Showing posts with label Sri Aman. Show all posts
Showing posts with label Sri Aman. Show all posts

10 January 2018

MUSIM BUAH-BUAHAN DI SIMPANG BATU LINTANG,SRI AMAN, SARAWAK - JAN 2018

MUSIM BUAH-BUAHAN DI SIMPANG BATU LINTANG,SRI AMAN, SARAWAK - JAN 2018.

Batu Lintang merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan ramai apabila bermulanya musim buah buahan di Sekitar Bahagian Sri Aman dan sekelilingnya.

Terdapat pelbagai jenis buah buahan yang dijual di Simpang Batu Lintang. Namun begitu buah durian adalah antara yang menjadi tumpuan ramai di musim buah buahan.Durian Batu Lintang sememangnya memang terkenal dengan kualiti dan keenakkan nya.

Tidak hairanlah ramai yang sanggup datang dari jauh untuk menikmati keunikan citarasa durian di Batu Lintang ini.

Selain itu anda boleh mendapatkan durian dengan harga yang sangat berpatutan di Batu Lintang.Kebiasaannya Durian di sini dijual dengan harga sekitar RM15.00 ke RM8.00 untuk seikat durian. Seikat durian terdapat 5 ke 3 biji durian mengikut saiz buah.Murahkan ?

Selain itu, ramai yang datang ke sini untuk memborong durian di sini untuk dijual di tempat lain juga.

Selain durian, Buah Dabai juga merupakan antara yang terdapat di sini. Buah dabai di sini dijual dengan harga sekitar RM10.00 sekilo.

Buah buah lain juga turut dijual di sini seperti buah rambutan,manggis dan berembang dan banyak lagi.

 Kepada yang belum datang ke sini,bolehlah singgah di sini untuk melihat sendiri keunikan buahan yang terdapat di sini.

Jum !

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


































06 June 2016

SINGGAH DI R N R TEMUDOK DI SIMPANG KUCHING - SRI AMAN,SARAWAK



SINGGAH DI R N R TEMUDOK DI SIMPANG KUCHING - SRI AMAN,SARAWAK

 R N R Temudok merupakan satu tempat persinggahan yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk merehatkan badan sebelum meneruskan perjananan ke destinasi seterusnya.R N R Temudok yang terletak kira kira 192 Km dr Bandaraya Kuching dan 9 Km dr Bandar Sri Aman terletak persimpangan jalan Kuching - Sri Aman.

R N R Temudok menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang ramai termasuk gerai - gerai makanan dan minuman yang menawaarkan pelbagai pilihan menu kepada orang ramai yang berkunjung di R N R Temudok ini.Selain itu terdapat tandas awam,gerai buah - buahan,surau dan kedai runcit yang turut terdapat di R N R ini bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengunjung.


Pada perjalanan pulang baru - baru ini saya sempat singgah di sini untuk berehat sebentar di salah satu gerai minuman dan makanan yang terdapat di sini.Keadaan agak ramai dan meriah dengan kehadiran pengunjung yang kebetulan pulang ke destinasi masing - masing selepas musim perayaan gawai dayak yang baru dirayakan pada 1 Jun 2016 yang lepas.

Tambah menarik pada hari itu dengan kehadiaran SA Buskers @ D'Symphony yang memeriahkan suasana dengan persembahan buskers yang menghiburkan.Dendangan lagu yang disusun dengan cara mereka yang tersendiri ternyata mempunyai sentuhan seni yang tersendiri untuk dipersembahkan kepada pengunjung dan penonton yang menyaksikan persembahan mereka pada hari itu.

Lokasi R N R Temudok ini juga anda boleh lihat dan ketahui di Sini

Sepanjang berada di R N R Temudok ini juga saya sempat mengambil gambar - gambar yang memaparkan suasana di R N R Temudok pada hari itu.

R N R Temudok merupakan salah satu tempat perhentian di sepanjang Jalan Persekutuan yang menghubungkan dari Kuching sehingga ke Miri.Selain dari itu,terdapat beberapa lagi lokasi yang boleh dijadikan persinggahan oleh pengunjung yang ingin berehat sebentar.,
































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blopgspot.my