Showing posts with label Kampung Pusa. Show all posts
Showing posts with label Kampung Pusa. Show all posts

22 April 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444H / 2023H

 

Bismillahirrahmanirrahim,
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H / 2023M.

Subhanallah, Walhamdulillah, Laillahaillallah, AllahuAkhbar.

Sepuluh jari saya susun memohon ampun maaf atas segala silap dan salah samaada dari tutur lisan dan perbuatan perlakuan.
Ampuni saya,
Doakan saya,
Restui saya,
zahir dan batin 
Dunia dan akhirat.

Semoga Ibadah Puasa dan Aidilfitri menjadikan kita insan manusia yang lebih bersyukur dan tawadduk dalam menjalani amal ibadah, amal kebajikan dan amal kehidupan.
Semoga ianya makin mendekatkan kita pada Allah Swt.
Semoga Allah swt memberikan kita petunjuk dan kemenangan layaknya rasul- rasul dan mereka yang sebelum kita kita.
Semoga Allah swt angkat segala beban dan penyakit serta dosa dosa kita.
Semoga Allah swt menyatukan dan mengukuhkan silaturrahim sesama kita.
Semoga Allah, sempurnakan tauhid, iman taqwa, amal ibadah dan amal kebajikan.

Amin Ya Rabbal Alamin.
WalhamdulillahirobbilAlamin.






AZLAN BIN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

18 March 2018

TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA PASANGAN NAZRI DAN NORZAITI


TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA PASANGAN NAZRI DAN NORZAITI

Hari ini berlangsung Majlis Perkahwinan dan Persandingan saudara saya Nazri Abdullah dan pasangannya Norzaiti Binti Mohd Zaidi di Kampung Lot Pusa,Betong Sarawak.

Kelmarin telah berlangsung juga Majlis Akad Nikah yang disempurnakan juga di Rumah Pengantin Perempuan.Alhamdulillah dengan sekali lafaz mengesahkan ikatan pernikahan mereka berdua.

Sayangnya, saya tak dapat pulang ke Kampung untuk menghadiri Majlis Pernikahan mereka.

Apa-apa pun saya ucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat kedua pasangan mempelai pada hari ini.
Semoga ikatan berkekalan abadi sampai Kiamat.Semoga dijadikan keluarga aman damai,bahagia sejahtera dan tenang.Semoga dijadikan keluarga yang berjaya di dunia dan sempurna di akhirat.Semoga pasangan ini Subur beranak pinak dan berkembang biak.

Amin.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my






















19 January 2018

KENANGAN INGATAN DESAKU

KENANGAN INGATAN DESAKU

Sepertinya baru semalam,
Ku tinggalkan ingatan pada
Sungai,
Hijau Pokok,
Langit yang biru memutih
Dan bau paya yang seadanya,

Ku tinggalkan kenangan
Pada turus turus kayu
dan perahu kayu usang,
serta teratak yang duduk
di tebing tebing berzaman,

Dan rinduku ini
Yang tiada pernah puas untuk betah Menyelami lenggok
dan irama penghidupan desaku,

Hati yang sering terjamah
pada lambaian pulang desa
yang tempat ku tenang nan damai.
Kampung Pusa Betong Sarawak.

19012018,Jumaat.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

15 November 2017

ASMARA DESA TANAH LAHIR

ASMARA DESA TANAH LAHIR

Malam gelap berhiaskan bintang
lampu lampu rumah yang menyorot
Dingin nyaman udara yang membelah dada,
Tenang hati dan suara suara manusia yang membicaralan perihal tersendiri,
Duduk diserambi mahligai pusaka ini adalah aku dan diriku mencoret dari jiwa dan fikir kepada kata,
Mengungkap betapa aku merindu dan dendam pada senang dan luas rasaku,
Sibuk dan sesak yang panjang,
Ku genggam dan ku lemparkan pada malam milik zahir dan batinku.
Aku masih ingin betah menyusuli asmara tanah lahir dan kisah -kisah termanis dr memori sampai saat ini.
Ah....aku kemabukan dibuai asyik desa ini.
Sejahtera selalu buat diri.

01 JUN 2016
Kampung Pusa,Betong
Sarawak.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

06 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016 | 1437H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016 | 1437H

Assalamaualaikum Wbt,

Alhamdulillah...pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana diberikan kudrat dan kekuatan untuk menyempurnakan ibadah puasa 30 hari di bulan Ramadhan yang dimuliakan.

Hari ini 6 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal 1437H seluruh umat Islam meraikan hari kemenangan dan hari kemuliaan di Hari Raya Aidilfitri.Saya dengan ini juga ingin mengucapkan selamat merayakan Aidilfitri Walfai'zin kepada semua pembaca dan rakan - rakan blogger yang hari ini bersama - sama merayakan hari yang berbahagia ini.

Pada kesempatan ini juga saya sebagai seoarang hamba Allah dan manusia yang penuh kekurangan memohon kemaafan dan keampunan atas segala kekurangan diri saya selama ini.Saya juga ingin memohon maaf untuk seandai ada kesilapan dan kesalahan mahupun dari lisan kata dan juga perlakuan saya selama ini.Ampun dan maaf dunia akhirat dari zahir dan batin saya sepanjang perhubungan sesama manusia tidak mengira sesiapa sahaja termasuk kepada raka - rakan dan kenalan yang bukan beragama Islam.

Selain itu juga saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan sesiapa pun dari kalangan kita untuk tidak melupakan mereka yang tidak berdaya termasuk fakir miskin, mereka yang berjuang menjaga keselamatan negara,mereka yang sedang sakit,mereka yang sedang dalam pergolakan perang terutama kepada saudara sesama manusia kita di Tebing Barat dan di mana sahaja.Mereka yang sedang dalam perjalanan menyebarkan kebaikan.

Seterusnya kepada Kedua ibu bapa,Saudara mara,rakan taulan dan juga sahabat handai.

Semoga Allah menjadikan kita golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Semoga Allah memberikan kita sebaik petunjuk dan hidayah dengan Kemahasucian dan KeagunganNya.
Semoga Allah merahamati dan memberkati selalu.
Semoga Allah memberikan ketenangan dan kekuatan kepada kita semua.
Semoga Allah memberikan keamanan kepada mereka yang sedangan dilanda kelana dan derita.
Semoga Allah merapatkan Saf dan silaturrahimkita sesama Islam,sesama manusia.
Semoga Allah menyempurnakan ibadah kita semua.
Semoga Allah memenuhi segenap zahir dan batin kita dengan kemuliaan sifat dan kebaikan untuk semua.

Amin ya Rabbal Alamin.


Akhir kalam,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DARI
BLOGGER AZLAN RUMADI.

_____________________________________



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

06 June 2016

DESA PERMAI,TEBING DAN SUNGAI DIPAGI KEBERANGKATAN BALIK KE KUCHING,SARAWAK.


DESA PERMAI,TEBING DAN SUNGAI DIPAGI KEBERANGKATAN BALIK KE KUCHING,SARAWAK.

Semestinya hati selalu berat untuk meninggalkan desa dan pemandangan  - pemandangan alam semulajadinya yang sangat tulen dan suci belum tersentuh.Samaada orang memandang ianya sebagai tanda kemunduran dan kekurangan ataupun ianya sebagai anugerah pemberian warisan dari zaman  nenek moyang saya tetap menganggap ianya sebagai satu keindahan yang harus dikekalkan.Kerana pemandangan yang hijau dan tulin ini yang menjadi sebagaian kehidupan saya dan semua orang di Kampung ini sejak bertahun lamanya.


Kaki akan selalu berat melangkah meninggalkan desa permai ini ketika diri masih ingin betah dan lama duduk menikmati suasana desa yang menenangkan jiwa dan perasaan.Tapi apakan daya demi rezeki dan periuk nasi,tugasan harus diutamakan.pada keesokannya memulakan hari bekerja kembali dengan bulan Ramadhan bulan berpuasa turut memulakan harinya.

Sementara menunggu bot penambang saya sempat merakamkan gambar - gambar disekeliling tebing sungai untuk dikongsikan dalam post kali ini.

Tebing tua yang dikikis dan ditelan oleh arus sungai....perahu - perahu kayu ditebing dan daun hijau serta pohon rimbun yang menjadi permainan beburung dan sungainya yang mengalirkan air kuning paya yang membuntingkan rezeki kepada manusia - manusia ditanah kelahiran ini.

Sampai aku pulang lagi dalam dakapanmu nanti.Aku pasti akan kembali.















SEJAHTERA KEPADA KAMPUNGKU

www.azlanrumadi.blogspot.my


MAJLIS SAMBUTAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.


MAJLIS SAMBUTAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.

Bulan Ramadhan disambut dengan pelbagai cara samaada dari sudut kemasyarakatan,rohaniah, Islamiah dan pelbagai lagi cara yang dilakukan.Begitu juga halnya di kampung halaman saya, Kampung Pusa.Kebiasaan nya sehari atau beberapa hari sebelum bermulanya berpuasa dibulan Ramadhan akan diadakan Majlis sambutan bagi mengalu - alukan kedatangan bulan Ramadhan yang menandakan bermulanya Rukun Islam yang ke 3 iaitu berpuasa selama sebulan dibulan puasa.

Majlis tersebut akan mengumpulkan penduduk kampung untuk mengadakan bacaan doa dan tahlil kepada ahli - ahli keluarga hadirin yang menyertai majlis.Majlis bacaan doa lazimnya diadakan di Surau dan sesetengahnya mengadakan majlis bacaan di rumah kemungkinan diserta dengan bacaan kesyukuran tertentu atau bacaan doa selamat dan sebagainya .

Selesai Majlis bacaan doa tuan - tuan rumah akan mengadakan jamuan sedekah kepada para hadirin dengan pelbagai hidangan untuk jamuan para hadirin.Apa yang menariknya,hampir setiap rumah di kampung kami yang mana berkemampuan akan mengadakan jamuan terbuka kepada sesiapa sahaja pada hari itu sebagai bersedekah bersempena sambutan kedatangan bulan mulia Ramadhan.


Sedikit ulasan mengenai hidangan yang dihidangkan.Lazimnya hidangan yang dihidangkan mengenakan masakan dari resepi warisan tradisional masyarakat di Kawasan Saribas yang diwariskan dari zaman nenek moyang pada suatu ketika dahulu yang terdiri dari masakan rempah - rempah.Terdapat pelbagai jenis masakan rempah yang diselangselikan dengan masakan yang lain dan juga menu yang lain seperti buah - buahan dan sebagainya.

Adalah menjadi kelaziman masyarakat di Kampung kami untuk mengadakan majlis doa dan jamuan ini dikebanyakan bulan - bulan dan perayaan Islam yang lain seperti sambutan Nisfu Syaaban, Maulidur Rasul,Aidil Adha dan banyak lagi.Best kan ? Apa yang lebih penting adalah semangat kemasyarakatan di mana sepanjang persediaan, persiapan dan hari berlangsungnya majlis adalah dikerjakan secara gotong royong oleh saudara mara dan jiran - jiran yang terdekat.

Seterusnya saya kongsikan kepada semua sebahagian dari hidangan di sebuah rumah Ayah dan Ibu saudara saya di kampung Pusa yang saya sempat hadiri ketika saya pulang ke Kampung pada hujung bulan Mei 2016 yang lepas.

Macam - macam ada... ada rempah ayam,rempah bebek kampung ( Itik ) , rojak dan banyak lagi.














AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my