Showing posts with label Naturals. Show all posts
Showing posts with label Naturals. Show all posts

04 March 2019

HUJUNG MINGGU DI ECO-TOUR JUNGLE TRACKING WATERFALL SEBAT DAYAK DI SEMATAN, SARAWAK. 02.03.2019


PROGRAM HUJUNG MINGGU DI ECO-TOUR JUNGLE TRACKING SEBAT DAYAK DI SEMATAN, SARAWAK. 02.03.2019

Finally, dah lama rasanya tak mengadakan program - program outdoor pada hujung minggu. Maklum juga kerana tugas, kekangan masa dan sebagainya. kali ini mesti mau pergi jugak... hahaha. Lokasi pada kali ini ? Di kawasan Sebat Dayak di Sematan, Sarawak.

Saya pun pertama kali juga melawat ke sini. Saya mendapat infomasi tentang tempat ini dari seorang brother. Then, hari Sabtu pada 02.03.2019 kami terus buat satu lawatan ke lokasi. Perjalanan dari Kuching bermula pada kira - kira jam 9.30 pagi.

ROTI JANTAN DI SK NASI KANDAR METROCITY KUCHING, SARAWAK.

Sebelum berangkat ke Sematan. Singgah sarapan dulu di SK Nasi Kandar di Metrocity Kuching. Menu Sarapan. Roti Jantan dan Teh Tarik.. first time juga merasa Roti Jantan. Taste ? yummy....just next time order lagi dengan sambal lebih. gitu.. Steadyyyyy...




BERANGKAT KE SEMATAN

Selepas bersarapan terus berangkat ke Sematan. Perjalanan pada kali ini menggunakan laluan persisiran pantai yang akan melalui Feri Rambungan dan seterusnya menuju ke persimpangan Sampadi. Perjalanan mengambil masa kira - kiran 2 jam sebelum sampai ke lokasi.






ECO-TOUR JUNGLE TRACKING SEBAT DAYAK

Sampai sudah setelah melalui perjalanan 2 jam yang agak jauh.Setelah sampai terus memulakan perjalanan menuju ke Eco-Tour Jungle Tracking. Sememangnya saya gemar untuk pergi ke tempat - tempat di mana saya dapat menikmati pemandangan alam semulajadi seperti di sini. Ianya sangat memberi ketenangan dan merehatkan fikiran setelah sepanjang minggi bekerja.




 












 SEBAT WATERFALL ( AIR TERJUN SEBAT ), SAMATAN

Here we are. Best of the best view. Waterfall atau air terjun merupakan salah satu yang paling SYiiooqqq.. kat sini. Air terjun nya sangat cantik dan pemandangannya sangatlah mempesona. Air agak deras kerana kawasan tersebut baru sahaja hujan pada pagi itu. Air sejuukkkk...

For Sure saya "mark" kawasan ini untuk lawatan yang seterusnya. Saya plan akan melawat lagi ke sini dengan perancangan aktiviti yang lain pula.

Setelah penat dengan perjalanan dari Kuching dan jalan di kawasan rimbanya sebelum sampai ke Kawasan air terjunnya....... Kita mandi dulu...

Setelah penat mandi... perut lapar... cari tempat makan dulu.



























DANGAO CAFE,SEMATAN.

Dangao Cafe merupakan tempat persinggahan untuk makan petang setelah penat dengan perjalanan dan mandi di kawasan Sebat Waterfall.







Setelah makan dan berehat sekejap. Berangkat balik ke Kuching.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

01 August 2016

40 KOLEKSI GAMBAR - GAMBAR ANAK KUCING YANG TERLAJAK COMEL


40 KOLEKSI GAMBAR - GAMBAR ANAK KUCING YANG TERLAJAK COMEL

Hati siapa yang tak cair melihat gelagat si kecil kitty yang sedang lincah bermain dengan pelbagai aksi - aksi yang sangat menghiburkan dan mencuit hati.Semua orang ingin memegan dan bermain dengan nya setiap kali terlihat dan terjumpa dengan mereka yang sedang nakal bermain dan bergurau - gurau dengan apa jua pun.
Anak - anak kucing walau apa pun sememangnya nampak comel dan mencuit hati walau di mana saja mereka berada.Sehingga kan ramai pencinta kucing begitu gemar dan tertarik untuk bermain dengan anak - anak kucing ini.Malah mereka dilayan seperti anak - anak kecil.Kehadiran anak - anak kucing sememangnya akan membuatkan hari - hari yang ceria melihat pelbagai telatah mereka yang menghiburkan.


Tidak hairan mengapa sesetengah pencinta kucing sanggup membuatkan apa sahaja untuk memiliki si kecil ini untuk mengisi ruang kesepian dan menjadi penghibur di kala duka terutama mereka yang belum berkahwin.

Kehadiran mereka sememangnya mewarnai hari - hari dengan usikan dan gurauan mereka.

40 Koleksi gambar - gambar anak kucing atau kitten yang terlajak comel lagi mencuit hati ini adalah koleksi dari pelbagai sumber.

Mereka memang sangat sangat sangat comel

Miooowwwwwwww...

































 








AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my