Showing posts with label Profiles. Show all posts
Showing posts with label Profiles. Show all posts

10 September 2025

MENGENALI JUARA DUNIA KELAS A PENCAK SILAT TAHUN 2004, ABANG ERDIE FAUZERUL BIN ABANG PAUZAN.



Abang Erdie Fauzerul Bin Abang Pauzan merupakan salah seorang atlit Pechak Silat bagi silat Olahraga yang berasal dari Negeri Sarawak. Beliau juga merupakan salah seorang pesilat dari Perguruan Persilatan Embun Puteh Sarawak di bawah pimpinan Yang Dikasihi Ayahanda Guru Utama / Guru Pengasas Haji Jaya @ Mahdi Bin Hassim yang mana merupakan salah satu perguruan yang bernaung di bawah Rumpun Silat Sarawak.

Beliau memulakan langkah dalam Persilatan seawal tahun 1994 dan mengembangkan bakat ke Sukan Olahraga dan bermula dari situ beliau mempelajari dan mengasah bakat beliau sehingga beliau berjaya melalui pelbagai peringkat pertandingan sebelum di lamar ke dalam Pasukan Pencak Silat Negeri Sarawak di bawah seliaan Rumpun Silat Sarawak.

Abang Erdie merupakan salah satu pesilat yang digeruni pada suatu ketika dahulu dengan teknik - teknik perlawanan yang sangat mengesankan sehingga beliau berjaya mengalahkan nama - nama besar di dalam sukan silat Olahraga dipelbagai peringkat mahupun peringkat negeri, Kebangsan dan juga peringkat antarabngsa pada suatu ketika dahulu.

Kejayaan yang paling gemilang beliau pernah capai adalah kejayaan beliau mengharumkan nama Negara Malaysia membawa pulang Pingat Emas dan  gelaran Juara Dunia di Kejohanan Silat Dunia pada tahun 2004 di Singapura telah memenangi pertandingan Silat Olahraga Kategori Tanding Kelas A.

Selain dari itu juga, beliau juga telah turut berjaya mengharumkan nama Negera Malaysia apabila berjaya memenangi dan membawa pulang Pingat Emas Juara Pencak Silat kategori Tanding pada Sukan SEA pada tahun 2005 yang berlangsung di Cebu Filiphina.

Beliau turut berjaya menempah beberapa siri kemenangan dan kejuaraan  pada beberapa kejohanan Pencak Silat di peringkat Antarabangsa,Kebangsaan dan peringkat Negeri Sarawak dan ini termasuk beberapa pertandingan dibawah penganjuran Rumpun Silat Sarawak,PESAKA dan PERSILAT.

Beliau kini masih aktif menjadi Gurulatih bagi Perguruan beliau iaitu Perguruan Persilatan Embun Puteh Sarawak dan beliau sering dipanggil untuk berkongsikan ilmu dan pengalaman beliau di dalam Sukan Silat Olahraga di beberapa event dan program di bawah naungan Rumpun Silat Sarawak khas nya.

Pencapaian terbaik beliau sebagai Juara Dunia Silat Olahraga telah berjaya mengharumkan nama Negeri Sarawak dan Negara Malaysia di pelbagai peringkat merupakan suatu yang amat membangggakan dan ianya menjadi aspirasi anak anak pesilat di Negeri Sarawak.

Abang Erdie telah menempa nama di persada dunia sebaris dengan Juara - juara Dunia yang lain dari Negeri Sarawak seperti Saudara Ramlee Ahmad, Juara Dunia Tahun 1992 di Kejohanan di Jakarta, Indonesia dan Saudara Maxzakir Juara Dunia pada tahun 1994 Kategori Tanding di Thailand.

Mengikut jejak kejuaraan tersebut adalah Saudara Abdul Latif Bin Maxzakir yang telah dinobatkan juara dunia Silat Olahraga Kategori Tanding Kelas H Senior di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke 20 di Abu Dhabi pada Disember 2025 yang lalu.

Semoga kejayaan yang telah dicapai oleh Abang Erdie dan barisan juara - juara dari Bumi Kenyalang yang lainnya menjadi motivasi, Aspirasi dan semangat untuk anak anak dari Negeri Sarawak untuk mengangkat martabat persilatan Sarawak di persada dunia pada masa yang akan datang.


Berikut saya kongsikan beberapa Biodata ringkas beliau : 

NAMA PENUH: 
Abang Erdie Fauzerul bin Abang Pauzan

ALAMAT :
 Lot 2017, Jalan selangan batu, Kg Rampangi fasa 1, Semariang, 93050 Kuching Sarawak
Tel No :
 018-2268773

E-mel: erdiechamp@gmail.com

PERGURUAN:-
Perguruan Persilatan Embun Puteh
Tarikh masuk silat : 1994

JAWATAN:- 
Gurulatih

PENGALAMAN:-
-Penolong Jurulatih di kejohanan Silat Terbuka Malaysia di Stadium Titiwangsa 2019
Penolong jurulatih Sarawak Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 di Perak 
Wait dan juri (teknikal) di Kejohanan terbuka Antarabangsa Sarawak Premier 2022 di Stadium Perpaduan Kuching

PERTANDINGAN:-
- Sukan Malaysia (SUKMA) 1998 di Selangor
- Sukan Malaysia (SUKMA) 2000 di Penang
- Kejohanan Silat Kebangsaan di Stadium Cheras Kuala Lumpur 2000
-Kejohanan Silat Dunia di Jakarta pada tahun 2000
- Kejohanan Silat Kebangsaan di stadium Cheras Kuala Lumpur tahun 2002
- 1st Asia Pacific Pencak Silat championship 2002 in Singapore
- Kejohanan Silat Dunia di Stadium PISA Pulau Pinang 2002
- Kejohanan Silat Kebangsaan di Pahang tahun 2004
-Kejohanan Silat Dunia di Singapura tahun 2004
- Pencak Silat Swiss Open Championship 2005
- Kejohanan Sukan Sea di Cebu Filipina tahun 2005
- Kejohanan Silat Kebangsaan di Uniten Bangi tahun 2006
- Kejohanan Silat Dunia di Kuantan Pahang tahun 2007
- Kejohanan Sukan Sea di Korat Thailand 2007

KURSUS/KEM
- Kem Motivasi untuk Atlet Sukma di Kem Pueh Sematan (29 September - 3 October 1999)
- Kem Motivasi Atlet Malaysia, Karisma Nature Camp D' Klang.
Kuala Pilah Negeri Sembilan (9-13 September 2001)
- Kursus Naik taraf Wasit/Juri peraturan Baru Kebangsaan peringkat Negeri Sarawak (24-30 Jun 2022)
- Kursus Introduction to sport massage
-Kursus asas Sport Nutrition untuk atlet sukan Kombat Sukma 2018 (28 October 2017)

BENGKEL:-
-Bengkel Kejurulatihan Pusat Elit/Cemerlang/pembangunan Pencak Silat (14 - 16 April 2017)
- Fasilitator bengkel Wasit/juri Silat seni dan Silat Tanding di Kompleks Peryatim Sibu ( 31 Ogos - 1 September 2019)

PENCAPAIAN:-
đŸ‘‰Pingat Emas = Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Pulau Pinang tahun 2000
đŸ‘‰Pingat Emas - Kejohanan Silat Kebangsaan tahun 2000 di stadium Cheras Kuala Lumpur 
đŸ‘‰Pingat Perak- Kejohanan Silat Dunia di Jakarta tahun 2000
đŸ‘‰Pingat Emas - Kejohanan Silat Kebangsaan tahun 2002 di stadium Cheras Kuala Lumpur
đŸ‘‰Pingat Gangsa - Kejohanan Silat Dunia tahun 2002 di stadium PISA Pulau Pinang
đŸ‘‰Pingat Emas - Kejohanan Silat Kebangsaan 2004 di Pahang
đŸ‘‰ Pingat Emas - Kejohanan Silat Dunia 2004 di Singapura
đŸ‘‰ Pingat Emas - Kejohanan Sukan Sea 2005 di Cebu Filipina
đŸ‘‰Pingat Emas - Kejohanan Silat Kebangsaan 2006 di Uniten Bangi

ANUGERAH:-
-Pencalonan Anugerah Olahragawan Harapan Negeri Sarawak (21 April 2001)
- Pencalonan Anugerah Sukan Negeri Sarawak 2003/2004

PEKERJAAN: 
- sebagai Pemandu Peribadi cum Bodyguard di Sarawak Metro Sdn Bhd

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN:- 
Sijil Pelajaran Malaysia










Pingat Emas - Kejohanan Silat Dunia 2004 di Singapura















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

21 March 2017

BIODATA PELAKON UTAMA THE PROMISE ( PANGAKO SAYO ) 2015 DARI FILIPINA


BIODATA PELAKON UTAMA THE PROMISE ( PANGAKO SAYO ) 2015 DARI FILIPINA

The Promise ( Pangako Sayo ) merupakan drama dari Filipina yang semakin mendapat sambutan para peminat Siri Drama TV di Malaysia. Drama ini memulakan menyiarannya pada 2 Januari 2017 melayu channel Astro Maya HD dan Astro Prima yang juga merupakan Siri Drama dari Filipina yang pertama di alih suara ke Bahasa Melayu.

The Promise ( Pangako Sayo ) ini juga yang mula ditayangkan pada 2015 ini berdasarkan siri asal dengan judul yang sama pada 2003 yang mana dilakonkan oleh Kristine Hermosa dan Jericho Rosales yang mendapat sambutan pada ketika itu menarik minat penerbit filem untuk membuat semula cerita itu dengan menampilkan dua bakat muda iaitu Kathryn Bernardo yang membawa watak Yna Macaspac dan Daniel Padilla membawa watak Angelo Buenavista bagi menggalas tugas membawa watak utama dalam Siri Drama ini.

Selain dari lakonan yang berkesan dengan jalan cerita yang menarik cerita ini mendapat perhatian ramai kerana personaliti pelakonnya yang jelita dan tampan.

Seterusnya kita lihat Biodata dua bintang muda berbakat  Siri Drama ini.


BIODATA KATHRYN BERNARDO

Nama Penuh : Kathryn Chandria Manuel Bernardo


Nama Popular : Kathryn Bernardo


Tempat Lahir : Cabanautan City,Filipina


Tarikh Lahir : 26 March 1996


Umur : 20 Tahun


Adik - Beradik : Anak Bongsu dari 4 orang adik - beradik.

Ibu Bapa : Luzviminda Bernardo , Teodore Bernardo


Pendidikan : Belajar di OB Montessori Center Inc sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 
                     2003.Bersekolah di rumah, dan ketika ini belajar di Kolej Enderun, Bandaraya Taguig.

Perkerjaan : Artis, Model dan Penyanyi


Agama : Kristen


BIODATA DANIEL PADILLA

Nama Penuh : Daniel John Ford Padilla

Nama Popular : Daniel Padilla

Tempat Lahir : Manila,Filipina

Tarikh Lahir : 26 April 1995

Umur : 21 Tahun

Zodiak : Taurus

Ibu Bapa : Karla Estrada, Rommel Padilla

Adik Beradik : Ralph Mattew Padilla, RJ Padilla dan lain2

Twitter : https://twitter.com/imdanielpadilla

Instagram : https://www.instagram.com/imdanielpadilla/


GAMBAR - GAMBAR PELAKON THE PROMISE ( PANGAKO SAYO ) 2015

Seterusnya saya kongsikan gambar - gambar menarik kedua - dua weatak utama dalam Siri Drama terkenal ini. 





































 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my