Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

19 July 2022

8 TIPS UNTUK HIDUP YANG TENANG #COPYPASTE

 


8 TIPS UNTUK HIDUP YANG TENANG #COPYPASTE

1. Berdamai dengan masa silam.

Usah biarkan dendam dan kesilapan lama menghantui kehidupan sekarang. Maafkan sesiapa sahaja yang pernah kita dendam, lupakan kesilapan lama dan betulkan kehidupan sekarang.

2. Usah pedulikan apa orang kata.

Terlalu ambil peduli setiap kata-kata orang hanya membuat kita tersekat. Selagi kita rasa betul, benar, dan itulah yang terbaik, jalan terus. Kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.

3. Masa ‘menyembuhkan’ hampir semua perkara.

Terluka,kecewa,sakit,dendam,marah, dan apa jua rintangan akan hilang bersama masa. Beri masa kepada diri sendiri untuk biarkan semuanya sembuh sendiri.

4. Tiada orang layak menentukan cara kita untuk bahagia.

Kita tentukan kebahagiaan kita. Kita nikmati kehidupan dengan cara kita sendiri. Jangan biarkan orang lain tentukan bagaimana kita hendak hidup dengan gembira dan bahagia.

5. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.

Setiap kita berbeza. Ada yang merasa bahagia dengan ada keluarga disisi, ada yang bahagia dengan punya timbunan harta, ada yang merasa bahagia hanya dengan secawan kopi ditemani sahabat yang dikasihi.

6. Jangan menghakimi orang lain.

Kita tidak layak nak ‘judge’ kehidupan orang lain. Kita tidak berada dalam situasi mereka dan kita tidak tahu pun bagaimana perjalanan hidup mereka. Berhenti menghakimi kehidupan orang lain.

7. Jangan terlalu fikirkan sesuatu dengan mendalam.

Adakalanya, baik kita tidak tahu apa jawapannya. Tidak semua benda kita perlu ambil tahu. Overthinking juga menyekat diri kita untuk terus mencuba sesuatu yang baru dan menyebabkan kita tidak berani mengambil risiko untuk sesuatu yang mungkin memberi kejayaan pada kita.

8. Senyumlah selalu.

Kita tidak memikul semua masalah yang ada di dunia ini, maka senyum saja. Apa yang kita rasa sukar, mungkin cebisan masalah kecil pada orang lain.


Kredit : Al Amin

#Copypaste

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

16 April 2021

TIPS MENGENAL CODE 4 ANGKA MODEL SELUAR ATAU JACKET KELUARAN LEVI'S

 TIPS MENGENAL CODE 4 ANGKA MODEL SELUAR ATAU JACKET KELUARAN LEVI'S

Saya percaya ramai dari kalangan kita yang meminati pemakaian pakaian jean sama ada seluar ataupun jacket terutamanya jenama LEVI'S. Jadi pada kali ini saya nak kongsikan salah satu informasi mengenai " Tips mengenal sebahagian nombor code 4 angka selepas code model Seluar atau jaket keluaran LEVI’S "

Sebagai contoh bacaan tulisan No. Code 501-0000, 4 angka (0000) selepas code model (501) selalunya digunakan untuk mengenal warna,keadaan kain sama ada shrink to fit, sanforized, zipper, button dan lain - lain lagi.

Sebahagain daripada kod - kod tersebut menjelaskan tentang perkara berikut.

1) No. code : 0000.

Seluar atau jaket levis jenis shrink to fit (STF) selepas cuci akan mengecut/mengecil dlm 8% ke 10%, bergantung kepada cara basuhan. kebiasaannya code  pada jeans levis 501(button).

2) No. code : 0117

Seluar atau jaket levis jenis shrink to fit tapi saiz atau panjangnya luar biasa, contoh saiz 79 atau panjang 38 inseam kebiasaannya code pada levis 501(button).

3) No. code : 0115

Seluar atau jaket levis jenis pre-shrunk, beli ikut saiz sebenar anda, kebiasaannya code pade levis 501(button).

4) No. code : 0216

Seluar atau jaket levis jenis sanforized, warna asal tapi kecut sedikit dlm1%-5% selepas basuhan, selalunya levis zipper.

5) No. code : 0217

Seluar atau jaket levis jenis pre-shrunk, beli ikut saiz sebenar, warna lebih gelap birunya dari code 0216, selalunya levis zipper.

6) No. code : 5900

Seluar atau jaket levis shrink to fit buatan usa untuk pasaran jepun. Biasanya wash tagnya ada tulisan Jepun (panduan pembasuhan), ada juga tulis Levis California bla bla bla (kain dari USA, untuk pasaran Jepun, biasanya kainnya lebih lembut sedikit dari kain USA untuk pasaran USA)

7) No. code 0913

Seluar atau jaket levis jenis stone washed atau basuhan industri bagi menampakkan karektor dan larekan tertentu yang membentuk design tertentu. 

8) No. code 0113

Seluar atau jaket levis jenis berwarna biru pudar.

9) No. code 0658

Seluar atau jaket levis jeans warna hitam kebiasaan pada levis 501(button)

10) No. code 0660

Seluar atau jaket levis jeans warna hitam pekat(super black) kebiasaan pada levis 501(button)

11) No. code 0657

Seluar atau jaket Levi's jeans warna kelabu kebiasaannya pada levis 501(button)

12) No. code 0651

Seluar Levi's jeans warna putih kebiasaannya pada levis 501

 Dan banyak lagi dan ini cumalah sebahagian nombor code yang dihasilkan. Tak semua produk keluaran Levis ada coding sebegini kerana ada juga sebahagian produk yang tidak mempunyai kod terutama - terutama model - model baru keluaran jenama Levi's.

Semoga info dan perkongsian ini berguna.











AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


11 April 2017

PERANGKAP LIPAS - LIPAS YANG UNIK DAN MUDAH UNTUK PENJAGAAN KERETA ANDA


PERANGKAP LIPAS - LIPAS YANG UNIK DAN MUDAH UNTUK PENJAGAAN KERETA ANDA

Lipas merupakan sejenis  serangga dari kelompok Blattaria dan Blattodea. Lipas kebiasaannya mendiami kawasan yang gelap dan lembap.Selain itu, lipas merupakan antara serangga yang paling dibenci di dunia.Kehadiran lipas selalunya mewujudkan ketidakselesaan dan rasa jijik kerana lipas juga dikaitkan dengan pelbagai penyakit selain dari perlakuannya yang menjengkelkan.

Begitu juga dengan masalah kehadiran lipas dalam kereta. Saya percaya ramai yang menghadapi perkara yang sama.Oleh itu,kali ini saya kongsikan beberapa cara - cara mudah membuat perangkap lipas dengan menggunakan peralatan dan bahan yang paling mudah.

Anda boleh menyediakan perangkap lipas yang mudah dan senang dengan menggunakan cara - cara yang berikut

1. Bekas plastik kosong

2. Minyak masak yang telah digunakan

3.Planta @ majerin

4. Boleh tambah susu pekat

5. Letakkan di bahagian tempat letak kaki/ bawah seat/ mana - mana tempat yang strategik.


Setelah dibiarkan semalaman anda boleh memeriksa hasilnya pada keesokan paginya.Kebanyaka Feedback yang diberikan memberikan hasil yang berjaya.Selamat mencuba.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my






15 March 2017

PANDUAN DAN TIPS ASAS TROLLING OLEH PENGAIL TEGAR


Memancing merupakan salah satu kegiatan yang sangat memberi kepuasan terutama nagi mereka yang bergiat secara aktif dalam aktiviti ini.Namun begitu, adalah penting juga untuk mempelajari  teknik - teknik asas memancing.Salah satunya adalah Trolling.
Pengail Tegar berkongsikan beberapa panduan dan tips asas teknik trolling yang mana telah diterbitkan dalam salah satu segmen dalam  Majalah "UMPAN"

 PANDUAN DAN TIPS ASAS TROLLING OLEH PENGAIL TEGAR

TROLLING merupakan satu teknik memancing dengan cara menunda gewang dibelakang sampat bot,kapal dan sebagainya.Trolling di laut,muara dan sungai mempunyai perbezaan yang ketara dan memerlukan peralatan dan yang sesuai.Di sinis aya kongsikan beberapa tips untuk troling di muara atau sungai kecil.

STRUKTUR SUNGAI

Sebelum melakukan teknik trolling , kita perlu mengenalpasti struktur sungai terlebih dahulu.Ianya kuruang sesuai sekiranya struktur sungai terdapat banyak bangkar kayu mati.Trolling dilakukan berhampiran reba atau kawasan tanah runtuh tau berhampiran dengan susur tebing.Ini kerana lazimnya ikan - ikan gemar bermain di dasar kawasan tersebut untuk mencari makanan atau menghendam mangsa.

GEWANG

Gewang yang paling sesuai digunakan untuk teknik ini adalah selaman 3 meter hingga 5 meter bergantung pada paras air sungai tersebut.Tidak kisahlah jenis atau jenama gewang apa yang ingin digunakan.Selain gewang selaman dalam,gewang selaman cetek atau Minnow juga boleh digunakan  meskipin peratuasan strike lazimnya berpihak kepada gewang selaman dalam.

JORAN

Untuk keselesaan trolling di muara sungai memadai joran aksi sederhana ( Medium Heavy ).Disarankan joran kekuatan 6-12 lb , 6-16lb , 8-17 lb, 8-20lb, atau 10-20lb . Panjang Joran pula sebaiknya 6 hingga 7 kaki panjang.

TALI DAN PERAMBUT

tali yang digunakan untuk trolling haruslah tidak terlalu halus atau kasar.Jika terlalu halus , ia akan mudah putus jika tersangkut atau disentap oleh ikan bersaiz besar. Jika terlalu kasar pula ia akan menghasilkan getaran dan bunyi semasa ditunda. Ia akan menyebabkan bunyi bising dan peluang untuk strike ikan agak nipis. Cadangan paling sesuai adalah dalam 20 lb - 30 lb sahaja atau diameter tali 0.18 mm - 0.28 meter.

JARAK

Berkaitan dengan jarak,terdapat dua perkara yang perlu diketahui semasa trolling.Pertama adalah adalah jarak antara bot dengan tebing dan kedua adalah jarak antara bot dengan gewang.Semasa Trolling, jarak yang paling sesuai dengan bot adalah antara 5 - 10 meter. Pada kedudukan jarak ini, gewang selaman dalam kita gunakan akan sampai ke sasaran. Jika terlalu jauh ke tengah sungai , gewang tidak akan sampai ke dasar,

Jarak yang kedua perlu dipertimbangkan adalah jarak antar bot dengan gewang yang kita tunda di belakang bot. Kebiasaannya jarak paling sesuai adalah antara 30-50 meter. Amat sesuai jika menggunakan tali yang berwarna - warni kerana lebih senang buat ukuran ( 10 meter setiap warna ).

KELAJUAN

Tip inia dalah antara yang terpenting perlu diketahui jika melakukan teknik trolling. Semasa Trolling pastikan bot dalam kelajuan paling minima. Kerana ini dapat memberi peluang kepada ikan untuk mengejar gewang tersebut. Jika bot dalam keadaan laju, kebanyakan ikan tidak mahu mengejar ataupun tidak dapat mengejar gewang tersebut.

PENYELAMAT GEWANG

Jangan Lupa ! Amat penting untuik kita membawa alat ini. Ini Kerana , semasa trolling peluang untuk gewang tersangkut pada batu dan kayu di dasar sungai adalah tinggi.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


19 January 2017

AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DENGAN PANDUAN PIRAMID MAKANAN


AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT DENGAN PANDUAN PIRAMID MAKANAN

Saya masih ingat lagi semasa percutian di Kalimantan Barat,Indonesia yang mana kami bercerita tentang perihat MAKAN. Ungkapan yang saya masih segar diingatan saya sehingga sekarang adalah 

" Di Negara Malaysia,ramai yang mati kerana makan manakala di Negara Indonesia ramai yang mati kerana tidak makan."

 Bunyinya agak sinis namun persoalannya bukanlah untuk perbandingan kehidupan di Malaysia ataupun Indonesia.Melihat kepada maksud persoalan Di Malaysia,ramai yang mati kerana makan ada mempunyai asas yang boleh difikirkan bersama di mana pada keadaan gaya hidup semasa kita pada masa sekarang di mana faktor pemakanan banyak mempengaruhi faktor kesihatan kita pada hari ini.


Piramid Makanan adalah salah satu antara panduan yang amat berguna dalam merancang pemakanan untuk merujuk diet pemakanan yang betul dengan mengambil kira sukatan yang betul dan memahami kandungan atau nutrien makanan yang kita ambil.Pengambil nutrien makanan yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan kesihatan pada tahap yang terbaik dan bagi mencukupkan keperluan tubuh badan.

Namun adalah penting juga untuk mengambil pemakanan seimbang yang seperti yang dicadangkan dalam piramid makanan bagi menjaga amalan pemakanan yang sihat supaya kita mempu meneruskan kehidupan dengan cergas dan cerdas.

Tidak dinafikan penjagaan pemakanan yang betul adalah penyumbang utama dalam memberikan gaya hidup yang berkualiti disamping memanjangkan umur di dunia.
 

APAKAH PIRAMID MAKANAN ?

PIRAMID MAKANAN adalah penting untuk mengetahui dan memahami diet yang betul dan bersesuaian untuk kehidupan seharian kita.Piramid Makanan amatlah penting dan berguna untuk kita dalam merancang pengambilan jenis - jenis makanan dan sukatan yang sesuai bagi menjalani kehidupan seharian.Piramid makanan juga amatlah penting dalam mencapai objektif pemakanan yang sihat.

Saya bukanlah sorang pakar pemakanan dan bukan juga seorang yang ahli dalam bidang pemakanan namun di sini saya ingin mengajak para pembaca untuk mengambil masa untuk melihat dan memikirkan kembali kepada pemakanan kita.


 Tidak dinafikan kehidupan kita di Malaysia dilimpahi dengan pelbagai pemakan yang sedap,lazat dan nikmat yang didorong oleh limpahan pilihan tempat - tempat seperti kedai makan,restauran warung dan sebagainya yang menwarkan hidangan makanan yang sangat menarik selera.

Namun begitu sejauh mana pengambilan makan yang kita amalkan pada hari ini adalah bersesuaian mengikut keperluan aktiviti tubuh badan kita ? apakah kita mengambil makanan dengan diet yang betul ? 

Sekiranya kita jarang untuk menitik beratkan pengambilan makanan kita maka kita berisiko terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan atau penyakit.Mengabaikan pengambilan makanan yang betul akan mengundang pelbagai penyakit serius seperti masalah jantung,diabetes,kencing manis,darah tinggi dan pelbagai jenis penyakit serius yang lain yang jika tidak dikawal dan dipantau akan menyebabkan kematian.

 
 
PANDUAN PIRAMID MAKANAN

Piramid makanan secara asas nya mempunyai 4 klasifikasi ataupun jenis/kumpulan makanan yang disusun mengikut tingkat/ aras berdasarkan jumlah atau kuntiti pemakanan yang disyorkan oleh pihak kesihatan seluruh dunia bagi memenuhi ciri - ciri pemakanan yang seimbang,sihat dan betul.


ARAS 1 ( PALING BANYAK )

Makanan dalam kumpulan ini lazimnya makanan yang kaya dengan kandungan nutrien Karbohidrat Komplek yang terdiri dari zat - zat penting yang membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita.Selain itu, ianya turut melengkapkan zat - zat nutrien yang lain seperti vitamin,serat,mineral dan sedikit protein.

Makanan dalam kelas ini perlu diambil dengan jumlah yang banyak ataupun paling banyak berbanding kelas makan yang lain bagi memasti tubuh badan mempunyai nutrien yang cukup dalam membekalkan seumber tenaga tubuh badan kita bagi menjalankan rutin harian.

Makanan dalam kelas ini disyorkan diambil dalam kuntiti 8 sehingga 12 hidangan sehari.

Contoh - contoh makanan dalam kelas makanan ini adalah basi, bubur, roti, mi, bihun , biskut, pasta, kentang , keledek, bijiran sarapan dan sebagainya.


ARAS 2 ( BANYAK )

Makanan dalam kumpulan ini selalunya makan yang kaya dengan zat vitamin , mineral dan serat.Makanan ini juga amatlah penting bagi melengkapkan fungsi - fungsi organ dan sistem tubuh badan.Ini termasuk sistem imunisasi ( daya tahan ) tubuh badan dan juga sebagai pelindung ataupun peransang kepada sistem tubuh badan yang lain seperti sistem pencernaan dan sistem aliran darah dan banyak lagi sistem - sistem penting di dalam tubuh badan kita.

Selain itu juga,pengambilan makanan dalam kelas ini mampu membantu dalam melambatkan penuaan dan mencantikkan kulit.

Makanan dalam kelas ini boleh diambil dalam jumlah yang banyak.Selain itu pilihan pengambilan makanan dalam kelas ini boleh dipelbagaikan dalam setiap hidangan.

Saiz hidangan yang disyorkan untuk makanan dalam kelas ini adalah sekurang - kurangnya 5 sajian ataupun lebih.

Contoh - contoh makanan dalam kategori ini adalah pelbagai jenis  sayur -sayuran hijau dan buah - buahan.


ARAS 3 ( SEDERHANA ) 

Makanan dalam klasifikasi aras 3 ini dalah dalam saiz sederhana.Makanan kategori ini adalah makanan yangh kaya dengan zat nutrien protein , vitamin,kalsium , zat besi , zink dan magnesium.Makanan pada kelas sangat penting untuk tumbesaran tubuh badan yang sempurna terutama diperingkat bayi atau kanak - kanak.Selain itu juga ianya sangat penting dalam membantu memulihkan tisu - tisu atau organ badan.

Makanan dalam katagori ini boleh diambil dalam saiz yang sederhana.Kelas makanan dalam Aras 3 taua katagori sederhana ini boleh dipecahkan kepada dua jenis.

Jenis pertama adalah makanan seperti ayam, daging, telur, dan juga kekacang serta hasil kekacang yang lainnya seperti kacang soya,tauhu, tempe dan juga kacang merah dan dhal.Makanan dalam jenis ini disyorkan untuk diambil dalam kadar 2 hingga ke 3 hidangan untuk saiz hidangan yang seimbang.

Jenis yang kedua pula adalah makanan hasil tenusu seperti susu,keju dan dadih.Makanan dalam kelas ini sangat kaya dengan kandungan zat nutrien protein, kalsium dan juga vitamin D.Pengambilan susu rendah lemah adalah sangat disyorkan untuk memberikan anda kesihatan yang mantap.
 
ARAS 4 ( PALING SEDIKIT ) 

Makanan aras 3  adalah antara katagori makanan yang paling atas atau pun yang paling sedikit pengambilannya walaubagaimana pun ianya tetap merupakan makanan yang penting dalam memberikan kesihatan tubuh badan.Ini kerana makanan dalam ini turut menjalankan fungsi tertentu dalam tubuh badan seperti melindungi organ dalaman dari kecederaan dalam keadaan tertentu.

Antara jenis makan yang terdapat dalam katagori ini adalah lemak,minyak cokelat,gula dan sebagainya.Namun ianya perlu diambil dalam saiz yang sangat sedikit.



Pengambilan makanan yang seimbang dan betul amatlah penting  dalam mengekalkan gaya hidup sihat selain meningkatkan kualiti kehidupan kita seharian. Jesteru amatlah mustahak untuk menitik beratkan pengambilan makanan untuk menjaga kesihatan kita seharian.


 


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



 

17 June 2016

SAMYANG NOODLE CHALLENGE DAN TIPS - TIPS MAKAN MEE SAMYANG DARI BJ BANNZ (MUKBANG STARS )


SAMYANG NOODLE CHALLENGE DAN TIPS - TIPS MAKAN MEE SAMYANG DARI BJ BANNZ (MUKBANG STARS ) 


Bj Banzz boleh dikatakan seorang selebriti korea apabila beliau menjadi tumpuan ramai dalam rancangan Mukbang ( Siaran Makan ) Star . Bunyinya mungkin agak pelik kerana sepanjang siaran tersebut beliau memaparkan beliau menikmati makanan yang dipilih pada satu satu sesi siaran.Beliau telah menikmati pelbagai jenis makanan sepanjang siaran malah belaiu juga berjaya meraih pendapatan yang sangat lumayan dari rancangan tersebut.Beliau pernah memberitahu media bahawa beliau mampu meraih 3-4 Juta Won ( $USD 2473 - $USD3,297 ) setiap kali beliau memuatnaik/ mengupload video beliau.Wow.. suatu angka yang sangat lumayan.Beliau menambah beliau sangat gembira kerana beliau boleh makan sambil bekerja.

SAMYANG NOODLE DAN SAMYANG CHALLENGE 

Ramai yang telah memperkatakan tentang Samyang Noodle atau Korean Spicy Ramen yang dikkhabarkan Mee yang paling pedas di Korea pada masa kini.Kepedasannya dikatakan membuatkan bibir anda kemerahan.Namun sesetengah pandangan dan pendapat mengatakan takrifan kepedasan Mee Samyang ini adalah tergantung pada "Tahap tahan Pedas" seseorang dan juga tindak balas/respon fizikal atau badan seseorang terhadap kepedasan.
Telah Viral di media sosial mengenai kepedasan Mee Samyang ini sehingga ramai yang terjebak untuk membuat Samyang Challenge untuk menguji tahap tahan pedas peserta - peserta terhadap Mee Samyang ini.


Bj Banzz turut tidak ketinggalan untuk menyahut cabaran Mee Samyang ini dan dalam rancangan Mukbang tersebut beliau memakan 5 Cawan Mee Samyang dibantu dengan bahan - bahan yang lain untuk mengelakkan masalah perut.Antara bahan yang digunakan adalah telur dan sejenis lagi bahan yang tidak dikenal pasti yang kemungkinan adalah sejenis buah.

 Saya telah menonton banyak video tentang tahap kepedasan Mee Samyang ini dengan pelbagai reaksi sepanjang cabaran.Rata - rata peserta menunjukkan reaksi kepedasan yang teramat sangat namun begitu berbeza dengan Bj Banzz yang menggunakan kemahiran dan strategi beliau untuk menghabiskan Mee Samyang dengan penuh berstyle dan beliau sempat lagi bersiaul sebaik sahaja menghabiskan semua cawan Mee Samyang tersebut.

Sedikit informasi tentang keraguan status Halal Mee Samyang bagaimanan pun telah disahkan oleh JAKIM baru - baru ini dalam kenyataan media.Baca Di Sini .

InshaAllah, rasanya saya pun ingin merasai sendiri Samyang Noodle ini pada masa yang akan datang.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 
 

15 January 2016

TIPS - TIPS UNTUK MEMBANTU SESEORANG YANG SEDANG PENGSAN

TIPS - TIPS UNTUK MEMBANTU SESEORANG YANG SEDANG PENGSAN

Kita Sering ketawa apabila menonton babak - babak pengsan yang dilakonkan di dalam kebanyakkan televisyen dengan menganggap ianya adalah sesuatu yang melucukan.Namun sekiranya ianya berlaku secara realiti sebenar percayalah bahawa ianya bukanlah sesuatu perkara lawak yang hanya dipandang ringan kerana ianya mampu dan boleh melibatkan masalah kesihatan atau perubatan yang serius dan mungkin boleh membawa maut.

BAGAIMANA PENGSAN BOLEH BERLAKU ?

Pengsan secara amnya merujuk kepada hilang kesedaran secara tiba - tiba atau mengejut.Pengsan kebiasaan berlaku apa otak tidak menerima oksigen,darah atau gula yang mencukupi atau kehilangan salah satu atau ke tiga - tiganya sekali.

Dari definisi sawan pula pengsan berlaku akibat kejutan atau lonjakan impuls elektrik yang berasal dari otak.

Pengsan kebiasaannya berlaku atau tercetus kerana dua faktor utama iaitu berkenaan dengan faktor aktiviti darah ataupun tekanan emosi pada tahap melampau atau ekstrem.Istilah perubatan juga menyebut ianya sebagai "Vasonagal Syncope".

Dalam keadaan tertentu,Saraf vagal ( dari otak ) menyebabkan kadar degupan jantung dan tekanan darah menurun dan menybabkan aliran darah ke otak juga berkurang.Memandangkan darah penting untuk membawa oksigen ke otak,kekurangan aliran darah ke otak mampu atau boleh menyebabkan anda pengsan,tidak sedarkan diri atau " padam".

Apabila seseorang sedang pengsan,kebiasaannya tubuh yang berdiri secara sendirinya akan berada pada kedudukan berbaring tidak mengira posisi mana pun.Keadaan ini secara semula jadinya akan membantu darah mengalir ke otak tanpa perlu di pam dengan melawan arah graviti.

Kebanyakkan kes - kes yang mellibat orang pengsan adalah tidak merbahaya namun tidak boleh dipandang ringan kerana sesetengah yang melibatkan faktor yang serius mampu membawa maut kepada orang yang pengsan.Masalah yang dimaksudkan adalah degupan jantung yang tidak teratur,epilepsi,kurang kandungan gula dalam darah,kehilangan darah secara tiba - tiba dan serangan jantung yang mana perlu lah dirujuk kepada pengamal perubatan atau doktor untuk nasihat dan maklumat.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA MELIHAT SESEORANG PENGSAN ?

Berlawanan dengan apa yang anda lihat di kaca TV anda tidak perlu melakukan perkara - perkara seperti menampar mangsa,atau menggoncang badannya ataupun memercikkan air ke muka mangsa yang pengsan.Ini kerana mangsa yang pengsan akan tersedar secara sendirinya setelah otak menerima nutrien yang mencukupi termasuk juga oksigen.

Cara yang terbaik adalah dengan membuat CPR ( Cardio Pulmonary Resuscitation ) yang kebiasaan dikenali sebagai teknik bantuan pernafasan kepada orang pengsan dan pilihan yang lain adalah  AED (Automated External Defibrilator )  iaitu sejenis perantik elektrik yang mengesan ritma jantung dan bagi menyampaikan sejenis kejutan elektrik ke jantung bagi menstabilkan degupan jantung ke paras normal jika terdapat keperluan.

Secara medikal untuk membuat CPR yang berkesan adalah dicadangkan untuk melaksanakan prosedur dengan akronim D-R-S-A-B-C .

D (Danger) - Pastikan kawasan kejadian adalah selamat untuk diri sendiri dan orang atau mangsa yang memerlukan bantuan.

R (Response) - Bercakap dengan mangsa dengan bertanyakan beberapa soalan untuk menguji sekiranya mangsa memberi respon atau sebaliknya.Sekiranya terdapat respon,anda cuba selesakan mangsa sebaik mungkin.Sekiranya tiada respon,dapatkan bantuan dengan segera.

 
S (Shout - meminta pertolongan) - Menjerit meminta tolong atau meminta seseorang untuk menghubungi talian kecemasan atau ambulan utuk mendapatkan bantuan segera.


A (Airway) - Periksa saluran udara atau pernafasan mangsa/orang itu untuk memastikan tidak ada 

                     tersumbat.

B (Pernafasan) - Periksa pernafasan. Jika pernafasan tidak normal, mulakan CPR. Jika bernafas normal, terus memantau pernafasan dan memeriksa kecederaan.


C (Circulation) - Periksa nadi dan periksa juga pernafasannya. Kebiasaannya, jika tiada pernafasan, ia boleh dianggap bahawa ada juga tiada nadi, dan anda perlu memulakan CPR dengan segera :

 30 tekanan dada untuk setiap 2 nafas. Anda perlu melakukan CPR sehingga bantuan tiba atau orang yang pengsan telah pulih atau tersedar.

sumber


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

23 December 2015

TIPS KESIHATAN DAN PENJAGAAN BUAH PINGGANG


TIPS KESIHATAN DAN PENJAGAAN BUAH PINGGANG

Buah pinggang atau ginjal merupakan salah satu organ dalam badan manusia yang mempunyai fungsi biologi yang sangat penting.Buah Pinggang merupakan organ sepasang seperti kacang yang terletak di salah satu sisi belakang di sebelah bawah dan betul - betul berada di bawah tulang rusuk atau difagma.

Bidang perubatan yang mengkaji buah pinggang dan penyakit buah pinggang dikenali sebagai nefrologi.

Buah Pinggang penting bagi mengekalkan mengekalkan imbangan pengurusan cecair dalam badan dengan penapisan dan penyingkiran buangan/ kumbahan dalam badan (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing.

Ianya juga merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).


PENYAKIT BUAH PINGGANG

Toksin yang terlalu tinggi dalam buah pinggang selalunya menjadi punca utama penyakit buah pinggang dan juga pundi kencing.Ianya berlaku kerana badan tidak mampu untuk menyingkirkan bahan buangan dan juga urea dari badan.Pengidap kencing manis dan darah tinggi adalah mereka yang berisiko dikaitkan dengan penyakit buah pinggang selain daripada faktor sejarah keluarga yang pernah menghidap penyakit ini.

Antara tanda - tanda awal penyakit buah pinggang adalah

1. Kerap membuang air kencing atau bermasalah untuk mengawal pembuangan air kencing.
2.Selalu mengidap sakit belakang
3 Bengkak pada keseluruhan muka,kaki dan buku lali
4.Kesakitan atau rasa terbakar semasa membuang air kencing
5.Darah dalam air kencing
6. Kandungan protin dalam air kencing
7.Edema (Bengkak air) dalam paru - paru atau bengkak pada kaki,abdomen dan lain - lain.


PENJAGAAN BUAH PINGGANG

Minum Air Putih melebihi dua liter sehari
Air banyak membantu buah pinggang menyingkirkan toksin dalam badan dan menghalang pembentukan batu karang dalam buah pinggang.Selain itu,iar sangat berguna dalam mengekalkan keseimbangan kandungan cecair dalam badan
Air membantu buah pinggang anda untuk mengepam keluar toksin dan menghalang kejadian batu karang dan jangkitan - See more at: http://sumberdigital.blogspot.my/2011/12/7-tip-menjaga-buah-pinggang-anda.html#sthash.ycF3Xomn.dpuf

Mengurangkan memakan kacang tanah,kacang putih dan kekacang bergaram
 Pengambilan kekacang yang mengandungi protein yang tinggi boleh meransang pembentukan batu kalsium.

Elakkan buah - buahan jeruk dan buah kana
 Buah - buahan jeruk kebiasaannya di buat daripada gula disamping makanan jeruk mengandungi pengoksidaan yang tinggi dan ianya berkemungkinan mengandungi toksin.
 
Elakkan memakan mi segera,mi kuning dan makanan rapu ( junk food )
Mi segera,Mi Kuning dan Makanan rapu yang terdapat dipasaran sekarang banyak mengandungi bahan - bahan pengawet yang ditambah dalam makanan untuk mengelakkan makanan cepat rosak.Selain itu kandungan khasiat dan zat yang terdapat dalam makanan tersebut harus juga diambil kira mengikut keperluan tubuh badan kita bersandarkan aktiviti harian.

Kurang meminum minuman berperisa dan sirap yang manis - manis serta Minuman berkabonat
 Seperti juga pengambilan Junk Food kebanyakkan minuman - minuman komersial yang terdapat di pasaran diperbuat dengan bahan - bahan dan ramuan yang kurang berkhasiat dan zat.Kebanyakan minuman - minuman komersial yang dipasarkan mementingkan kelazatan semata - mata untuk mengaut keuntungan pasaran tanpa memikirkan manfaatnya kepada kesihatan.Malah kebanyakkan proses pembuatan minuman komersial melibatkan campuran pelbagai bahan kimia yang akan merosakkan buah pinggang bagi yang mengamalkannya dalam tempoh tertentu.

Elakkan makan ayam daging 
Kebanyakan daging ayam yang dijual pasaran adalah daripada ayam daging disuntik dengan hormon penggemuk yang mengandungi beta agonist untuk membolehkan ayam tersebut dapat dipasarkan dalam tempoh 31 hari.Saranan yang lebih baik adalah untuk menggantikan dengan pengambilan daging ayam kampung ataupun menggunakan ayam dipasar yang kulitnya warna kuning yang mana tidak melibatkan mana - mana ubatan terlarang.

Sentiasa memantau tekanan darah dan kecing manis
Pemantauan tekanan darah dan kencing manis dapat mengelakkan jumlah glukos yang berlebihan merosakkan berjuta - juta unit penapisan dalam ginjal.20 ke 30 Peratus pengidap diabetis mempunyai risiko neofrati diabetes.Tekanan darah tinggi juga boleh merosakkan saluran darah kecil  pada buah punggang.Jadi,amatlah penting untuk anda memastikan tahap tekanan darah dan kencing manis anda senormal yang mungkin untik kesihatan buah pingganga anda.

Mengamalkan pemakanan seimbang
 Pemakanan sihat dan seimbang yang disarankan di sini adalah memperbanyakkan makanan yang berasaskan tumbuh - tumbuhan terutamanya tumbuhan hijau seperti sayur - sayuran dan buah - buahan.Pemakanan yang sihat ini penting dalam meneutralkan sistem badan anda disamping membantu anda mengekalkan berat badan dan diet yang seimbang untuk kesihatan yang maksima.

Mengurang atau mengelakkan tabiat rokok
Rokok sering dikaitkan dengan kandungan 1001 racun yang akan memakan badan kita sedikit demi sedikit seperti anai - anai yang memakan kayu.Kandungan racun yang disedut dalam tubuh badan akan menyerang satu persatu sistem organ badan manusia yang akan menyebabkan serangan sakit jantung,stroke dan buah pinggang kerana kandung toksin dan racun yang disedut melalui rokok.Kurangkan atau elakkan pengambilan rokok untuk mengekalkan tahap kesihatan anda.

Mengurangkan pengambilan kafien
 Kefien kebiasaanya berfungsi sebagai diuritik yang akan menyebabkan badan kehilangan cecair yang berlebihan.Kekurangan cecair ini akan menyebabkan buah punggang terpaksa bekerja keras dan untuk mengepam cecair dan toksin yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan.

Mengamalkan gaya hidup yang aktif dan cergas
Gaya hidup yang aktif jelas terbukti memberikan anda anugerah kesihatan yang sangat mengagumkan.Amalan hidup yang aktif merupakan sijil atau kunci anda untuk menikmati kesihatan yang maksimum.Hidup yang aktif dengan kerap melakukan aktiviti riadah,senaman dan aktiviti yang selainnya melibatkan pergerakan fizikal mampu membantu anda menyingkirkan toksin dan kandungan bahan - bahan yang berlebihan dalam badan yang mana tidak diperlukan.Secara tidak langsung aktiviti yang melibatkan pengeluaran peluh sangat membantu membersihkan organ dalaman anda serta meningkatkan tahap sistem fungsi dalam tubuh badan anda memberikan anda usia yang lebih panjang dan sihat.Badan cergas,minda cerdas.


Tips - tips yang saya senaraikan di atas mudahan membantu anda semua dalam sama - sama menjaga kesihatan buah pinggang kita untuk kesejahteraan hidup kita dalam menjalankan aktiviti seharian kita. Kita sebagai manusia yang masih bernyawa semestinya menginginkan yang terbaik dalam hidup kita termasuk kesihatan yang berpanjangan.Jesteru,kita haruslah memilih cara kehidupan yang betul dan sentiasa belajar untuk mengamalkan cara hidup yang sihat dan cergas.

Buah pinggang anda memerlukan anda utuk memberikannya yang terbaik.Sayangi Buah pinggang anda.


 


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 
  • Perlu lebih kerap membuang air kencing atau bermasalah untuk mengawal pembuangan air kencing.
  • Rasa sakit di bahagian bawah belakang.
  • Rasa sakit atau rasa seperti terbakar ketika membuang air kencing.
  • Edema (bengkak air) di dalam paru-paru, kaki, abdomen dan lain-lain.
  • Bengkak di seluruh muka, mata, kaki, dan buku lali.
  • Darah di dalam air kencing
  • Protin di dalam air kencing
  • - See more at: http://sumberdigital.blogspot.my/2011/12/7-tip-menjaga-buah-pinggang-anda.html#sthash.ycF3Xomn.dpuf
     
  • Perlu lebih kerap membuang air kencing atau bermasalah untuk mengawal pembuangan air kencing.
  • Rasa sakit di bahagian bawah belakang.
  • Rasa sakit atau rasa seperti terbakar ketika membuang air kencing.
  • Edema (bengkak air) di dalam paru-paru, kaki, abdomen dan lain-lain.
  • Bengkak di seluruh muka, mata, kaki, dan buku lali.
  • Darah di dalam air kencing
  • Protin di dalam air kencing
  • - See more at: http://sumberdigital.blogspot.my/2011/12/7-tip-menjaga-buah-pinggang-anda.html#sthash.ycF3Xomn.dpuf
    Buah pinggang adalah satu organ berbentuk seperti kacang yang terletak di salah satu sisi belakang sebelah bawah, betul-betul di bawah tulang rusuk - See more at: http://sumberdigital.blogspot.my/2011/12/7-tip-menjaga-buah-pinggang-anda.html#sthash.ycF3Xomn.dpuf
    Buah pinggang adalah satu organ berbentuk seperti kacang yang terletak di salah satu sisi belakang sebelah bawah, betul-betul di bawah tulang rusuk - See more at: http://sumberdigital.blogspot.my/2011/12/7-tip-menjaga-buah-pinggang-anda.html#sthash.ycF3Xomn.dpuf
    Buah pinggang adalah satu organ berbentuk seperti kacang yang terletak di salah satu sisi belakang sebelah bawah, betul-betul di bawah tulang rusuk - See more at: http://sumberdigital.blogspot.my/2011/12/7-tip-menjaga-buah-pinggang-anda.html#sthash.ycF3Xomn.dpuf