Thursday, May 21, 2015

SIMBOL - SIMBOL ILLUMINATI DALAM WATAK KARTUN KEGEMARAN KANAK - KANAK




Tanpa kita sedari selama ini secara diam  - diam kita dipengaruhi oleh media barat dengan menyuntik anasir - anasir yang boleh membahayakan pemikiran seseorang terutamanya pemikiran kanak - kanak yang kebanyakkannya meminati hobi menonton dan membaca bacaan yang berunsur hiburan seperti kartun dan sebagainya.Tanpa kita sedari kebanyakan penerbitan kartun dari barat menyelitkan dan menyunyik pengaruh illmuminati yang dikaitkan dengan agama penyembahan syaitan yang mana boleh mempengaruhi pemikiran anak - anak kita.

Di barat kebanyakkan ahli agama menentang pengaruh illuminati ini kerana ianya dikaitkan dengan keruntuhan akhlak dan pemikiran yang boleh menjurus kepada gejala yang merosakkan moral masyarakat dengan halus.Pengaruh illuminati ini mendapat tentangan hebat dari ahli agama termasuk agama Islam dan Kristen kerana ianya dikatakan boleh memesongkan akidah dan pegangan seseorang.Kebanyakan pengaruh illuminati ini juga dikaitkan dengan sesuatu yang boleh melekakan dan melalaikan seseorang dengan mempengaruhi pemikiran seseorang kepada hiburan sehingga ianya menjadi seumpama satu ketagihan yang sukar dibendung.

Disemua peringkat dari tua sehingga ke muda,Illuminati menjalankan agendanya dengan pelbagai cara yang halus dan tanpa sedari.

Kepada ibu bapa berhati - hati dengan apa yang anak - anak anda akan lihat,dengar,hidu dan rasakan setiap hari kerana mungkin tanpa disedari pemikiran mereka boleh dipengaruhi kepada anasir jahat yang sangat terancang dan teliti yang dicanang oleh golongan yang membawa pengaruh Illuminati ini.

Video di bawah adalah beberapa siri pengaruh dan simbol illuminati yang diselitkan dalam beberapa watak kartun yang kebanyakkan nya di tonton setiap hari oleh anak - anak kita.




THANKS FOR READING.
 
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



SIMBOL - SIMBOL ILLUMINATI DALAM WATAK KARTUN KEGEMARAN KANAK - KANAK - See more at: http://azlanrumadi.blogspot.com/2015/05/simbol-simbol-illuminati-dalam-watak.html#sthash.JZhPx7U2.dpuf
SIMBOL - SIMBOL ILLUMINATI DALAM WATAK KARTUN KEGEMARAN KANAK - KANAK - See more at: http://azlanrumadi.blogspot.com/2015/05/simbol-simbol-illuminati-dalam-watak.html#sthash.JZhPx7U2.dpuf
SIMBOL - SIMBOL ILLUMINATI DALAM WATAK KARTUN KEGEMARAN KANAK - KANAK - See more at: http://azlanrumadi.blogspot.com/2015/05/simbol-simbol-illuminati-dalam-watak.html#sthash.JZhPx7U2.dpuf

MUJAHIDDIN ROHINGYA BANGKIT MENENTANG KEKEJAMAN TERHADAP MUSLIM DI MYANMAR


Muslim Rohingya dalam keadaan tertindas.Ramai daripada mereka menjadi mangsa kekejaman.Ahli keluarga mereka dibunuh.Wanita dan  perempuan mereka dirogol diseksa dan dibunuh sehinggakan mereka terpaksa mengambil risiko keluar dari negara tersebut kerana terpaksa menyelamatkan diri dari menjadi mangsa penindasan agama yang tidak  dapat dibendung mahupun oleh pemerintahan negara itu sendiri.

BACA JUGA : APAKAH DOSA MASYARAKAT ROHINGYA SEHINGGA DI PERLAKUKAN SEBEGINI KEJAM ?

Semalam menurut satu sumber dari laman sosial mengatakan sebahagian rakyat Muslim Rohingya melancarkan I'dad bagi menentang kekejaman yang telah mereka hadapi sekian lama.Mereka tidak lagi mahu berdiam diri.Kekejaman harus ditentang sampai habisan.

"Dengan dimulai 300 muslim yang melakukan i’dad insya Allah akan bertambah Mujahid yang berlatih dan tak hanya dari Rohingya, namun dari berbagai penjuru dunia"Ujar Abu arif,Seorang Ulama 
Rohingya.



Mungkin inilah yang harus dilakukan untuk membela keadilan mereka yang sedang ditindas dengan kekejaman.Apa yang pasti perjuangan menantang kezaliman agama yang sedang disaksikan oleh seluruh dunia sekarang akan mendapat perhatian dari seluruh segenap penjuru.Apakah ini menandakan situasi di Myanmar akan menyerupai situasi di palestin sama seperti kebangkitan tentera bridget AL-QAssam menentang kezaliman zionis?


Tidak dinafikan juga kekuatan mujahiddin Islam seluruh dunia adalah antara yang paling digeruni oleh seluruh dunia pada sekarang kerana keupayaan mereka yang mampu menentang sebarang jenis serangan dari pelbagai teknologi ketenteraan yang dilancarkan oelh pihak musuh.Seperti mana yang dilihat pada perang antara palestin dan Isreal baru - baru ini.
Semoga dengan perjuangan jihad yang merupakan satu - satu pilihan untuk membela nasib muslim Rohingya ini mampu memberikan kemenagan untuk membela mereka yang tertindas.






SUMBER DI SINI

DENDA - DENDA DI ZAMAN PERSEKOLAHAN YANG PALING RARE


Zaman persekolahan semestinya mesti tidak lari daripada denda - denda yang akan dikenang sampai bila - bila.Zaman persekolahan dan denda - denda dari guru memang tidak dapat dipisahkan seperti aur dan tebing.Terutama kepada murid atau pelajar yang sangat nakal dan sering menimbulkan masalah.Saat didenda oleh guru kerana pelbagai kesalahan merupakan salah satu perkara yang akan kita ingat sehinggalah sampai ke hari ini.

Saya percaya ramai dari anda masih bercerita tentang kisah - kisah lucu dan memalukan semasa di denda bersama rakan anda setiap kali anda berjumpa dengan bekas rakan sekelas anda.Bercerita dan berkongsikan saat - saat itu membuatkan anda tersenyum dan teringat balik.Namun secera tidak langsung akan membuatkan anda teringat kembali akan guru - guru yang garang yang sering memberikan denda - denda kepada murid atau pelajar yang membuat masalah dalam kelas.Hakikatnya,guru memberikan hukuman bukanlah bermaksud untuk menganiaya pelajarnya.Semua denda dan hukuman yang diberikan adalah untuk mendisiplinkan pelajar dengan berharap pelajar dan muridnya mengingati kesalahan dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Anda mesti pernah didenda oleh guru semasa di zaman persekolahan? betul ? Apakah denda - denda yang anda pernah terima daripada guru anda ? bila anda membayang dan mengenang kembali mesti ramai yang tersenyum seorang dan menganggap ianya sebagai suatu memori yang sangat indah dan lucu.Walaupun sebenarnya perasaan anda ketika menerima denda pada masa itu penuh dengan marah dan malu dihadapan rakan sekelas.Ditambah lagi dengan rakan sekelas yang kaki ejek.

Antara denda - denda yang paling anda takkan lupakan mungkin salah satu dari yang ini. 



























SUMBER : FACEBOOK

APAKAH DOSA MASYARAKAT ROHINGYA SAMPAI DIPERLAKUKAN SEBEGINI KEJAM ?



Belum lagi kita diredakan dengan peristiwa berdarah yang menimpa nasib penduduk Palestine kini kita diperlihatkan pula dengan peristiwa kejam pembersihan masyarakat Rohingya Myanmar yang semakin menjadi viral dan liputan seluruh masyarakat dunia.Semakin hari angka korban semakin meningkat kerana kekejaman pihak yang menjual nama agama untuk menyeksa,merogol dan membunuh sewenang - wenangnya tanpa memikirkan lagi sifat kemanusiaan yang Tuhan kurniakan pada kita?

APAKAH DOSA MASYARAKAT ROHINGYA SAMPAI DIPERLAKUKAN SEBEGINI KEJAM ?

Apakah dosa mereka ? saya begitu tersentuh melihat perkembangan berita tentang kekejaman  kepada masyarakat Rohingya sehinggalah kepada isu - isu pelarian.Melihat kepada wajah - wajah mereka.Cukup tersentap dan menyayat hati dengan darah dan mayat mereka yang bergelimpangan tanpa pengadilan dan dibiarkan seperti bangkai.Apa pelaku dan pembunuh itu sudah hilang waras dan normanya sehingga harga nyawa terlalu murah?Jika benar pokok pangkalnya kerana agama? apakah sesebuah ajaran agama memimpin kita untuk menganiaya sesama manusia ? dan apakah hukum dan karma Tuhan bukan lagi keutamaan pegangan ?

Saya melihat anak kecil didera dan dibunuh dengan rakus.Apa dosa si anak kecil itu ? Seorang ibu dirogol diseksa dan juga dibunuh.Apa salah mereka ? sedangkan kebanyakan mereka adalah golongan yang lemah untuk ditentang.Mengapa mereka diperlakukan sebegini ? 

Mengapa ? Mereka juga manusia yang inginkan ketenangan.