Friday, May 15, 2015

#3 WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET - SCHOOL VS COLLEGE

  

SCHOOL VS COLLEGE

Masa kehidupan belalu dengan sangat cepat dan pantas.Tanda disedari masa akan berlalu meninggalkan kita.Kenangan yang paling tidak dilupakan kebanyakannya adalah kenangan bersama kawan - kawan dan sahabat.Seseorang yang menempuhi zaman persekolah teruatamanya mendapat pengalaman dan kenangan semasa zaman menimba ilmu di sekolah dan semasa menjalani pengajia,Semestinya zaman peralihan ini memberikan pengalaman yang berbeza- beza mengikut apa yang ditempuhi oleh diri seseorang.Ada sesetengah mereka yang menganggap zaman sekolah merupakan zaman yang sangat payah untuk ditempuh namun setelah menghabiskan zaman sekolah dan memasuki zaman pengajian tinggi,mereka akan mengenang kembali zaman persekolahan yang pada masa itu baru disedari merupakan masa - masa yang paling indah untuk diingati.

Saya percaya bagi pelajar sekolah yang sedang menjalani pelajaran di zaman sekolah buat masa ini menganggap zaman persekolah adalah zaman yang memeritkan dan penuh dengan kongkongan terutama pelajar sekolah menengah yang sedang melalui zaman pertengahan kedewasaan yang kebanyakannya menginginkan lebih banyak kebebasan.Sedia maklum dengan kehidupan yang persekolahan yang semuanya ditanggung oleh ibu dan ayah tidak mengira apa jua jenis sekolah sama ada sekolah swasta ataupun  kerajaan.Ada segelintir mereka yang berharap supaya zaman  sekolah akan cepat berlalu dengan beranggapan segala kekangan pada diri mereka akan berakhir apabila berlalunya zaman sekolah.Berakhir zaman menggunakan uniform sekolah beerti bermula zaman kebebasan untuk diri mereka.Kebanyakan situasi ini adalah normal kerana kebanyakan mereka menginginkan zaman kedewasaan yang sebenar dan mengharapkan supaya mereka dilayan seperti seorang dewasa mahupun dikalangan ibu ayah dan keluarga ataupun sahabat handai dan kenalan.Namun,perkara yang difikirkan itu bukanlah semudah yang disangka sehingga zaman itu telah berlalu.

Bagi yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, ramai anak muda yang menganggap zaman pengajian adalah zaman bermulanya zaman berdikari dan pengaruh besar dalam hidup mereka kebanyakan bermula setelah tamatnya zaman persekolahan dan bermula seawal zaman pengajian tidak mengira sama ada pengajian di Instistusi Swasta atau kerajaan.Terutama bagi yang menyambung pelajaran di tempat yang jauh dari ibu bapa,keluarga dan tempat tinggal,kehidupan di kolej semesti banyak perbezaan berbanding dengan zaman persekolahan.Perubahan akan banyak dilihat pada diri anak muda yang mula menempuh zaman pengajian kerana pengaruh kehidupan harian yang jauh berbeza berbandinga zaman sebelum ini.Cara kehidupan seorang yang digelar mahasiswa dan mahasiswi ataupun penuntut akan banyak mencorakkan perkembangan fizikal dan mental anak - anak muda ini.Percayalah ! Boleh dikatakan kehidupan di kolej lebih besar dan luas cabarannya dan memerlukan penilaian diri yang benar - benar tepat untuk menggenggam kejayaan dalam menempuhi zaman pengajian.Zaman pengajian akan banyak dihabiskan dengan rutin harian sendiri dengan penelaah pembelajaran dan membuat carian sumber tugasan yang perlu disiapkan.Sesi kuliah yang dijalankan juga jauh berbanding dengan zaman persekolahan.Sebelum ini guru atau cikgu yang memberikan segalanya tetapi zaman pengajian akan memberikan kita peluang untuk membuat kajian dan pemahaman yang tersendiri dalam subjek - subjek yang diambil.begitu juga ke peringkat yang seterusnya.

Setiap seseorang ada keinginanan masing masing.Namun masa - masa terindah akan terus diingati dan dikenang sehinggalah kita memasuki alam perkerjaan setelah tamat zaman persekolahan dan pengajian.Walau apapun,hargailah setiap masa yang kita ada.Pepatah mengatakan Masa tidak akan terulang kembali.

  



THANKS FOR READING.GOD BLESSES

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: