Thursday, May 21, 2015

DENDA - DENDA DI ZAMAN PERSEKOLAHAN YANG PALING RARE


Zaman persekolahan semestinya mesti tidak lari daripada denda - denda yang akan dikenang sampai bila - bila.Zaman persekolahan dan denda - denda dari guru memang tidak dapat dipisahkan seperti aur dan tebing.Terutama kepada murid atau pelajar yang sangat nakal dan sering menimbulkan masalah.Saat didenda oleh guru kerana pelbagai kesalahan merupakan salah satu perkara yang akan kita ingat sehinggalah sampai ke hari ini.

Saya percaya ramai dari anda masih bercerita tentang kisah - kisah lucu dan memalukan semasa di denda bersama rakan anda setiap kali anda berjumpa dengan bekas rakan sekelas anda.Bercerita dan berkongsikan saat - saat itu membuatkan anda tersenyum dan teringat balik.Namun secera tidak langsung akan membuatkan anda teringat kembali akan guru - guru yang garang yang sering memberikan denda - denda kepada murid atau pelajar yang membuat masalah dalam kelas.Hakikatnya,guru memberikan hukuman bukanlah bermaksud untuk menganiaya pelajarnya.Semua denda dan hukuman yang diberikan adalah untuk mendisiplinkan pelajar dengan berharap pelajar dan muridnya mengingati kesalahan dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Anda mesti pernah didenda oleh guru semasa di zaman persekolahan? betul ? Apakah denda - denda yang anda pernah terima daripada guru anda ? bila anda membayang dan mengenang kembali mesti ramai yang tersenyum seorang dan menganggap ianya sebagai suatu memori yang sangat indah dan lucu.Walaupun sebenarnya perasaan anda ketika menerima denda pada masa itu penuh dengan marah dan malu dihadapan rakan sekelas.Ditambah lagi dengan rakan sekelas yang kaki ejek.

Antara denda - denda yang paling anda takkan lupakan mungkin salah satu dari yang ini. 



























SUMBER : FACEBOOK

No comments: