Showing posts with label Pulau Serasan. Show all posts
Showing posts with label Pulau Serasan. Show all posts

03 April 2017

MUSIM MEMETIK BUAH SEMANGKA / TEMBIKAI DI JERMALIK , PULAU SERASAN, RIAU, INDONESIA.

 

MUSIM MEMETIK BUAH SEMANGKA / TEMBIKAI DI DESA JERMALIK , PULAU SERASAN, RIAU, INDONESIA. 

Rajin berbudi kepada tanah , pasti akan memetik hasilnya. Musim Panen buah Semangka.Saya terlihat satu posting saudara saya dari Pulau Serasan, Riau Indonesia pada baru - baru ini di laman facebook di mana telah sampainya musim memetik buah tembikai atau semangka yang telah cukup masak di salah satu ladang ayah mertuanya di Desa Jermalik , Pulau Serasan di Riau, Indonesia.

Ladang tembikai tersebut telah memberikan hasilnya setelah sampai waktunya untuk dipetik dan dijual.Buah - buahan tembikai ini akan dijual ke sekitar riau termasuk sehingga ke Pulau Ranai dan sebagainya.

Rasa cemburu pula hati melihat gambar - gambar yang dikirimkan oleh saudara itu tatkala melihat melihat kemeriahan mereka ke ladang penanaman buah tembikai bersama dengan ahli keluarga yang lain.Rindu mula terasa untuk menziarahi Pulau Serasan kembali menemui saudara mara di sana.

Apa yang lebih menarik sebenarnya pemandangan yang menarik dari kawasan tinggi yang menghadap laut yang terbentang luas.











AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



10 September 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : PERJALANAN PULANG KE KUCHING,SARAWAK...KEMBALI KE MALAYSIA.


PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : PERJALANAN PULANG KE KUCHING,SARAWAK...KEMBALI KE MALAYSIA.

Cuti panjang sudah tamat.......masanya untuk pulang ke Kuching,Sarawak.Pada pagi itu bangun awal siap - siap untuk berangkat pulang sambil memeriksa sekiranya ada barang yang tertinggal dan kemudian check out di lobby hotel untuk menunggu bas DAMRI yang akanmenjemput kami pada pagi itu.

SEGELAS JAMU GENDONG UNTUK KESEGARAN SEPANJANG PERJALANAN.

Semua maklum negara indonesia terkenal dengan pelbagai tarikan dan perkara - perkara uniknya.Antara salah satunya dalah JAMU GENDONG.Pada pagi itu saya melihat seorang perempuan yang mengendong sesuatu di luar hotel kami,kemudian saya memanggil beliau untuk bertanyakan apa yang dibawanya.Dia menjelaskan dia membawa jamu.Seorang pak cik yang turut berada di laur hotel menyarankan saya untuk mencuba jamu - jamu tersebut.

Di dalam bakul terdapat pelbagai jenis paket jamu yang ada untuk dipilih mengikut citarasa.Apa yang saya tahu jamu - jamu ini kebanyakan diperbuat dari bahan - bahan organik yang semula jadi yang banyak terkandung rempah dan herba untuk kesihatan.

sampai ke JAMU POWER pun ada sekali......khas untuk yang dah berkahwin jer......ehem !


Pilih punya pilih akhirnya JAMU PRIA menjadi pilihan saya.

Menurut informasi yang saya dengar dari penjual,jamu ini elok untuk membuang angin dan menghilangkan mual semasa dalam perjalan di samping ianya elok untuk melancarkan darah dan membuang angin dalam badan.Jamu ini juga berupaya memberikan kesegaran sepanjang perjalanan.

Dalam penyediaan jamu ini tedapat bahan - bahan dan ramuan lain yang dicampurkan seperti air akar dan herba,air pati halia dan air suam.Juga terdapat telur.

Ramuan tadinya dicampur bersama serbuk jamu yang saya pilih tadi.Kemudian diminum.

BISMILLAH...




KEBARANGKATAN KE KUCHING MENAIKI BAS DAMRI DARI KOTA PONTIANAK
Macam biasa selagi ada masa dan kesempatan...SELFIE !

Inilah salah seorang kazen saya yang menghantar kami pulang di pagi itu.Nasrio OOyee.


BISMILLAH.

Perjalanan kami bertolak pada pukul kira - kira jam 8 WIB dan 9 .00 pagi jam Malaysia meninggalkan Kota Pontianak,Kalimantan Barat,Indonesia.Cuaca elok pada pagi itu semoga cuaca tetap elok sampai ke Entikong Sempadan Indonesia-Malaysia nanti.


Kami singgah sebentar di Stesen Bas /Terminal Pontianak untuk mengambil barangan yang perlu di bawa oleh bas.Apa yang menarik kali ini..Bas DAMRI ini hanya membawa keluarga kami dalam perjalanan Pulang Ke Kuching kerana penumpang yang lain telah dipindah ke sebuah bas yang berasingan atas sebab tertentu.... kiranya bas DAMRI hari itu adalah ESKLUSIF untuk kami sekeluarga.

Sementara berada di Terminal Bas Pontianak itu,apa yang menarik perhatian saya adalah lukisan dan kesenian mural yang sangat menarik.







MENERUSKAN PERJALANAN MENUJU KUCHING,SARAWAK


Perjalanan kami diteruskan setelah selesai memunggah barang dan muatan ke dalam bas.Saya sempat memberlikan air untuk menyegarkan diri...


Berikut adalah beberapa pemandangan sepanjang perjalanan .








SINGGAH DI RUMAH MAKAN BERGADANG DUA,INDONESIA

Suatu Daerah kami berhenti sebentar untuk berehat dan makan di sebuah kedai makan yang ala - ala jawa....Bergadang dua namannya...



Pemandangan di Kedai Makan Bergadang Dua ini tak kurang menariknya.. tempatnya bersih dan banyak perhiasan.Menurut apa yang saya tahu ,pengasas kedai ini berasal dari wilayah jawa dan berkahwin dengan orang tempatan kemudiannya membuka kedai makan ini




Ayam penyet lauk yang saya pilih pada masa itu......

komen ? pedas giler tapi sedap.....


Selain itu apa sangat menarik di sini adalah satu menumen yang menyerupai sekumpuan dengan tulisan Seni Reyog Ponorogo.Apa saya tahu reyog adalah sejenis tarian jawa.





PERJALANAN DITERUSKAN

Setelah selesai makan dan semuanya.. perjalanan kami diteruskan lagi....


SELAMAT KEMBALI KE KUCHING,SARAWAK.

akhirnya menjelang petang.. perjalanan kami memasuki Bandaraya Kuching Sarawak.

Berakhirnya perjalanan dan percutian kami.

Saya berharap pada masa akan datang akan kembali bercuti ke Pulau Serasan dan menziarahi Saudara masa di Sana.






<<< SEBELUMNYA

T A M A T



 SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERKATI SEMUA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

09 September 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : PEMANDANGAN SENJA YANG INDAH DI ATAS KAPAL SABUK NUSANTARA 30


PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : PEMANDANGAN SENJA YANG INDAH DI ATAS KAPAL SABUK NUSANTARA 30 .
 Semasa zaman sekolah dahulu,pelaut adalah antara cita - cita saya kerana ayah saya juga adalah seorang pelaut yang menjalani sebahagian besar kehidupannya sebagai pelaut.Saya selalu membayangkan kehidupan saya sebagai pelaut yang belayar di lautan luas dan suatu ketika saya akan menikmati pemandangan senja di lautan luas.

Pelayaran menaiki Kapal Sabuk Nusantara 30 ke Sintete dari Pulau Serasan kali ini merealisasikan impian saya untuk menyaksikan pemandangan senja di tengah lautan luas untuk menyaksikan kemahaluasan dan kemahahalusan Ciptaan Allah yang Maha Besar.

Pemandangan yang indah di depan mata menyaksikan dan menunggu matahari untuk jatuh ke kaki langit memberikans saya satu perasaan yang sangat indah kerana inilah pertama kali dalam seumur hidup saya menyaksikan pemandangan senja yang indah dan jernih.Terdiam dengan ketenangan lautan menimbulkan rasa kesyukuran dalam jiwa saya betapa hidup ini terlalu indah untuk dihancurkan dan di sia - siakan.Rupa - rupanya ketika saya selama ini selalu tersepit dalam pergolakan jiwa dan jasad dalam menghadapi kehidupan ada sisi lain yang memberikan saya suatu penghayatan yang sangat bermakna dan beerti.

penghayatan ini memberikan saya kekuatan dan memberitahu pada diri saya untuk terus mencari ketenangan hanya melalui alam semulajadi yang diciptakan Allah yang sebaik - sebaik ketenangan dan disebalik penciptaan Alam semulajadi yang natural ini mendekatkan diri kita pada Tuhan dan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan sebaik - baik kekuatan dan ketenangan pada erti menyerahkan pada Allah Swt segala doa dan harapan serta kebegantungan hidup dalam berusaha untuk menghadapi cabaran hidup.


JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN

Kini baru ku memahami kenapa pada pendeta,pensyair dan pemikir dan para cendikiawan gemar untuk mengembara.Ini kerana dalam pengembaraan dan melihat dunia yang Luas banyak renungan dan pemikiran yang mereka perolehi untuk di coretkan dalam kehidupan mereka.Pengalaman dalam pengembara di tempat - tempat baru benar - benar memberikan suatu pengalaman yang berharga disamping menemui perkara - perkara baru untuk dipelajari.


Matahari semakin menuruni kaki langit.Sementara menunggu senja,saya dan Kazen mazen dan kakak saudara saya nongkrong dulu sambil bercerita tentang kisah - kisah yang ingin dikongsikan.Bercerita juga tentang kisah dan aktiviti sepanjang berada di Serasan.

Semakin jauh Pulau Serasan ditinggalkan semakin banyak yang dikenang - kenang dengan pengalaman di sana.

Sambil - sambil tu.. alang - alang pemandangan pun dah cantik.... kita buat photoshoot dulu......

Caption ? S E N J A .




HIDUP TERLALU INDAH UNTUK DI SIA - SIAKAN..
BUKAN SENANG MAU SENANG,DAN BUKAN SUSAH MAHU SUSAH.




Bahtera Sabuk Nusantara 30 terus membelah lautan dalam dalam gerak perlahan nya..7 knot / jam... 
Perjalanan kami dijangka akan tiba dalam awal pagi esok..

Masih panjang lagi pelayaran kami....





Senja nan merah....






Pengalaman pertama kalinya saya melihat pemandangan senja yang indah di Lautan Luas......

Subhanallah,Alhamdulillah..Laillahailallah.. Allahuakhbar....

















Malam bertandang hadir dalam kegelapan yang menghembuskan langit malam serta taburan bintang da bulan yang akan mengilhamkan malam yang meruntun jiwa.

Perjalanan kami masih jauh.......










Kapal Sabuk Nusantara 30 Meneruskan perjalanan nya membawa kami ke Sintete...
Malam pun telahmenjadikan kami tetamu mereka bersama angin,bintang dan bulan..
Kepenatan mula terasa..
Masanya untuk berehat dahulu..
Sementara menunggu besok memperlihatkan Kota Pemangkat yang menjemput kedatangan kami sebelum turun di Sintete...





SELAMAT MALAM KEPULAUAN RIAU,
SELAMAT MALAM NATUNA,
SELAMAT MALAM KAPAL SABUK NUSANTARA 30
SELAMAT MALAM ANGIN,BINTANG DAN BULAN..
SEMALAT MALAM SEMUA.

SEMENTARA MENUNGGU ESOK.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com