Showing posts with label Hiasan Dalaman. Show all posts
Showing posts with label Hiasan Dalaman. Show all posts

05 July 2018

#3 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - RINGKAS DAN LUAS


#3 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - RINGKAS DAN LUAS


Setiap pemilik rumah yang baru disiapkan pastinya akan memikirkan pelbagai rekaan dan hiasan yang akan dimasukkan atau disusun di dalam rumah itu nanti supaya ianya nampak menarik dan seperti yang diinginkan serta mengikut citarasa. Selain itu faktor ruang dan saiz rumah juga mempengaruhi hiasan - hiasan dalam yang akan dimasukkan dan ditempatkan di dalam kediaman supaya dalam rumah akan nampak sesuai dan cantik.

Kali ini hiasan dalam rumah yang ringkas namun akan menampakkan ruang dalam rumah yang lebih luas dan ini disesuaikan dengan pemilihan warna - warna yang cerah dan lembut untuk menampakkan suatu kediaman yang amat menenangkan.Selain itu, ianya turut di sesuaikan dengan pemilihan perabot - perabot yang berasaskan kayu.

Pemilihan ruang dalam yang mudah,ringkas dan luas ini dan digabungkan dengan pemilihan unsur perabot kayu akan memberikan suatu suasana semula jadi yang amat selesa dan menenangkan.

semoga menjadi inspirasi untuk semua.












AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


27 June 2018

#2 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - APARTMEN KOS RENDAH ALA KONDOMINIUM


#2 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - APARTMENT KOS RENDAH ALA KONDOMINIUM

Tidaklah mengira apapun rekabentuk kediaman anda sekiranya bijak dalam menguruskan perhiasan dalaman dan menyesuaikan hiasan dalamannya ianya tetap akan nampak menarik dan menjadikan kediaman anda sangat indah dan cantik.Pemilihan rekaan perhiasan dalaman yang bersesuaian dan tepat akan merubah perspektif anda pada kediaman anda.

 Hiasan dalaman yang saya kongsikan pada kali ini adalah hiasan atau dekorasi dari sebuah rumah apartment kos rendah namun penyesuaian hiasan dalaman seperti perabot,langsir dan sebanganya menjadikan ianya sebiah kediaman yang tampak indah dan mewah serta esklusif ala kondominium. Dekorasi rumah Apartment kos rendah ini adalah berskala 680sqft.

Semoga Ianya menjadi inspirasi untuk semua.

Kredit: Farinie Marican


 

 


 







AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

25 June 2018

#3 REKABENTUK DAN REKAAN LUARAN DAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN


#3 REKABENTUK DAN REKAAN LUARAN DAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN

Rekabentuk dan rekaan yang saya nak kongsikan pada kali ini mudah dan ringkas. Mungkin keluasan rumahnya tidaklah begitu luas namun rekabentuk dan rekaan dalaman yang bersesuaian akan menjadikan iamya sebuah kediaman yang menarik,selesa dan kondusif.

Rumahku Syurgaku.










AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


11 June 2018

#2 REKABENTUK DAN REKAAN LUARAN DAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - ALL BLACK, HITAM ITU KEUNGGULAN.


#2 REKABENTUK DAN REKAAN LUARAN DAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - ALL BLACK, HITAM ITU KEUNGGULAN.

Warna hitam adalah antara salah satu warna yang saya gemari. Sebab utama kenapa saya menyukai warna hitam kerana ianya tidak cepat nampak kotor. Yes,selain itu ianya juga menterjemahkan saya untuk sesuatu yang kukuh dan tepat. 

Kadang - kadang seseorang yang memilih warna hitam bukanlah bermaksud ianya cenderung kepada sesuatu yang gelap,malap,suram dan mengerikan keran hitam juga mempunyai sisinya yang tersendiri yang memberikan kebaikan dalam menampakkan sesuatu bentuk dan rupa termasuk juga dalam rekaan dalaman dan luaran rumah kediaman.

Rekaan yang saya kongsikan kali ini menggunakan konsep warna hitam. Yes ! I Like.Hhaha...Saya pun tak pernah terfikirkan memanipulasi konsep warna hitam ini dalam rekaan dalam dan luaran rumah kediaman mahupun mana - mana rekaan dan rekabentuk bangunan.

Ramai yang beranggapan penggunaan warna hitam kurang sesuai untuk pemilihan warna rumah kerana ianya akan membuatkan sesuatu ruang dalam rumah kediaman akan tampak sempit atau mungkin pelik bagi sesetengah pandangan orang.Namun ramai yang akan mengubah pandangan dan fikiran apabila melihat konsep yang akan diketengahkan dalam perkongsian ini.

Hitam.. gaya.. mutu... dan keunggulan... dulu selalu dengarkan dalam iklan - iklan rokok di zaman 80-an dan 90-an.. yes.. it is... hitam memang nampak unggul.





 





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


14 January 2018

#1 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN


#1 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN  

Wowww ! Kali ni saya nak himpunkan rekaan-rekaan dalaman rumah dalam blog saya.Secara jujur, saya pun minat jugak kalau bab-bab rekaan dan hiasan rumah ni.

Jadi mulai hari ini saya akan kongsikan rekaan dan hiasan rumah ini dalam segmen perkongsian dalam blog saya.Ianya akan bermula dari post yang pertama ini.

Mudahan ianya akan menjadi sumber inspirasi buat semua.

Rekaan dan hiasan dalaman kali ini adalah dari Inspirasi Nurulazra Mohd Jaafar.Rekaan nya simple,kemas dan minimal tapi cukup cantik disamping penggunaan ruang yang sangat strategik dan mudah.

Nice!



14 Januari 2018.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my