Showing posts with label Advertorial. Show all posts
Showing posts with label Advertorial. Show all posts

06 August 2015

RAHSIA BISNES BAGAIMANA MENGUASAI PERNIAGAAN DROPSHIP DALAM MASA 30 HARI


PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN DROPHIP

Dropship merupakan salah satu cara perdagangan runcit yang agak baru dalam trend perniagaan masakini. Peruncit, pemasar atau ejen dropship akan memasarkan sesuatu produk yang disimpan oleh pembekal atau pengilang. Apabila produk tersebut dipesan atau dibayar oleh pembeli, ejen dropship akan memaklumkan kepada pembekal dan seterusnya pembekal mengaturkan memproses pesanan tersebut dan menghantar terus produk tersebut kepada pelangggan. Ejen dropship kemudian akan menerima sejumlah pembayaran dari pembekal keatas keuntungan dalam bentuk komisen ataupun ejen dropship tersebut akan membayar kos produk kepada pembekal mengikut program yang telah ditetapkan. 

Sistem dropship secara dasarnya dapat mengurangkan kos peruncitan dan semakin popular masakini.Ini kerana,untuk menjalankan dropship bagi peruncit,pemasar dan ejen dropship tidak memerlukan kedai seperti perniagaan yang lain.Pemasar produk dropship juga tidak perlu menyimpan stock seperti perniagaan biasa.Stock kebanyakkannya disimpan oleh pembekal yang menguruskan penghantaran berdasaarkan pesanan - pesanan yang telah dibuat.
 
 http://www.dropship.im merupakan platform sistem dropship yang pertama dan lengkap di Malaysia yang pernah dibina dan telah beroperasi sejak 2011 lagi.



STRATEGI PEMILHAN PRODUK DROPSHIP

Sebelum memilih untuk memulakan atau mempromosi perniagaan dropship, anda harus memilih jenis produk yang dipromosi, tinggi atau tidak peluang untuk perniagaan berkembang, dan cara struktur perniagaan dari segi komisen dan cara yang boleh meyakini perniagaan ini mampu untuk bertahan lama dan yang paling penting adakah mereka membayar dropship ejen mereka komisen yang dijanjikan.

BAGAIMANA PERNIAGAAN DROPSHIP DIJALANKAN ?

Program dropship pada ringkasnya adalah untuk menjual produk atau perkhidmatan pihak ketiga menggunakan rangkaian internet atau cara pemasaran konvensional. Program-program dropship yang berada dipasaran kini kebanyakannya menjual E-Book seperti di clickbank.com, namun terdapat juga yang menjual produk khusus seperti fashion contohnya dropship.im , yosh.my, zawara.com dan produk pelbagai seperti di RYXAL Dropship Center.

Program dropship juga berkembang kepada produk - produk pakaian,kosmetik dan pelbagai lagi jenis produk yang menembusi pasaran dalam dunia global sekarang.

 PELUANG MENJANA PENDAPATAN YANG LUMAYAN DARI PROGRAM DROSHIP

Tidak dinafikan program dropship semakin menjadi pilihan trend dalam pemasaran jenama produk - produk tertentu pada masa sekarang.Tanda disedari perniagaan ini juga banyak membantu pembekal jenama untuk mengembangkan perniagaan dengan memberikan kelebihan di semua peringkat yang terlibat.

Malah usahawan dropship sekarang mengakui mereka mampun menjadi pendapatan bermula dari RM3,000.00 sebulan sehingga mencecah RM20,000.00 sebulan.Hasil dari perniagaan dropship telah terbukti sebagai satu perniagaan yang berkembang cepat dan pesat dengan kos yang sangat minimum.

PANDUAN UNTUK MENGUASAI PERNIAGAAN DROPSHIP DALAM MASA 30 HARI 

Sebelum memulakan sesuatu perusahaan adalah penting untuk mempelajaari dan memahami ilmu pengetahuan sebagai persediaan untuk merancang perniagaan yang betul - betul berkesan dan memberikan pulangan dan menjana pendapatan yang lumayan.

Untuk mempelajari bagaimana teknik dan strategi program perniagaan dropsip yang berkesan anda bolehlah melayari pautan berikut untuk mendapatkan panduan MENGUASAI DROPSHIP DALAM MASA 30 HARI yang telah banyak membantu usahawan dropship yang berjaya dari seluruh Malaysia.

http://www.ashadee.net/go/50064/azlanrumadi
 

 

BUKAN SENANG MAHU SENANG DAN BUKAN SUSAH MAHU SUSAH

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


03 August 2015

DP AIS KRIM GULA APONG DI JUN RONG TAMAN SUKMA,KUCHING,SARAWAK

  

Salam #sehatisejiwa

Pada hujung minggu yang lepas saya dan keluarga berkunjung ke Jun Rong Taman Sukma nak membeli beberapa barangan keperluan di sana.Tetiba,sampai kat satu sudut saya nampak ramai orang berbaris - baris panjang.

Rupa - rupanya mereka yang berbaris panjang ni nak membeli ais krim gula apong.

DP AISKRIM GULA APONG

Mereka kini telah pun membuka cawangan mereka di Hypermarket Jun Rong Taman Sukma Kuching Sarawak.Jika sebelum ini peminat ais krim gula apong terpaksa ke bandaraya untuk membeli sekarang tidak perlu lagi kerana di sini juga telahpun menjual aiskrim gula apong yang setanding  ais krim yang lain.


DP AIS KRIM GULA APONG menawarkan dua saiz mengikut citarasa pelanggan.Terdapat saiz mangkuk dan saiz cawan.

PILIIHAN  SAIZ AIS KRIM GULA APONG

Saiz Cawan/Cup di jual dengan harga RM2.00
Saiz Mangkuk di jual dengan harga RM5.00

 
 

Keenakan ais krim gula apong semakin menjadi kegilaan dan semakin merebak ke seluruh kawasan Kuching.Malah ada pelanggan yang sanggup berdiri dan berbaris panjang untuk mendapatkan ais krim yang diminati ramai ini.

Semasa saya sampai di Jun Rong Taman Sukma,Perkara yang sama berlaku di mana pelanggan berbaris panjang dan menunggu untuk membeli ais krim gula apong di Dp Ais Krim Gula Apong

Selain dari itu juga  apa yang saya ingin highlight kan Ais Krim Gula Apong ini hanya terdapat di Sarawak dan keunikkan rasanya menyebabkan pelanggan terasa ingin menikmatinya berkali kali.
Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang DP Gula Apong di Jun Rong,Taman Sukma,Kuching anda bolehlah menghubungi Cik Zaza di talian 016-8780888


SUPPORT OUR LOCAL PRODUCT

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


 

24 November 2014

EDARAN TAN CHONG MOTOR (SARAWAK) SDN BHD DI TANAH PUTIH KUCHING



EDARAN TAN CHONG MOTOR (SARAWAK ) SDN BHD  |

Baru - baru ini saya sempat di jemput oleh seorang rakan untuk singgah ke SHOWROOM NISSAN di Kawasan Tanah Putih,Kuching.Showroom yang sangat meriah dan bari sahaja dibuka tidak sampai sebulan yang lalu mengadakan pelbagai event untuk memperhebatkan penjualan kereta dari jenama NISSAN di pasaran.

Ruang pameran yang memuatkan pelbagai model kereta dari jenama NISSAN untuk tatapan pelanggan yang ingin melihat dengan lebih dekat setiap model keluaran Nissan.Selain itu pandu uji turut disediakan untuk pelanggan atau pengujung yang ingin merasai sendiri pengalaman memandu kereta dari jenama NISSAN.


Pegawai Perkhidmatan pelanggan akan membantu para pengunjung yang memerlukan bantuan dalam mengetahui dan mengenali setiap model kereta jenama NISSAN yang terdapat di bilik pameran ini.




Pelbagai jenis Model keluaran NISSAN yang akan memenuhi citarasa tersendiri setiap pelanggan yang datang berkunjung ke bilik pameran ini.













Berikut adalah ringkasan sedikit berkenaan harga beberapa model kereta Keluaran NISSAN yang dijual di bilik pameran ini.


Untuk keterangan lanjut mengenai Keluaran terbaru NISSAN di seluruh Kuching Anda Boleh juga menghubungi Penasihat Jualan seperti di bawah..



AJUN IKAN TERUBOK MASIN GERSIK,KUCHING,SARAWAK



AJUN IKAN TERUBOK MASIN GERSIK | Kali ini kita pergi berjalan kat Kampung Gersik,Sekitar Kampung Boyan di Seberang Waterfront Kuching.Malam semalam menemani seorang member ni nak balik Johor Bahru,alang - alang singgah kat Kampung Boyan jap mencari ikan terubok masin Sarawak.

AJUN IKAN TERUBOK MASIN GERSIK

Menyediakan ikan terubok masin Sarawak.Lokasi penjualan ikan terubok masin adalah sekitar Kampung Gersik,Boyan,Petrajaya Kuching.Ajun Terubok masin juga menyediakan pelbagai pilihan ikan terubok masin mengikut saiz dan harga yang menarik.Juga terdapat penjualan TELUR IKAN TERUBOK MASIN.

AJUN IKAN TEERUBOK MASIN membuka jualan mereka sehingga ke malam untuk memudahkan para pelanggan mendapatkan ikan terubok masin.Mereka juga boleh membuat pembungkusan untuk mereka yang memerlukan perjalanan yang jauh.

Berikut adalah beberapa yang sorotan produk ikan terubok masin yang dijual di AJUN IKAN TERUBOK MASIN GERSIK.










Inilah tuan punya perusahaan.



Kepada sesiapa yang berminat,bolehlah menghubungi AJUN TERUBOK MASIN GERSIK untuk tempahan Ikan Terubok Masin Sarawak ataupun untuk sebarang bentuk perniagaan dengan beliau.


SUPPORT OUR LOCAL PRODUCT

17 November 2014

BROTHER G BUSKER SENIMAN JALANAN DI SUMMER MALL,KOTA SAMARAHAN,SARAWAK

 
SEMALAM Saya pergilah jalan jalan ke Summer Mall,Di Kota Samarahan dengan family kazen saya.Dah lama juga tak berkunjung ke sini.Saja nak tengok perkembangan kat sini.Saya suka tengok barang - barang kat sini.Benar - benar mengingatkan saya pada Plaza Angsana Johor Bahru masa masih bertugas kat sana dulu.

 BROTHER G BUSKER

Sambil lepak - lepak kat luar,apa yang menarik perhatian saya adalah persembahan busker dari anak seni jalanan yang kebetulan membuat persembahan kat situ masa itu.betul - betul kat pintu masuk utama ke Summer Mall.Apa yang saya kagumi dengan kumpulan ini bila memikirkan akan  usaha mereka  untuk mencari rezeki sambil menghibur pengunjung yang datang ke Summer Mall ketika itu.


Mereka menggelarkan Kumpulan Busker mereka sebagai Brother G Busker.Saya sempat merakamkan salah satu persembahan mereka yang menyayikan lagu Matahari yang dinyanyikan oleh penyayi asalnya Hafiz Suib.

Sekiranya ada yang berminat untuk mengundang mereka untuk membuat persembahan bolehlah menghubungi  En. Faris- 01116096093

Doa saya keapda mereka semoga karya ikhlas untuk sesuap nasi dari golongan seniman jalanan ini mampu terus menyinari setiap lorong santai untuk menghiburkan jiwa dan perasaan di mana - mana saya.


HIDUP BUSKER ! GITAR MAIN !

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com

03 November 2014

JNR TERUBOK MASIN SARAWAK DI MEDAN NIAGA SATOK,KUCHING SARAWAK



JNR TERUBOK MASIN SARAWAK DI MEDAN NIAGA SATOK,KUCHING SARAWAK

Siapa yang pernah berkunjung Ke Medan Niaga Satok semestinya tidak melepaskan peluang membeli Ikan Terubok Masin Sarawak terutama pengunjung yang datang dari Luar Sarawak.Terubok Masin Sarawak juga merupakan produk tempatan yang sangat popular bagi mereka yang mengunjungi Bandaraya Kuching 

Sekiranya anda menginginkan terubok masin yang meyediakan kepada anda kualiti yang terbaik,anda bolehlah berkunjung atau singgah ke Gerai No 8, JNR Terubok Masin Sarawak di Medan Niaga Satok yang semestinya memberikan anda kualiti terubok yang terbaik.Malah pengalaman bertahun dalam bidang penghasilan dan penjualan terubok masin menjadikan mereka tumpuan ramai termasuk VIP bagi tempahyan terubok masin.

Pengalaman lebih bertahun dalam pengendalian perusahaan terubok masin berjaya menghasilkan antara Ikan terubok masin yang terbaik dari seluruh Kuching yang mempunyai keistimewaan dan citarasa yang tersendiri.Perusahaan yang diusahakan oleh pasangan suami isteri yang berasal dari Betong,Sarawak ini bertapak sudah lama dengan menjual Terubok Masin Sarawak.Tidak mengira masyarakat tempatan dan pengunjung dari jauh serta pelancong dari pelbagai Negara turut tidak melepaskan peluang membuat tempahan Ikan terubok Masin Sarawak di sini.
Gerai No 8 , Medan Niaga Satok ini juga turut menyediakan pelbagai jenis dan saiz ikan terubok masin dengan harga yang berbeza - beza mengikut citarasa masing masing.

Produk ikan terubok ini DIJAMIN 100% HALAL.100% Produk Buatan Tempatan, Buatan Malaysia.
Senarai harga ikan boleh dirujuk pada gambar di bawah.Anda boleh merujuk video dibawah untuk maklumat lanjut.





PROSES PEMBUNGKUSAN ( PACKING )

KUALITI merupakan antara yang dititik beratkan oleh penjual ikan kepada pelanggan menerima hanya yang terbaik untuk kepuasan hati mereka.Jesteru Pembungkusan adalah antara aspek yang diutamakan supaya kualiti produk dapat dinikmati dalam keadaan yang terbaik.

Malah JNR Ikan Terubok turut menyediakan pembungkusan secara percuma bagi pelanggan yang membawa ikan tersebut ke tempat jauh seperti di Luar Kawasan Kuching dan Semenanjung Malaysia ataupun ke Luar Negera.

Untuk makluman JNR Terubok Masin turut menerima tempahan atas talian  yang memerlukan POS LAJU,CARGO dan CURIOUR SERVICE dengan mengenakan caj harga yang berpatutan lagi berbaloi.

 

Video menunjukkan Proses pembungkusan yang dipraktiskan di
JNR TERUBOK MASIN SARAWAK


Terrubok Masin yang siap dibungkus ( packing ) dan sudah sedia untuk di ambil oleh pelanggan ataupun dikirim melalui pos dan kargo.


PENGUNJUNG YANG MEMBELI TERUBOK MASIN JNR TERUBOK MASIN SARAWAK



UNTUK TEMPAHAN ANDA BOLEH MENGHUBUNGI TALIAN
JNR TERUBOK MASIN SARAWAK


JAAFAR : 016 - 8928375      ROZIE : 016 - 8559774, 013 - 8272964

GERAI B.80 ,JNR TERUBOK MASIN SARAWAK
MEDAN NIAGA SATOK (FAMA )



LETS SUPPORT OUR LOCAL PRODUCT



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my