Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

06 February 2017

PENYEDIAAN DAN CARA - CARA MEMBUAT TEMPE SECARA TRADISIONAL



PENYEDIAAN DAN CARA - CARA MEMBUAT TEMPE SECARA TRADISIONAL


Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari suku jawa (Indonesia). Tempe semakin mendapat tempat di kalangan selera seluruh pelusuk Asia seiring dengan penggunaan tempe yang dalam resepi masakan dan makanan seperti ayam penyet,lalapan dan sebagainya yang sebahagian besarnya berasal dari negera Indonesia.

Kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda semua cara - cara pembuatan tempe secara Tradisional. Bahan - bahan asas yang diperlukan untuk pembuatan tempe adalah

 Kacang soya ( Cadangan 4 Kg )
 Air Secukupnya ,
 Ragi tempe ( 1 Sudu )

 selain dari peralatan yang diperlukan sepanjang proses penghasilan tempe.



CARA - CARA MEMBUAT TEMPE TRADISIONAL

Berikut merupakan cara - cara atau langkah - langkah membuat tempe secara tradsional.

Pertama sekali, Kacang soya sebanyak 4 kg direndam selama 2 hari di dalam 2 baldi di mana setiap satu baldi berisi 2 kg kacang soya. Setelah direndam 2 hari dan dibiarkan sehingga menjadi kembang, ramas-ramaskan kacang soya tersebut supaya kulitnya tertanggal. 

Kedua, Kacang yang telah direndam dibasuh sebanyak 3 kali sehingga bersih dan bahan asing yang telah bercampur dengan kacang soya seperti kacang dal diasing dan dibuang. 

Ketiga, Kacang soya tersebut seterusnya direbus di atas dapur kayu dan dibiarkan mendidih selama 2 jam. Sekiranya menggunakan dapur gas, proses merebus kacang soya boleh dipendekkan menjadi 45 minit sehingga 1 jam sahaja. 

Keempat, Kacang soya yang telah direbus ditos dan dikeringkan di atas meja yang dilapikkan dengan kain putih pada suhu sederhana ataui suhu bilik. Kemudian, masukkan kacang yang sudah kering ke dalam dulang yang dialas dengan kertas minyak.Selain itu terdapat juga cara moden dengan mengaginkan kacang soya yang telah ditoskan  bagi mempercepatkan proses pengeringan. 

Kelima, Ragi tempe sebanyak 1 sudu besar ditaburkan dan gaulkan sehingga rata pada semua kacang soya yang telah dikeringkan.

Keenam, Kacang soya yang telah digaul tadi dibungkus mengikut sukatan bekas kecil ke dalam daun yang sudah disusun dan dilipat. Pembungkusan juga boleh dibuat dengan surat khabar yang sudah dipotong menjadi empat segi kecil bagi lapisan pertama, 2 helai daun pokok ubi garut bagi lapisan kedua dan kemudian daun pokok pisang.
Selain itu dalam kaedah moden,pembungkusan tempe boleh dibuat menggunakan plastik yang lebih mudah untuk diperolehi.

Ketujuh, Biarkan tempe yang telah dibungkus di tempat yang kering pada suhu bilik. Setelah dibiarkan selama 48 jam, sejenis kulat putih akan memenuhi bungkusan tersebut.

Siap.Mudahkan ?

Selain itu juga diingatkan pembuatan tempe memerlukan ruangan yang amat bersih dan sesuai kerana ianya penting bagi menghasilkan tempe yang berkualiti dan enak.Selain itu ianya penting kerana penghasilan tempe melibatkan mikroorganisma dan agak sensitif.

Perkongsian saya ini juga diharapkan dapat menjadi rujukan bagi yang ingin menjadikan penghasilan tempe sebagai satu kerjaya dalam mencari punca rezeki.Mudahan ianya bermanfaat untuk semua.

Saya juga ingin memberikan kredit kepada Blog " Tempe Tradisional Hajah Tuminah " yang saya jadikan rujukan dalam perkongsian kali ini. 

Selamat Mencuba ! semoga Bermanfaat.




  
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

23 June 2016

SENARAI KERETA - KERETA KELUARAN SYARIKAT PERODUA DARI TAHUN 1994 HINGGA TERKINI ( 2016 )


SENARAI KERETA - KERETA KELUARAN SYARIKAT PERODUA DARI TAHUN 1994 HINGGA TERKINI ( 2016 )


Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad atau lebih dikenali sebagai Perodua merupakan syarikat pengeluar Automotif untuk kereta buatan Malaysia yang Kedua selepas Proton. Perodua ditubuhkan pada tahun 1993 . Kilang Peroduaterletak di Sungai Choh , Serendah Selangor yang dibina pada tapak berkeluasan 80 hektar.

BACA JUGA :   SENARAI KERETA - KERETA KELUARAN SYARIKAT PROTON DARI TAHUN 1985 SEHINGGA 2015

Kenderaan pertama keluaran Perodua adalah ,Perodua kancil yang telah dilancarkan pada Ogos 1994.Kemudian diikuti oleh beberapa model yang lainnya yang mula memasuki pasaran tempatan dan antarabangsa sehingga kini.Perodua juga merupakan antara Syarikat Pengeluaran kereta Malaysia yang berada pada paras prestasi penjualan bersaing dengan syarikat Proton.

Pemegang Saham dalam Syarikat Perodua adalah.

  UMW Corporation Sdn Bhd dengan 38% kepentingan,
 Daihatsu Motor Co. Ltd. (20%), 
MBM Resources Bhd (20%), 
PNB Equity Resources Corporation Sdn Bhd (10%),
 Mitsui & Co. Ltd (7%)
 Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd (5%).

Semenjak pelancaran pengeluaran Model Pertama Perodua Kancil, Perodua meneruskan pengeluaran model - model yang seterusnya samaada untuk pasaran dalam negara dan luar negara.Antara model yang menjadi pilihan dan mempunyai jualan yang sangat baik adalah Perodua MyVi yang merupakan kereta yang terlaris selama 5 tahun berturut - turut dari tahun 2006 sehingga tahun 2010.

Sehingga kini Model Kereta keluaran Syarikat Perodua mempunyai daya saing yang tinggi di rantau Asia dengan bertambahnya permintaan terhadap beberapa model Kereta Perodua di beberapa buah negara asing.

Berikut saya kongsikan Senarai kereta - kereta keluaran Syarikat Perodua dari tahun 1994 sehingga yang terkini (2016)


PERODUA KANCIL ( Perodua Nippa di UK atau Daihatsu Ceria di Indonesia ) 1994- 2009




2. PERODUA RUSA (1996 - 1998 )




3. PERODUA KEMBARA  (1997 - 2004 )




4. PERODUA KENARI ( 2000-2009 )




5. PERODUA KELISA ( 2001 - 2006 )




6. PERODUA MYVI GENERASI PERTAMA ( 2005 - 2011 )




7. PERODUA VIVA ( 2007 - KINI )










8. PERODUA NAUTICA (  2008 - 2009 )




9. PERODUA ALZA ( 2009 - KINI )

 





10 PERODUA MYVI GENERASI KEDUA (2011- KINI )
VERSI 2011-2014











VERSI 2015 - KINI









11  PERODUA AXIA (2014 - KINI )








PERKEMBANGAN TERKINI PENGELUARAN KERETA PERODUA.

Sedikit perkembangan berkenaan dengan pengeluaran kereta oleh Syarikat Perodua menunjukkan khabar angin atau cakap - cakap yang mengatakan Perodua akan bakal pembuat pembaharuan pada model - model lama keretanya seperti Perodua Kenari selain itu terdapat juga pengeluaran kereta versi Sedan Pertama oleh Perodua yang baru - baru ini heboh dan viral mengenai gambar  - gambar satu kereta Perodua yang dalam bentuk Sedan.

Gambar - gambar berikut adalah beberapa gambar model - model yang belum lagi disahkan pengeluarannya oleh perodua.namun kita akan sama - sama menunggu perkembangan dari Syarikat Perodua seterusnya.Selain itu saya juga turut berkongsikan beberapa model untuk kereta Konsep yang sering dipamerkan di pameran - pameran autmotif serta ekspo - ekspo yang berkenaan dengan kereta.
PERODUA KENARI ( NEXT GENERATION )



PERODUA BEZZA





PERODUA BUDDYZ








PERODUA ALZA INFINITE











AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my