Wednesday, May 20, 2015

1.MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2015 DI SMK DEMAK BARU KUCHING,SARAWAK


_________________________________________________________________________________

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2015

PADA 16 MEI 2015

DI

SMK DEMAK BARU,
JALAN DIPLOMATIK,OFF JALAN BAKO 93050 PETRAJAYA
 KUCHING.SARAWAK.

YANG DI RASMIKAN OLEH : 

YANG BERHORMAT DATUK HAJAH FATIMAH ABDULLAH
MENTERI KEBAJIKAN,WANITA & PEMBANGUNAN KELUARGA.

TEMA TAHUN 2015

" MEMBINA ILMU,MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

_________________________________________________________________________________


ASSALAMUALAIKUM DAN SEJAHTERA KE ATAS GURU - GURU SELURUH DUNIA

Pada tarikh 16 MEI 2015 merupakan tarikh yang sangat bermakna kepada saya kerana saya mendapat jemputan kepada sekumpulan pelajar dari Tingkatan 5C SMK DEMAK BARU KUCHING untuk menghadiri MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2015 DI SMK DEMAK BARU KUCHING.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang menjemput.

Hadirnya saya ke Majlis itu tidak menjangkakan alu - aluan pihak sekolah kepada saya.Saya mengucapkan terima kasih kepda pihak sekolah yang mengalu - alukan kedatangan saya ke Majlis itu dan terima kasih kepada setiap layanan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada saya terutama kepada Pengetua SMK DEMAK BARU,KUCHING. Puan Hajah Fatimah Bt Hamid


MUKADIMAH MAJLIS

Pada tahun ini sekolah SMK Demak baru memilih tema "BACK TO SCHOOL" yang mana pada hari sambutan semua guru - guru yang terlibat dalam Majlis Sambutan memakai pakaian seragam sekolah sebagai tanda mengenang kembali saat - saat turun sekolah .Tema hari guru yang dipilih oleh guru - guru sekolah ini juga turut mendapat perhatian para media yang datang untuk mengikuti aturcara majlis pada hari itu.

Penampilan guru - guru seolah pada hari itu juga mendapat perhatian pelajar - pelajar sekolah yang memberikan tepukan dan sorakan gemuruh sebagai tanda penghormatan dan sokongan kepada usaha guru - guru mereka dalam menghidupkan tema hari guru pada hari yang yang sangat bermakna itu.Murid - murid juga tidak melepaskan kesempatan untuk mengambil gambar kenangan bersama dengan guru - guru kesayangan mereka.Terutama kepada pelajar yang berada ditahun terakhir kerana mungkin inilah sambutan terakhir mereka bersama guru - guru mereka semasa bergelar pelajar sekolah.

Pelbagai aksi - aksi sporting antara guru dan pelajar yang dapat kita lihat sepanjang majlis berlangsung yang menceriakan suasana sepanjang majlis.Suasana ceria yang penuh dengan senyuman dan gelak ketawa itu di sambut dengan keadaan cuaca yang cerah dan jernih pada hari itu.




SELANJUTNYA
_______________________________________________________________________________


MUKADIMAH

MENUNGGU KETIBAAN JEMPUTAN KENAMAAN

KETIBAAN JEMPUTAN KENAMAAN

UCAPAN WAKIL PELAJAR,PEGERUSI PENGELOLA & PENGETUA SMK DEMAK BARU

UCAPAN DAN PERASMIAN MAJLIS SAMBUTAN HARI HARI GURU SMK DEMAK BARU 2015 OLEH JEMPUTAN KENAMAAN

BACAAN IKRAR DAN NYANYIAN OLEH GURU _ GURU

PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA JEMPUTAN KENAMAAN

PERSEMBAHAN PELAJAR PPKI DAN SKETSA KHAS DARI PELAJAR

SESI BERGAMBAR WARGA SMK DEMAK BARU DENGAN JEMPUTAN KENAMAAN

LAWATAN MESRA  & KEBERANGKATAN PULANG JEMPUTAN KENAMAAN

ANUGERAH CIKGU PALING SPORTING

JAMUAN KELAS HARI GURU 2015 SMK DEMAK BARU

ACARA SUKANEKA HARI GURU 2015 SMK DEMAK BARU

PERSEMBAHAN HIBURAN DARI PELAJAR SMK DEMAK BARU

PEMBERSIHAN KELAS SEBELUM MAJLIS BERSURAI

WAJAH - WAJAH GURU SMK DEMAK BARU SEMASA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2015

WAJAH - WAJAH PELAJAR SMK DEMAK BARU SEMASA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2015

WAJAH - WAJAH SEKOLAH

PENGHARGAAN



No comments: