Showing posts with label Segmen Blogger. Show all posts
Showing posts with label Segmen Blogger. Show all posts

15 July 2020

SAYA MENANG GIVEAWAY BY A SECRET JOURNEY



SAYA MENANG GIVEAWAY BY A SECRET JOURNEY

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Pertama sekali.. alhamdulillah.... Saya tak sangka terpilih sebagai pemenang dan kepada segmen " GIVEAWAY BY A SECRET JOURNEY " . Syukur dan terharu sangat rasanya... hahahaha...

Maaf juga kerana lambat sikit respon dan mengetahui saya dipilih sebagai pemenang. Maklumlah akhir - akhir ini banyak urusan sampai tak sempat nak check email dan posting blog.. huhuhuhu....

Terima kasih kepada blogger yang menganjurkan segmen ini kerana memilih saya dalam undian anda.

Walaubagaimana pun saya juga ingin mengucapkan syabas buat rakan - rakan blogger yang join segmen Giveaway dan semoga ini akan menjadi peransang dan semangat dalam meningkatkan motivasi dalam bidang penulisan blog OK.

Saya juga mendoakan semoga semua rakan blogger dan penulis sekalian dipermudahkan urusan dan terus tetap semangat menghadapi kehidupan amin.

Hadiah ? apa hadiahnya...Insha Allah... tunggu post saya yang akan datang...

Next.. saya nak share juga link rakan - rakan blogger yang sama - sama join segmen ini ..


















AZLAN RUMADI
www.azlan.rumadi.blogspot.my



25 April 2018

SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN-RAYA 2018 BY HASRULHASSAN.COM


SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN-RAYA 2018 BY HASRULHASSAN.COM

Hasrul Hassan .Beliau merupakan salah seorang blogger yang memberikan saya inspirasi dan banyak panduan dalam blog beliau yang menghidupkan perjalanan blog saya melalui panduan panduan yang beliau sediakan dalam blog beliau di www.hasrulhassan.com .

Beliau kali ini hadir dengan sebuah segmen mudah namun percayalah kalau saya kata segmen ini mempunyai sentuhan magiknya.Sentuhan magik yang macam mana ? kepada rakan blogger yang lain jom sertai dulu segmen ini.. anda akan tahu sendiri.. her her her...

Segmen ini berlangsung dari 24 April 2018 sehingga 29 April 2018. Syarat  - syarat pernyertaan nya ? anda boleh baca di sini.

Amat rugilah kalau rakan blogger tak join blog ini.. hahaha.. why ?? anda terlepas satu magik dari seorang blogger yang berpengalaman macam Hasrul Hassan ini.


PERANCANGAN AKTIVITI - AKTIVITI  SAYA  BULAN RAMADAN TAHUN INI.

Segmen Blogwalking ini Ramadan- Raya 2018 ini adalah bersempena dengan Bulan Ramadhan kan ? kalau nak cerita tentang ativiti -aktiviti bulan Ramadhan ini banyak sebenarnya aktiviti yang saya nak rancang dan plan kemas - kemas.. InshaAllah akan saya laksanakan sebanyak yang  mungkin kalaupun tak dapat nak laksanakan semualah.

Kebiasaannya terdapat banyak aktiviti yang saya akan lakukan.

1. MEMPUASAKAN PEMANDANGAN,PENCIUMAN,PERASAAN DAN PENDENGARAN.

Yes. Puasa bukan setakat puasa makan minum je tau.Semuanya mesti dipuasakan seluruhnya dari segi zahir dan batin kita. Sucikan pemandangan,perciuman,pendengaran dan perasaan kita agar kita mampu menjadi manusia yang lebih optimis dan lebih positif.Cuma nak mempuasakan semuanya tu bukanlah mudah kerana ianya memerlukan muhasabah diri dan juga istiqomah yang kental dengan jiwa dan diri sendiri untuk mempuasanya nya sebaik mungkin.Maklumlah nada dan godaan langsung dan tidak langsung kan banyak sekarang ini.

2. MEMBACA SEBANYAK MUNGKIN AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA.

Kelaziman saya di bulan puasa adalah membaca ayat suci Al-quran beserta dengan terjemahannya.Saya harap tahun ini saya akan dapat membaca lebih banyak ayat - ayat quran dalam bulan berkat Bulan Ramadhan pada tahun ini.Insha Allah, Saya lebih menekankan tentang terjemahan kerana aadalah penting untuk mengetahui dan memahami apa yang disampaikan dalam Al-Quran. Saya ni tak pandai berbahasa Arab tapi dengan membaca terjemahan ayat Al-Quran dalam Bahasa Melayu dapatlah memahami maksud ayat - ayat yang saya bacakan.

3. MENSTRUKTUR DAN MERANCANG DIET SERTA PEMAKANAN

Ceewwaahhh.. ayat bukan main lagi kan...point ayat tu maksudnya menyusun kembali dan merancang diet dan pemakanan saya.Bersempena dengan bulan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan,masa ini lah masa yang sesuai untuk kita menyusun kembali dan merancang kembali diet dan pemakanan kita terutamanya untuk orang yang macam saya. Paling Tidak saya berusaha untuk menurunkan berat badan saya dengan merancang pengambilan makanan sebaik mungkin walaupun saya sedar godaan makanan di bulan Ramadhan ini.MasyaAllah....sungguh menusuk.Namun saya tetap berharap semoga tahun ini saya akan lebih mampu memperbaiki diet dan semoga perancangan makanan saya lebih berjaya. Amin.

4. MENZIARAHI DAN MELAWAT AHLI KELUARGA,SAHABAT DAN  KAWAN- KAWAN.

Kalau difikirkan memang bila - bila masa pun kita boleh buat ziarah ni kan ? Namun 'Aura" nya di bulan Ramadhan memang berbeza.Percayalah... kerana bulan ramadhan kita berpuasa dan setting dari segi mental fizikal pun beza... jadi suasana pun akan berbeza malah unik berbanding masa lain.Lagipun yang paling bestnnya mungkin masa melawat boleh terus mengadakan majlis berbuka bersama dan banyak perkara yang boleh dikongsikan dari banyak segi. Sebab itulah saya sering menghabiskan masa di Bulan Ramadan denfgan menziarah dengan kawan - kawan dan pergi ke rumah ahli keluarga saya.Lebih lebih beberapa minggu lagi nak raya semestinya ramai saudara - saudara yang merantau jauh akan pulang kampung dan masa inilah kita dapat duduk bersama dan berkongsi tentang kehidupan masing - masing..


5. UPDATE BLOG DAN SOSIAL MEDIA

Hehehehe yang ini.Mesti. Tapi Tema dan tajuk akan sedikit beza.Kebanyakannya akan menjurus kepada Muhasabah diri,,,renungan... refleksi diri dan banyak lagi...Paling tidak dengan update perkara - perkara yang mengajak kepada kebaikan turut mendidik jiwa dan rohaniah kita agar menjadi insan yang lebih terbuka dan positif dalam memikirkan tentang perjalanan kehidupan. Selain itu ianya merupakan salah satu cara kita untuk saling ingat mengingati sesama insan.InshaAllah.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


03 April 2018

SEGMEN BLOGLIST 2018


Assalamualaikum wbt dan salam satu blogger.

Agaknya dah lama saya tak mengadakan segmen dalam blog saya. Jadi pada kali ini saya ingin menghidupkan kembali segmen ini khas untuk semua rakan rakan blogger dan sesiapa saja yang berminat untuk menyertai segmen ini.



O B J E K T I F 

1. Menambah rakan kenalan blogger / followers untuk blog saya.

2. Merapatkan sillaturrahim dan memperkenalkan blog saya kepada semua orang.

3. Mengemaskini Senarai rakan blogger saya dalam bloglist Saya ( KLIK SINI ).

4. Memudahkan saya buat BLOGWALKING rakan - rakan blogger saya dari senarai bloglist saya.

5. Mengetahui post post terkini dari rakan - rakan blog saya.


S Y A R A T -  S Y A R A T  P E N Y E R T A A N 

1. Follow blog saya,              AZLAN RUMADI

2. Follow blog bloglist saya  AZLAN RUMADI BLOGLIST

3. Anda perlu membuat satu post dalam blog anda serta meletakkan banner ( link ke Post ini ) seperti di atas 

4. Tinggalkan URL post anda pada ruangan komen di bawah atau anda boleh emailkan ke alamat            azlanrumadi@yahoo.com

Selain itu Sebagai syarat pilihan anda dijemput untuk follow laman sosial saya yang lain 


1 .Facebook     , Blogger Azlan Rumadi
2. Instagram    , @azlanrumadi
3..Twitter         , @azlanrumadi



P E M E N A N G

1.   Pemenang / blog yang terpilih akan menjadi VIP dalam blog saya akan
  • Diiklankan  melalui banner yang akan saya buat khas untuk pemenang untuk tempoh sepanjang Tahun 2018.
  • Dipromotekan dalam Page Facebook ( Blogger Azlan Rumadi ).

2.  Blog- blog terpilih akan di review saya dan di promotekan di Page Facebook Blogger Azlan Rumadi.

4. Semua senarai peserta yang menyertai akan dimasukkan dalam senarai bloglist saya.


A K H I R  K A T A

Terima kasih untuk semua penyertaan.

Semoga Tuhan merahmati dan memberkati selalu.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

20 May 2016

SEGMEN #FOLLOWTOFOLLOW SEHINGGA MEI 2016 BY AZLAN RUMADI


SEGMEN #FOLLOWTOFOLLOW SEHINGGA MEI 2016 BY AZLAN RUMADI

Sejahtera ke atas semua pembaca dan followers blog saya.Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang follow blog - blog saya setakat ini.Semoga Tuhan merahmati memberkati kehidupan anda semua dan melapangkan pintu - pintu kesenangan buat anda semua.
Pentingnya Followers dan kenapa #FollowToFollow?

1. Sumber Traffic ke blog anda

Tidak dinafikan followers atau pengikut ataupun setingkat dari itu pelanggan atau subscriber merupakan antara elemen yang sangat penting dalam menghidupkan sesebuah blog kerana ianya menyumbang dalam membawa traffic pelawat kepada blog - blog anda.Oleh itu juga dengan meningkatkan follower juga anda secara tidak langsung meningkatkan laluan traffik pelawat ke blog anda kerana follower ini terdiri dari pelbagai golongan samaada dari pembaca,blogger,peniaga, penganalisa dan banyak lagi.Semestinya Followers ini akan mengikuti perkembangan semasa blog - blog anda tidak mengira apa yang kongsi atau tuliskan di dalam blog anda.Ini memberikan ruang juga untuk anda belajar memperbaiki kemahiran anda dalam menghasilkan isi - isi blog yang lebih berkualiti dan mantap dengan cara anda sendiri.

2. Meluaskan Jaringan ( Network )

Tidaklah lengkap konsep dalam blog sekiranya kita tidak mempunyai jaringan atau rangkaian tertentu untuk dijadikan medium perkongsian sama ada dari segi maklumat,berita dan sebagainya.Followers merupakan jaringan anda untuk berkongsikan segalanya yang anda hasilkan dalam blog anda.Jaringan yang ada akan membantu anda menyebarkan post anda ke dalam jaringan di mana - mana sahaja.Tidak hairan kenapa sesetengah pengelola website tertentu sanggup menghabiskan dan melaburkan beribu malah jutaan ringgit untuk membina jaringan yang cukup mantap untuk perusahaan mereka.

3. Perkongsian Idea Dan Pandangan.

 Kita seorang mungkin tidak mampu untuk menjadikan kita seorang yang mempunyai nilai penambahbaikan bagi memperbaiki prestasi dalam menghasilkan sesuatu.Oleh itu,dengan menjadi follower dan banyak membaca hasil - hasil dari orang lain mampu menghadirkan ilham dan idea dalam menambah pengetahuan dan pengalaman kita terutama membentuk pandangan dan konsep kita dalam sesuatu perkara.Banyak membaca dari orang lain secara tidak langsung juga memberikan kita inspirasi yang sangat bermanfaat untuk dijadikan motivasikan kita dalam berkongsikan setiap apa yang ada dalam fikiran kita kepada semua orang.Saya rasa anda yang menbaca ini pun adakala nya kosong untuk memikirkan idea untuk menulis blog anda pada sesuatu masa atau hari ini.

Segmen #FollowToFollow

Segmen #FollowToFollow merupakan sebuah segmen objektifnya adalah meningkatkan followers blog - blog disamping merapatkan sillaturrahim sesama blogger dan pembaca.Selain itu, saya juga akan menjalankan blogwalking kepada blog - blog yang menyertai segmen ini.Blog - blog yang menyertai sgmen ini juga akan saya masukkan dalam senarai Blogslist saya.

SAYA AKAN FOLLOW BALIK BLOG YANG FOLLOW BLOG SAYA.


Syarat - syarat
 mudah penyertaan.

1.

TEKAN LIKE

 

2.
FOLLOW BLOG ( salah satu )
AZLAN RUMADI  |   BLOGLIST
 

3.
Tinggalkan URL Blog anda di ruangan komen dibawah.

DONE !
 
Setinggi Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang sudi menyertai segmen ini.
 
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
 
 
Senarai bloglist saya.Klik Sini