Showing posts with label Santubong. Show all posts
Showing posts with label Santubong. Show all posts

26 December 2016

PASAR TANI DAN PASAR BASAH KAMPUNG BUNTAL DI SANTUBONG, KUCHING,SARAWAK - MEI 2016


PASAR TANI DAN PASAR BASAH KAMPUNG BUNTAL DI SANTUBONG, KUCHING,SARAWAK - MEI 2016


 AZLAN RUMADI
 www.azlanrumadi.blogspot.my


07 September 2016

DAMAI CENTRAL KUCHING, SARAWAK PADA DISEMBER 2014







VIDEO : DAMAI CENTRAL KUCHING, SARAWAK PADA DISEMBER 2014


VIDEO : DAMAI CENTRAL KUCHING, SARAWAK PADA DISEMBER 2014

Damai Central Kuching Sarawak merupakan salah satu tarikan destinasi untuk bersantai bagi menikmati pemandangan tepi laut yangs angat mendamaikan di Kuching Sarawak.Pemandangan indah pantainya yang menghampar luas memberikan sesuatu pemandangan yang sangat mendamai dan menenangkan bagi berehat dan bersantai terutama hujung minggu selepas kesibukan bekerja sepanjang minggu.
Apa yang menariknya di Damai Cental Kuching ini adalah terdapat kedai kedai yang menjual pelbagai barangan dan terdapat juga kemudahan kemudahan untuk beriadah bersama keluarga,rakan -rakan atau untuk sesiapa sahaja yang merancang untuk menganjur atau mengadakan aktiviti di kawasan ini.Selain itu juga lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat tempat peranginan seperti resort juga menjadikan ianya suatu lokasi yang sangat ideal untuk menghabiskan hujung minggu atau percutian anda.


Berdekatan dengan Damai Central Kuching ini adalah beberapa resor - resort atau hotel - hotel yang menyediakan pelbagai kemudahan penginapan dan pakej - pakej menarik untuk para pengunjung.Antaranta adalah Damai Beach Resort,Damai Puri Spa & Hotel,Penginapan Kem Permai,Rain Forest, VCentury Santubong Hotel dan beberapa lagi lokasi menarik yang lain.

Di Damai Central sendiri juga terdapat Escobar,Seven E ( 7E) dan juga tempat - tempat yang menyediakan makanan halal kepada pengunjung.Di Damai Central Kuching juga turut menjadi penganjuran konsert - konsert dan banyak lagi events - events terutama Music Festival Rain Forest yang menjadi acara tahunan yang menghimpunkan pelbagai bentuk lapisan masyarakat dari seluruh dunia.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



29 June 2016

PEMANDANGAN PANTAI PUTERI , SANTUBONG , KUCHING , SARAWAK



PEMANDANGAN PANTAI PUTERI , SANTUBONG , KUCHING , SARAWAK

Pantai Puteri yang terletak di Kampung Santubong, Kuching,Sarawak merupakan salah satu lokasi yang sangat saya gemari ketika saya ingin menikmati dan melihat pemandangan senja ketika matahari terbenam.Pemandangan ditepi laut yang cantik dan ditambah dengan suasana yang tenang dan damai sememangnya memberikan satu kelegaan selepas seharian menghabiskan kesibukan hari.

Melihat pemandangan alam semulajadi seperti pemandangan pantai ini memberikan satu rasa iaitu betapa kita sering terlepas akan keindahan alam semulajadi ketika kita sedang sibuk "bermain" dengan ciptaan manusia dan dunia.Sungguh Tuhan itu Maha Halus dalam menciptakan sesuatu kejadian untuk dilihat dan disaksikan oleh manusia seperti kita.Ini sememangnya hakikat bahawa kita tidak dapat menciptakan matahari,pantai,air dan kesegaran udara yangkita hirup malah seluruh anggota badan kita melainkan Tuhan.
Video - video yang saya kongsikan pada kali ini adalah beberapa video yang memaparkan suasana di Pantai Puteri Santubong pada kunjungan - kunjungan saya yang lepas.Cuma mungkin sebelum ini saya belum sempat nak upload atas kesibukan masa.

Pemandangan ditepi pantai amatlah menenangkan dan secara tidak langsung mampu menghilangkan tekanan disamping memberikan inspirasi dan ilham buat masa - masa yang akan mendatang.

Sehinggga kunjungan saya yang berikutnya... saksikan video pemandangan Pantai Puteri yang berikutnya.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

30 May 2016

SENJA DI PANTAI PUTERI,SANTUBONG SARAWAK ( 22.05.2016 )


SENJA DI PANTAI PUTERI,SANTUBONG SARAWAK ( 22.05.2016 )



Agak lama saya tidak berkunjung ke Pantai Puteri di Kampung Santubong , Kuching Sarawak.Dulu saya sering berkunjung di sini bagi menikmati suasana dan pemandangan senja untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan menikmati keindahan alam semula jadinya.Telah banyak kali kunjungan dan sebelum ini saya hanya sempat berkongsikan gambar - gambar pemandangan senja di sini.
Namun kali ini saya mencuba untuk mengambil video pemandangan senja untuk dikongsikan kepada para pembaca sekalian.Pemadangan redup dengan air laut yang sedang surut ini saya rakamkan pada 22 Mei 2016 menggunakan camcoder dengan seadanya.Cuma ingin mengabadikan video nya walaupun saya ni bukanlah jurukamera profesional namun hasilnya amat mengujakan saya.Nice View !

Pemandangan ini ini merupakan salah satu pemandangan matahari terbenam ketika senja yang anda dapat saksikan tepat ke menghadap laut di Pantai Puteri ini.Saya mengharapkan saya dapat merakamkan satu lagi pemandangan yang senja dengan langit merah keorenan yang saya sempat saksikan sebelum ini.

Satu Hujung minggu adalah amat menyenangkan dan menenangkan dengan dihabisi melihat semulajadinya alam yang belum disentuh.Dari hutan yangmenghijau di pedalaman sehinggalah kepada kepada debur air dan desir angin di laut.

Maha Suci Tuhan yang menjadikan keindahan mentari di pagi hari dan Keindahan Senja yang mendamaikan hari - hari yang dilalui.

Pantai Puteri Santubong merupakan salah satu lokasi yang sangat sesuai bagi melihat pemandangan indah Senja dan matahari terbenam di Kuching.

Telah banyak kali juga saya merancang untuk merakamkan video pemandangan senja berbanding dengan photo-photo yang saya kongsikan sebelum ini.

Syukur untuk hujung minggu yang menenangkan di  bulan Mei 2016.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


29 May 2016

APA YANG MENARIK DI KAMPUNG BUNTAL SANTUBONG DI BULAN MEI 2016


APA YANG MENARIK DI KAMPUNG BUNTAL, SANTUBONG , KUCHING DI BULAN MEI 2016

Kampung Buntal merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Santubong, Kuching Sarawak.Menarik nya di sini terdapat pelbagai yang jualan di market yang menghimpunkan pelbagai jualan terutama ikan - ikan hasil dari aktiviti penduduk tempatan, kemudian terdapat juga hasil laut yang lain seperti kepah, ambal , kerang,ketam dan sebagainya.
Hasil - hasil pertanian juga terdapat di market di sini yang menjual pelbagai hasil seperti sayuran ubi,terung dan banyak lagi hasil pertanian yang lain seperti buah - buahan yang turut ditawarkan di market Kampung Buntal ini.

Selain dari itu, terdapat juga jualan kuih muih yang pastinya menaik selera anda untuk mencuba samaada kuih tradisional atau kuih muih yang moden semuanya terdapat di sini.Antara yang menjadi pilihan saya kat sini adalah kuih keria dan kuihj penyaram.Memang enak dan sedap.Selain itu banyaklagi aneka kuih muih yan terdapat di sini.Selain dari kuih muih terdapat juga jualan botok - botok yang sangat sedap yang dibuat sendiri oleh penduduk di sini.


Selain dari jualan apa yang menarik di Kampung Buntal adalah "Buntal Bay" yang baru sahaja di rasmikan untuk dijadikan kawasan bersantai -santai menikmati pemandangan tepi laut yang menenangkan.Selain itu juga anda dapat menikmati makanan - makanan dan minuman - minuman yang dijual di gerai - gerai yang dibuka di sepanjang Buntal Bay ini.Kawasan menjadi tumpuan para pengunjung yang menginginkan suatu pemandangan yang santai dan relaks untuk menikmati hujung minggu sambil berehat.

Bukan sahaja penduduk tempatan dari Sarawak malahan pelancong asing serta pengunjung dari Semenanjung turut tidak melepaskan peluang untuk bersiar - siar di sepanjang Buntal Bay untuk melihat pemandamngan tepi laut yang luas terbentang.

Saya kongsikan gambar - gambar seterusnya yang saya sempat ambil sepanjang kunjungan saya pada hujung minggu ini ke Kampung Buntal.Adalah sesuatu yang sangat melegakan menghabiskan hujung minggu bersiar - siar menghayati pemandangan indah alam semulajadi yang turut mendekatkan kita kepada Kemahabesaran Yang Maha Menciupta.





















































BUNTAL BAY DI KAMPUNG BUNTAL SANTUBONG,SARAWAK.













































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my