Wednesday, January 31, 2018

SENJAKU

SENJAKU

Semalam...
Di kebisuan waktu yang menjerat
Di bawah renung sepi yang membuai
Rindu itu tetap bergelora

Memanggil bait berkeping
Meronta remukkan jiwa
Mempuisikanmu
Memetik nada cinta walau buta

Dan...
Di kesenyapan mimpi
Aku tergolek menanti
Hingga pagi menjelang
Nada sumbang tetap berkumandang

Kini...
Di anggungnya merah senja
Di barisan pematang senja
Aku beku!
Menahan getir rindu tanpamu!

Hampir karam!
Sempat bosan!
Sebelum kuyakinkan bertahan
Kautetap harapan dan impian
Sepi itu indah

31012018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

#GadisDiBalikBulan

Tuesday, January 30, 2018

AKU INGIN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI


AKU INGIN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Hidup dalam kenangan dan ingatan mereka mereka yang mengenang ku dalam baik dan burukku.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam bacaan hasil karya yang menyampaikan dalam tersurat dan tersirat.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam ratapan dan kerinduan dalam kalbu yang menyayangi dan mencintaiku.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam peninggalanku yang tersimpan dan seadanya.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam cinta dan kasih sayang yang subur mewangi.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam manisnya pengorbanan dan usaha yang terjalani.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam bara semangat dan ketetapanku yang terus tetap berdiri.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam degup jantung yang masih menghidupkan.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam tinta dan coretan yang terbaca dan dihayati.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Di daerah daerah yang pernah dikunjung dan dilalui.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam doa dan pesan yang menjadi azimat sakti selamanya nanti.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam indah saat bersama yang abadi dan takkan terganti.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam sebutan nama dan pujian serta celaan cacian yang bersilih ganti.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam percintaan,Persaudaraan dan persahabatan serta seteru lawan yang tetap terjalin.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi.
Dalam gambar dan potretku yang terabadi.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam manis rasa dan pahit duka yang memberi erti.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam pemberian dan amal kebajikan yang tidak terhitung.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam perkongsian ilmu dan perihal pengetahuan yang sama digenggam dan dibekal nanti.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam doa dan limpah restu mereka yang kucintai,kusayangi dan kasihi selalu.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam damai bahagia yang dinikmati dan dikecapi.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam suka duka dan tangis tawa yang pernah ada antara kita. 

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam kepuasan dunia dan kesempurnaan akhirat nanti.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam lumrah dan kenyataan yang ditempuhi.

Aku ingin seribu tahun lagi,
Dalam siang yang penuh penjelasan dan malam yang penuh ilham.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam dirimu,
Dalam cintamu,
Dalam rasamu,
Dalam kamu. 

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam berkat rahmat dan peliharaanMu Ilahi.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Dalam kisah kisah agung yang abadi.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi.
Selamanya terabadi dan tak terganti

Aku bukanlah yang sempurna,
Aku hanya hidup menjalani seadanya sehabis sebaik mungkin.
Aku manusia biasa,
Aku hidup tak selamanya.
Aku tetap aku,
Satu pada Yang Satu,
Aku hanyalah diriku.

Aku ingin hidup seribu tahun lagi,
Menyatu,
Satu,
Kamu,
Aku.

30012018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


MAJLIS PELANCARAN JERSI SARAWAK FA 2018 DAN SESI MEMPEKENALKAN PEMAIN LIGA PREMIER SARAWAK 2018 DI MYDIN PETRAJAYA KUCHING,SARAWAK


MAJLIS PELANCARAN JERSI SARAWAK FA 2018 DAN SESI MEMPEKENALKAN PEMAIN LIGA PREMIER SARAWAK 2018 DI MYDIN PETRAJAYA KUCHING,SARAWAK

Sarawak FA telah membuat pelancaran jersi yang akan disarungkan oleh pemain pemain untuk pasukan Sarawak FA untuk musim tahun 2018.

Pelancaran jersi Sarawak FA tahun ini berlangsung di Mydin Petrajaya Kuching Sarawak pada 28 Januari 2018 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah,Menteri Pelancongan,Kesenian,Budaya, Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Turut hadir mengiringi Datuk Abdul Karim Rahmat Hamzah ialah Yang Berhorma Datuk Posa Majais,President Sarawak FA dan juga Pengarah Urusan Mydin Yang Berhormat  Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Bin Mydin Serta Dif Dif Kehormat yang lain.

Sarawak FA pada tahun ini telah melancarkan empat jersi baru yang digunakan oleh para pemain pemain yang mana mendapat pelbagai reaksi para peminat dan tidak kurang juga para netizen yang mengikuti perkembangan bola sepak Sarawak.

Majlis seterusnya dilanjutkan dengan sesi pengumuman dan memperkenalkan para pemain yang akan bermain dan bertanding untuk pasukan Sarawak FA di Peringkat Piala Presiden juga Liga Premier.

Namun antara yang menjadi tumpuan adalah pengumuman Barisan Pemain yang akan bermain dan berentap untuk pasukan Sarawak FA pada tahun 2018 ini.

Seperti yang diumumkan oleh President Sarawak FA , pasukan Sarawak membariskan 9 orang pemain baru pada tahun 2018 ini. Keseluruhannya menjadikan 14 orang pemain tempatan dari Sarawak dan 10 orang pemain bukan Sarawak termasuk pemain import.

Berikut adalah Senarai Rasmi Pemain Sarawak FA yang akan berentap untuk Pasukan Sarawak atau lebih dikenali gelaran Skuad Bujang Senang atau Ngap Sayot untuk tahun 2018 ini.

1 Iqbal Suhaimi
2 Mohd Firdaus Muhammad
3 Nebosja Marinkovic
4 Benedict Martin
5 Bobby Gonzales
6 Muhammad Muzaimir Abdul Hadi
7 Mohd Sabree Mat Abu
8 Saiful Wazizi Mohammad
9 Shazalee Ramlee
10 Abdul Rahim Abdul Razak
11 Awang Kamaruddin
12 Dalgish Papin
13 Jimmy Raymond
14 Mazwendy Zakeria
15 Mohammad Alif Hassan
16 Mohd Dzulazlan Ibrahim
17 Mohammad Hafis Saperi
18 Mohammad Hafiz Abu Bakar
19 Mohammad Hairol Mokhtar
20 Nor Azizi Ramlee
21 Peter Frank Brown
22 Ramesh Lai
23 Mateo Roskam
24 Milos Raickovic

Para penyokong dan peminat pasukan Sarawak FA Semestinya mengharapkan persembahan yang terbaik dari barisan Para pemain untuk Tahun ini bagi memburu kejuaraan Liga pada tahun ini.

































30 Januari 2018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my 

Monday, January 29, 2018

PAMERAN JERSI KLASIK SARAWAK FA #KITAEMPUNYA

PAMERAN JERSI KLASIK SARAWAK FA #KITAEMPUNYA

Pada petang semalam,28 Januari 2018 telah berlangsung Majlis Pelancaran Jersi Sarawak FA untuk tahun ini,2018 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.Menteri Pelancongan,Kesenian ,Budaya,Belia Dan Sukan di Mydin Petrajaya di Kuching Sarawak.

Selain itu juga,turut berlangsung adalah Pameran Jersi Klasik Sarawak FA yang menghimpunan koleksi Jersi oleh para kolektor.

Jersi jersi klasik yang dipamerkan adalah jersi jersi yang dikumpul yang mana pernah digunakan oleh bekas bekas tokoh pemain yang pernah bermain dalam pasukan bolasepak Sarawak.

Pameran ini telah berjaya menarik minat orang ramai yang ingin mengetahui informasi latar belakang perkembangan sukan bola sepak di Negeri Sarawak.

Pada itu juga,Yang Berhormat Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.Menteri Pelancongan,Kesenian ,Budaya,Belia Dan Sukan turut meluangkan masa untuk berkunjung ke pameran ini.

29012018,Ahad.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my