Saya pesan, jangan percaya sangat dengan gambar.
Alhamdulillah, hiking ke Gunung Serapi lagi. jujur saya kata, Pendakian di Gunung Serapi ini adalah pendakian yang amat menguji mental dan fizikal. Mana tidaknya, laluan bersemen sepanjang pendakian akan menguji kekuatan kaki dari mula pendakian sampailah ke puncak pendakian.
Ketika mendaki ianya menguji kekuatan paha, ketika menurun ianya menguji kekuatan betis. faham tak maksudmya?
walau apa pun view yang menunggu memang memuaskan hati dan amat amat amat berbaloi setelah pendakian yang memenatkan.
Kali ini plan mengejut. Bangun tidur pagi hari, ternampak member post dalam fb pasal hiking kat sini. pap ! packing barang dalam beg then go ! tau tau dah kat Puncak Gunung Serapi.
Jujur cakap, pendakian kat sini benar benar mental game. selepas hiking nak kena dua tiga jugak nak recovery kaki. Tapi suasana alam semulajadi sepanjang pendakian? mabeles habis..
Kepada yang baju berjinak dengan kegiatan hiking, boleh je nak try, tapi not recommended for beginner takut mental korang tak ready.
Walau apapun, kepuasan dengan pemandangan ? sememangnya akan memberikan satu kepuasan yang terbaik.
InshaAllah.
Until the next hiking trip !
No comments:
Post a Comment