Showing posts with label Petrajaya. Show all posts
Showing posts with label Petrajaya. Show all posts

10 September 2022

PERTANDINGAN SILAT SOLO PENCAK PERGURUAN DI KARNIVAL MINI KEBUDAYAAN & KESENIAN ISLAM TAHUN 2022


PERTANDINGAN SILAT SOLO PENCAK PERGURUAN DI KARNIVAL MINI KEBUDAYAAN & KESENIAN ISLAM TAHUN 2022

Alhamdulillah, Telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Silat Solo Pencak Silat Perguruan
Di Balai Budaya Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuching, Sarawak.

Pertandingan kali ini adalah Anjuran bersama Persatuan Mahabbah Kuching bersama dengan Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching bersempena dengan menganjuran Karnival Mini Kebudayaan Dan Kesenian Islam

Pertandingan pada tahun ini telah berjaya menarik minat ramai pesilat dari pelbagai perguruan -perguruan silat dari seluruh Wilayah Kuching untuk menunjukkan semangat pelesatarian warisan Silat Asli yang harus diteruskan untuk mengekalkan warisan persilatan di Negeri Sarawak agar tidak lupus dan masih dapat dipelajari dan diwarisi kepada anak - anak dan penerus pada generasi yang akan datang.

Pertandingan Silat Solo tahun ini telah memberikan gambaran atau dijadikan manfestasi bahawa permainan silat asli merupakan satu elemen besar yang sangat penting dalam sesuatu perguruan yang ianya merupakan silibus yang menggambarkan keseluruhan warisan silat di dalam satu - satu perguruan sementara silat olahraga dan silat seni kreatif atau baku adalah bahagian lain untuk mencungkil bakat dan kemahiran pesilat di dalam sukan atau olah raga silat di pelbagai peringkat.

Pertandingan Silat Solo pada tahun ini dimenangi oleh wakil dari Perguruan Seni Silat Selendang Abadi.

Semoga akan lebih banyak pihak - pihak penganjuran menghidupkan pertandingan Silat di masa akan datang.  














































 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

06 March 2019

UNDANGAN BERSAMA PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH KE MAJLIS PERKAHWINAN FICKRY & ZAFIRAH DI DEWAN HIKMAH KUCHING, SARAWAK.


UNDANGAN BERSAMA PERGURUAN SILAT PUKULAN PENDEKAR TUJUH KE MAJLIS PERKAHWINAN FICKRY & ZAFIRAH DI DEWAN HIKMAH KUCHING, SARAWAK.

Ahad 3 Mac 2019. di Dewan Hikmah Kuching telah berlangsung Majlis Perkahwinan pasangan Fickry dan Zafirah yang diadakan penuh dengan seri dan warna - warni. Hadir bersama saya pada hari itu adalah Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh yang mempersembahkan persilatan menyambut kedatangan kedua pasangan pengantin pada hari itu.

Setelah selesai membuat persembahan. Kita Shooting ambik gambar bersama dengan adik - adik pesilat dari Perguruan Pukulan Pendekar Tujuh. Gitew.











 
















 





















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my