah atau tanah.Simbol yang menyampaikan maksud pesanan untuk berzakat atau memberikan sebahagian daripada harta kepada fakir miskin atau golongan yang susah dengan sedekah secara ikhlas seperti tumpah atau "luber"nya air dari tempayan tersebut.Simbolik ini juga ditunjukkan semasa pengisian beras ke dalam ketupat sebelum dimasak.
Leburan membawa maksud semua kesalahan dapat dileburkan dan dapat dimaafkan pada hari yang mulia tersebut tersebut.Juga merujuk kepada beras yang mentah menjadi nasi pulut yang putih dan bersih setelah dimasak dan menjadi manfaat makanan kepada kita.

Laburan. Di Jawa, labur (kapur) adalah bahan untuk memutihkan dinding.Sifat Labur ( kapur ) yang putih yang dikaitkan  Ini sebagai simbol yang memberikan peringatan untuk senantiasa menjaga kebersihan diri secara zahir dan batin yang merujuk kepada amalan yang suci dan ikhlas kerana Allah semata - mata.


PERINGATAN DAN PESANAN DISEBALIK PEMBUATAN KETUPAT

Selama ini kita mungkin tidak menyedari tentang perkara ini malah ianya sekadar simbolik kosong dalam menyambut perayaan.Sekiranya kita meneliti kembali sejarah ketupat,ianya merupakan sati identiti yang menyampaikan maksud dan pengertian yang mendalam yang harus dihayati bersama.

Kebiasaannya juga setelah melaksanakan leburan (saling maaf memaafkan) kita juga dipesan dan diperingatkan untuk menjaga sikap dan tindakan yang baik, sehingga dapat mencerminkan budi pekerti yang baik.

Hakikatnya ketupat itu sendiri menyampaikan pesanan yang sangat mendalam untuk menjadi manusia yang suci dan memartabatkan akhlak yang tertinggi dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah Yang Maha Agung.
 




 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my