Showing posts with label Check-In. Show all posts
Showing posts with label Check-In. Show all posts

03 April 2017

MUSIM MEMETIK BUAH SEMANGKA / TEMBIKAI DI JERMALIK , PULAU SERASAN, RIAU, INDONESIA.

 

MUSIM MEMETIK BUAH SEMANGKA / TEMBIKAI DI DESA JERMALIK , PULAU SERASAN, RIAU, INDONESIA. 

Rajin berbudi kepada tanah , pasti akan memetik hasilnya. Musim Panen buah Semangka.Saya terlihat satu posting saudara saya dari Pulau Serasan, Riau Indonesia pada baru - baru ini di laman facebook di mana telah sampainya musim memetik buah tembikai atau semangka yang telah cukup masak di salah satu ladang ayah mertuanya di Desa Jermalik , Pulau Serasan di Riau, Indonesia.

Ladang tembikai tersebut telah memberikan hasilnya setelah sampai waktunya untuk dipetik dan dijual.Buah - buahan tembikai ini akan dijual ke sekitar riau termasuk sehingga ke Pulau Ranai dan sebagainya.

Rasa cemburu pula hati melihat gambar - gambar yang dikirimkan oleh saudara itu tatkala melihat melihat kemeriahan mereka ke ladang penanaman buah tembikai bersama dengan ahli keluarga yang lain.Rindu mula terasa untuk menziarahi Pulau Serasan kembali menemui saudara mara di sana.

Apa yang lebih menarik sebenarnya pemandangan yang menarik dari kawasan tinggi yang menghadap laut yang terbentang luas.











AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



13 December 2016

MENARIK DI JONG CROCODILE FARM SIBURAN KUCHING SARAWAK - SEPTEMBER 2016


MENARIK DI JONG CROCODILE FARM SIBURAN KUCHING SARAWAK - SEPTEMBER 2016

September 2016 yang lepas saya sempat berkunjunbg ke salah satu tempat yang saya sudah lama tidak kunjungi yang  mana merupakan antara lokasi tarikan pengunjung dan pelancong yang datang dan ingin menyaksikan pelbagai jenis haiwan terutama satu haiwan yang menjadi identiti terkenal di Sarawak iaitu BUAYA di Jong Crocodile Farm yang terletak di Siburan Kuching Sarawak.
Jong Crocodile Farm meupakan salah satu lokasi tarikan pelancong yang sangat menaik untuk melihat dengan lebih dekat haiwan yang digeruni dan juga yang merupakan trademark negeri Sarawak terutama pasukan bola sepak Negeri Sarawak yang mendapat gelaran Ngap Sayot.

Video yang saya sediakan pada kali ini merupakan kunjungan saya pada September 2016 yang lepas.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

06 June 2016

#10 TODAY IS AZLAN RUMADI - SECRET RECIPE SATOK , ESPRESSO DAN CREME BRULEE CHEESE

 
#10 TODAY IS AZLAN RUMADI - 
SECRET RECIPE SATOK , ESPRESSO DAN CREME BRULEE CHEESE

Puas sudah merayau dan berjalan - jalan disekitar bandar untuk mencari sedikit barangan yang akan dibawa pulang ke kampung.Tekak pun dah haus dan rasa ingin merehatkan badan sambil bersantai seketika.

Satu benda yang terlintas di fikiran saya,Espresso.. kopi pekat yang pahit dan sedikit manisnya meracuni tekak dan menyegarkan.Kemudian Secret Recepi menjadi lokasi pilihan saya dengan parents untuk relaks sekejap sambil menikmati Espresso dan kek - kek yang terdapat di sana. 

SEGAR ! bila meneguk Espresso dan memberikan mata yang sangat terang dan cergas sebelum meneruskan agenda dan program hari itu.Kemudian dinikmati dengan sepotong Creme Brulee Cheese manakala parents saya memilih The Red Velvet.Sedap !

Agak lama saya tidak menikmati Espresso ini namun ianya merupakan pilihan yang sangat sesuai ketika anda memerlukan sesuatu yang menyegarkan sepanjang hari anda.Percayalah...
















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



06 May 2016

KEPELBAGAIAN JUALAN DI MEDAN NIAGA SATOK , KUCHING, SARAWAK



KEPELBAGAIAN JUALAN DI MEDAN NIAGA SATOK , KUCHING, SARAWAK

Mari ! mari ! mari !
Medan Niaga Satok merupakan antara lokasi penting yang menjadi antara daya tarikan yang sangat menarik bagi sesiapa yang berkunjung ke Kuching, Sarawak.terdapat pelbagai Jualan,barangan dan produk yang terjual di sini dan semestinya di sini menjadi tumpuan orang ramai yang datang dari pelbagai tempat untuk melihat dan memberi apa yang terjual di sini.

Jualan di sini selalunya menawarkan harga yang lebih murah berbanding di tempat lain dengan memberikan tawaran harga terbaik dengan kualiti terbaik.

Saya selalu berkunjung di sini untuk melihat barangan yang terjual di sini.Selain itu terdapat banyak gerai - gerai yang dibuka di sini yang menawarkan barangan - barangan serta sayuran dan buahan yang memberikan banyak pilihan.

Sebelum ini juga saya telah banyak kali berkunjung ke sini dan kali ini saya kongsikan kepada anda semua bagi yang ingin melihat dan mengetahui apa yang terdapat dan terjual di Medan Niaga Satok ini.






















































































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my