Showing posts with label Damai Central. Show all posts
Showing posts with label Damai Central. Show all posts

07 September 2016

DAMAI CENTRAL KUCHING, SARAWAK PADA DISEMBER 2014







VIDEO : DAMAI CENTRAL KUCHING, SARAWAK PADA DISEMBER 2014


VIDEO : DAMAI CENTRAL KUCHING, SARAWAK PADA DISEMBER 2014

Damai Central Kuching Sarawak merupakan salah satu tarikan destinasi untuk bersantai bagi menikmati pemandangan tepi laut yangs angat mendamaikan di Kuching Sarawak.Pemandangan indah pantainya yang menghampar luas memberikan sesuatu pemandangan yang sangat mendamai dan menenangkan bagi berehat dan bersantai terutama hujung minggu selepas kesibukan bekerja sepanjang minggu.
Apa yang menariknya di Damai Cental Kuching ini adalah terdapat kedai kedai yang menjual pelbagai barangan dan terdapat juga kemudahan kemudahan untuk beriadah bersama keluarga,rakan -rakan atau untuk sesiapa sahaja yang merancang untuk menganjur atau mengadakan aktiviti di kawasan ini.Selain itu juga lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat tempat peranginan seperti resort juga menjadikan ianya suatu lokasi yang sangat ideal untuk menghabiskan hujung minggu atau percutian anda.


Berdekatan dengan Damai Central Kuching ini adalah beberapa resor - resort atau hotel - hotel yang menyediakan pelbagai kemudahan penginapan dan pakej - pakej menarik untuk para pengunjung.Antaranta adalah Damai Beach Resort,Damai Puri Spa & Hotel,Penginapan Kem Permai,Rain Forest, VCentury Santubong Hotel dan beberapa lagi lokasi menarik yang lain.

Di Damai Central sendiri juga terdapat Escobar,Seven E ( 7E) dan juga tempat - tempat yang menyediakan makanan halal kepada pengunjung.Di Damai Central Kuching juga turut menjadi penganjuran konsert - konsert dan banyak lagi events - events terutama Music Festival Rain Forest yang menjadi acara tahunan yang menghimpunkan pelbagai bentuk lapisan masyarakat dari seluruh dunia.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



20 June 2016

"KUCHING CITY OUTING " DENGAN KAZEN - KAZEN DI BULAN JUNE 2016


"KUCHING CITY OUTING " DENGAN KAZEN - KAZEN DI BULAN JUNE 2016

 Pertama kalinya.Hujung minggu sekali sekala rasa nak bawak 2 orang kazen saya ni Outing keliling Kuching hujung minggu ni.Lagi pun hujung minggu tak ada nak buat apa - apa jadi saya ingat nak bawak kazen saya jalan - jalan di sekitar Bandar Kuching.

Sedikit info mengenai dua orang kazen saya ini.Mereka berbua bekerja sebagai Crew kapal pukat tunda dan berasal dari Kampung Beladin.saya percaya ramai yang pelik apabila melihat pengkalan kayu dan kapal pukat ni kan ?

KAPAL - KAPAL NELAYAN DAN JETI BELIAN TUA DI TENGAHARI YANG CERAH

Kira - kira jam 10.00 tengahari, saya mula menjemput kedua orang kazen saya di Whaft atau jeti di suatu kawasan di Bintawa.Sejujurnya, sesekali teringin juga saya mengikuti mereka untuk ke laut dan mengikuti trip mereka untuk melihat sendiri bagaimana mereka bekerja dan beroperasi di laut.Sampai hari ini  saya masih menyimpan hasrat saya tu.Sesekali turun ke laut merasai pengalaman yang sebahagiannya pengembaraan yang memberikan satu pengalaman yang sangat berharga.Lagipun saya sentiasa ingin mengikuti jejak ayah saya untuk menjadi seorang pelaut.Namun apakan daya takdir dan nasib saya membawa rezeki saya ke darat.hehehe..
So,hujung minggu kami bermula di sini.





FASHION WEEK AT MERDEKA PLAZA, KUCHING,SARAWAK

Merdeka Plaza, Kuching Sarawak.. lokasi yang pertama.. jalan jalan sambil mencari kalau kalau ada baju yang berkenan di hati untuk baju raya tahun ni.Kebetulan pada masa itu sedang berlangsung Merdeka Plaza Fashion Week yang menampilkan rekaan fashion - fashion yang terkini anjuran pihak pengurusan Merdeka Plaza.Saya sempat mengambil gambar - gambar kanak - kanak yang turut mengambil bahagian dalam acara peragaan fashion yang sedang berlangsung setibanya kami di sana.

















PERKARANGAN BANGUNAN DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA ( DBKU )

Saya suka ke kawasan tempat yang tinggi di mana saya dapat melihat pemandangan yang luas dan segenap pemandangan di sekeliling kawasan tersebut.Terutama di kawasan gunung ganang kerana saya merasakan ianya mampu memberikan ketenangan dengan melihat keindahan alam yang luas terbentang.

Terdapat satu kawasan yang merupakan salah satu pemandangan yang saya paling sukai di Kuching iaitu di Kawasan Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara yang terletak di atas bukit dan dari situ kelihatan pemandangan di sekittar Bandaraya Kuching yang sangat indah dan mendamaikan.

Kerana itu,pada outing kali ini, saya ke Sini bersama kazen saya untuk menikmati pemandangan ini sementara menunggu masa ke destinasi seterusnya untuk berbuka puasa.










MENUNGGU WAKTU BERBUKA DI DAMAI CENTRAL , SANTUBONG , KUCHING,SARAWAK

Akhirnya di sinilah persinggahan kami sebelum menunggu waktu berbuka.Damai Central yang baru sahaja dibuka dalam bebeberapa tahun ini merupakan tumpuan pelancongan yang terbaru di Santubong yang merupakan suatyu kawasan di persisiran oantai dan laut dan pemandangan matahari terbenam boleh dilihat dengan jelas di sini sekiranya cuaca yang mengizinkan.

Pemandangan indah matahari yang menghampiri garis horizon pada petang itu sungguh indah.Berbuka dengan Mee Cup sambil menikmati pemandangan senja di Damai Central.

Setelah sampai waktu berbuka.. matahari semakin samar dan hari pun makin gelap... berangkat mencari tempat menjamu selera yang seterusnya sebelum menamatkan outing pada hari itu.Esok nak Keja !



















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my