Showing posts with label Design. Show all posts
Showing posts with label Design. Show all posts

11 June 2018

#2 REKABENTUK DAN REKAAN LUARAN DAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - ALL BLACK, HITAM ITU KEUNGGULAN.


#2 REKABENTUK DAN REKAAN LUARAN DAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - ALL BLACK, HITAM ITU KEUNGGULAN.

Warna hitam adalah antara salah satu warna yang saya gemari. Sebab utama kenapa saya menyukai warna hitam kerana ianya tidak cepat nampak kotor. Yes,selain itu ianya juga menterjemahkan saya untuk sesuatu yang kukuh dan tepat. 

Kadang - kadang seseorang yang memilih warna hitam bukanlah bermaksud ianya cenderung kepada sesuatu yang gelap,malap,suram dan mengerikan keran hitam juga mempunyai sisinya yang tersendiri yang memberikan kebaikan dalam menampakkan sesuatu bentuk dan rupa termasuk juga dalam rekaan dalaman dan luaran rumah kediaman.

Rekaan yang saya kongsikan kali ini menggunakan konsep warna hitam. Yes ! I Like.Hhaha...Saya pun tak pernah terfikirkan memanipulasi konsep warna hitam ini dalam rekaan dalam dan luaran rumah kediaman mahupun mana - mana rekaan dan rekabentuk bangunan.

Ramai yang beranggapan penggunaan warna hitam kurang sesuai untuk pemilihan warna rumah kerana ianya akan membuatkan sesuatu ruang dalam rumah kediaman akan tampak sempit atau mungkin pelik bagi sesetengah pandangan orang.Namun ramai yang akan mengubah pandangan dan fikiran apabila melihat konsep yang akan diketengahkan dalam perkongsian ini.

Hitam.. gaya.. mutu... dan keunggulan... dulu selalu dengarkan dalam iklan - iklan rokok di zaman 80-an dan 90-an.. yes.. it is... hitam memang nampak unggul.





 





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


30 March 2017

REKAAN - REKAAN PELAMIN DI MAJLIS PERKAHWINAN PADA MASAKINI


REKAAN - REKAAN PELAMIN DI MAJLIS PERKAHWINAN PADA MASAKINI

Pelamin merupakan sesuatu yang mustahak dalam majlis perkahwinan pada masakini kerana dalam majlis perkahwinan, pelamin untuk persandingan diumpamakan seperti nadi yang menghidupkan kelangsungan sesebuah majlis.Pelamin merupakan salah satu elemen utama yang penting bagi menjayakan sesuatu majlis dan sering diberi perhatian bagi menyerikan majlis.

Terdapat pelbagai jenis dan rekaan yang ditawarkan oleh pereka - pereka pelamin samaada dari yang bertemakan tradisional,moden,customise dan juga pelbagai lagi.Manakala,pasangan yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan juga pasti meninginkan yang terbaik untuk majlis Perkahwinan yang bakal dilangsungkan.Pelbagai tema dan konsep yang menjadi pilihan pada masa kini. 

Pelbagai konsep dan tema yang diketengahkan oleh pereka - pereka pelamin perkahwinan pada masa kini juga sentiasa berubah - berubah mengikut citarasa yang dimahukan atau menjadi pilihan mereka yang bakal melangsungkan majlis.Konsep dan tema pelamin perkahwinan juga mengambil kira pemilihan warna,susunan,material perhiasan,pemilihan kerusi dan banyak lagi bahagian yang diambil kira.

















































































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my