Showing posts with label Persilatan. Show all posts
Showing posts with label Persilatan. Show all posts

26 December 2024

MENYAMBUT KEPULANGAN ABDUL LATIF MAXZAKIR, JUARA DUNIA PENCHAK SILAT TANDING H DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING,SARAWAK.


26 Disember 2024, Khamis. 

Alhamdulillah... Tahniah kepada salah seorang Pesilat dari Sarawak Bumi Kenyalang yang telah memenangi kejuaraan Dunia di Kejohanan Pencak Silat Dunia di Abu Dhabi, Dubai yang ke 20.

Abdul Latif Maxzakir yang telah dinobatkan sebagai Juara dunia setelah menewaskan Pesilat Vietnam Nguyen Duy Tuyen dalam kategori Tanding Putra Kelas H Senior.

Kejayaan Abdul Latif merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi menamatkan penantian selama 20 tahun Negeri Sarawak menyaksikan anak jati negeri Sarawak merangkul gelaran Juara Dunia dalam pertandingan Pencak Silat.

Kali terakhir wakil kelahiran anak Sarawak memenangi gelaran Juara dunia dalam sukan pencak silat adalah menerusi Abang Erdie Fauzerul Bin Abang Pauzan pada tahun 2004 bertanding dalam kategori tanding kelas A di World Championship di  Singapura.

Kepulangan beliau disambut dengan sorakan oleh orang ramai sejurus beliau tiba di Pintu Keluar Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.Sejurus tiba dipeluk erat oleh kedua ayah dan ibunya yang merupakan pembakar semangat dan motivasi beliau untuk memburu kejuaraan dunia pada pertandingan silat yang telah beliau menangi.

Beliau menjelaskan setelah tamat pertandingan ini, beliau akan meneruskan kem latihan atlit negera bagi memulakan persediaan untuk menghadapi Sukan SEA yang akan menjelang tidak lama lagi.

Turut hadir menyambut kepulangan Abdul latif adalah Tuan Awang Putrayustri Haji Awang Redzuan, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak bersama dengan Tuan Dolhadi Bin Haji Marzuki, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak.

Selain itu, turut hadir adalah Perwakilan Rumpun Silat Sarawak termasuk Ahli Jawatankuasa Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching bersama - sama dengan perwakilan dari pelbagai perguruan di bawah naungan Rumpun Silat Sarawak yang meraikan dan mengucapkan tahniah kepada Abdul Latif yang berjaya mengharumkan nama Negara Malaysia, Negeri Sarawak dan juga Rumpun Silat Sarawak.

Turut disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai yang mengiringi ketibaan Abdul latif adalah seorang lagi kebanggaan Negeri Sarawak iaitu Guru Muda Arnidawati Binti Kassim yang telah diiktirafkan sebagai Wasit Juri Wanita Terbaik Dunia di kejuaraan yang sama. Guru Muda Arnidawati yang telah dinobatkan sebagai Wasit Juri Wanita terbaik setelah penunjukkan prestasi cemerlang sehingga pihak penganjur mengangkat beliau untuk diberikan pengiktifaran berprestij tersebut.

Guru Muda Arnidawati menjelaskan kepada media bahawa beliau berharapkan pengiktirafan ini boleh dijadikan satu inspirasi dan membuktikan bahawa Rumpun Silat Sarawak sebagai badan induk yang mengurus tadbir Persatuan Silat Di Sarawak tidak ketandusan bakat - bakat yang boleh diketengahkan ke dalam bidang penjurian pertandingan silat.

Turut di banggakan adalah Pesilat berasal dari Marudi, Miri iaitu Ummi Masitah Hassan yang telah berjaya memenangi Naib Juara Dunia pingat Perak dalam kategori Tanding Putri kelas C Senior yang mana merupakan penampilan sulung beliau setelah beliau dilamar oleh PESAKA untuk bersama barisan wakil negera . Beliau sebelum ini telah berjaya memenangi pingat Emas di Sukan Malaysia ( SUKMA ) bagi tahun 2024 yang lalu yang mana pertandingan di langsung di Miri, Sarawak.

Seorang lagi pesilat kelahiran Sarawak berasal dari Miri, Inatha Khairuniyah turut merangkul gelaran Naib Juara Dunia di dalam kategori Solo Kreatif Putri.

Secara kesuluruhannya Pasukan Penchak Silat Malaysia telah berjaya memenangi 6 Pingat EMAS, 9 Pingat PERAK dan 4 Pingat GANGSA.











\








































 


AZLAN BIN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


19 July 2022

KENALI SILAT BARULAH MENGENAL AKHLAK, SENI, BANGSA, ADAT, JATIDIRI DAN BUDAYA WARISAN SENDIRI

 

KENALI SILAT BARULAH MENGENAL AKHLAK, SENI, BANGSA, ADAT, JATIDIRI DAN BUDAYA WARISAN SENDIRI

Ada orang madah silat sik relevan gik time tok tegal orang berperang dah make pistol. 

Bab tanah dan pusaka peninggalan orang tua bukan main kitak berebut nak ngakuk dan ngempun, kenak bab pusaka warisan budaya orang tua, kitak orang sik nilaikan harganya seperti sehamparan tanah bumi dan sekalian alam?. 

Silat bukan jak pasal pantas, deras dan keras jak wahai bangsa Mim sekalian. Dalam silat belajar juak tegak kiam Alifnya, bongkok rukuk Lam nya, dan bulat sujud Mim nya dan macam ne dalam silat ya berkait akidah dan solatnya dan berkait dengan silaturrahmi silaturrahim nya. Hablun minallah, hablun minan nas Nya. 

Silat bukan setakat belajar berbunuh jak wahai bangsa Mim. Kenali silat rata rata barulah mengenal akhlak, seni, bangsa, adat, jatidiri dan budaya warisan sendiri. Kenali dirimu rata rata barulah kenal akan dirimu jalan yang satu. 

Persilatan adalah penyatuan ke jalan yang satu. Mengecilkan persilatan bermakna mengecilkan ilmu bangsa sendiri serupa menghina ketuanan dan ketuhanan di tanah tempat di mana bumi dipijak dan langit dijunjung. Tak kenal maka tak cinta. Sudah mengenal berkucup rasa. 

Belajarlah ilmu silat sehingga boleh menakluk dan "bersilat" dengan syaitan iblis dalam diri kita sendiri dolok sebelum kita semua berpulang pinjaman kepadaNya rabbul izzati ya Illahi.


Kus semangat.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku".

(QS. Al-'Alaq 96: Ayat1- 2)



AZLAN BIN RUMADI

www.azlanrumadi.blogspot.my

24 June 2022

TINGKATNYA SILAT.SOLAT.SILATURRAHIM

 

TINGKAT SILAT.SOLAT.SILATURRAHIM


Silat.Solat.Silaturrahim.

Tingkat tertinggi dalam persilatan adalah bersilat dengan diri sendiri juga syaitan dan iblis yang bermakam dalam alam manusia dan juga sifat sifat yang dibisik dan dicanang oleh keduanya.

Tingkat tertinggi dalam solat adalah merendah serendahnya diri dan mengosongkan diri serta membesarkan sebesar besarnya hakikat kesempurnaan dan kekuasaanNya.

Tingkat tertinggi dalam silaturrahim adalah beramal ibadah, kebaikan dan kebajikan sesama manusia dan ciptaanNya di sekalian alam tidak mengira apapu dan sesiapapun secara lisan ( qauli ), perbuatan ( Fi'li ) serta niat tulus suci ( qalbi ).

Satu.



AZLAN RUMADI

www.azlanrumadi.blogspot.my

26 November 2018

SAMA RINDOK PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MELAYU SARAWAK 2018 ( PENCAK SILAT ) DI WATERFRONT KUCHING,SARAWAK.


SAMA RINDOK PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MELAYU SARAWAK 2018 ( PENCAK SILAT ) DI WATERFRONT KUCHING,SARAWAK

Sama Rindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2018 ( Pencak Silat ) merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Yayasan Budaya Melayu Sarawak telah berlangsung pada 24 November 20178 bertempat di  Godown Amphitheater Tebingan Sungai Kuching, Sarawak yang menghimpunkan 4 Perguruan Persilatan dari Bahagian Kuching untuk mempersembahkan Persembahan Seni Silat Perguruan masing masing.

Program Sama Rindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2018 ( Pencak Silat ) Pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib Bin Haji Said Yang merupakan Pengurus Besar AKYBMS dan juga Yang Berhormat Datuk Dr Haji Wahbi Bin Haji Junaidi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Agama.

Empat Perguruan yang menyertai persembahan pada kali ini adalah

1.Perguruan Seni Silat Siantong Melayu Asli
2.Perguruan Seni Silat Gerak Kuntau Betawi Darul Hana Kuching
3.Perguruan Seni Silat makrifat
4.Perguruan Seni Silat Dendam Perantau.

Persembahan persilatan ini juga telah berjaya menarik tumpuan para pengunjung dan pelancong yang hadir bersama - sama menyaksikan persembahan - persembahan para pesilat di lokasi penganjuran dan program sebegini semestinya bertujuan untuk memperkenalkan keindahan seni persilatan melayu serta menaikkan martabat persilatan di Negeri Sarawak.

Tahniah kepada penyertaan dari pihak perguruan - perguruan persilatan dan para pesilat - pesilat yang terlibat dalam penyertaanpada kali ini.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my