Showing posts with label Johor Darul Takzim. Show all posts
Showing posts with label Johor Darul Takzim. Show all posts

07 October 2015

#12 WORDLESS WEDNESDAY - PANORAMA JOHOR BAHARU


 #12 WORDLESS WEDNESDAY - PANORAMA JOHOR BAHARU






LOKASI : KSL CITY MALL,JOHOR BAHRU



LOKASI : CITY SQUARE,JOHOR BAHRU






07102015

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 











03 August 2015

BERSAMA ULTRAS GB13 DI PERLAWANAN SARAWAK VS JDT DI STADIUM NEGERI KUCHING, SARAWAK


Pada Sabtu yang lepas telah berlangsung perlawanan LIGA SUPER 2015 antara Sarawak melawan Johor Darul Takzim ( JDT ) di Stadium Negeri Kuching,Sarawak.

Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai bukanlah penghalang untuk orang ramai turun ke Stadium untuk menonton perlawanan.Walaupun kehadiran penonton di Stadium pada malam itu agak kurang, namun sorakan dari Kelab Penyokong Pasukan Bola Sepak Sarawak,GB13 memeriahkan suasana perlawananan pada malam itu.

Perlawanan pada malam itu juga di serikan dengan Kehadiran Tengku Mahkota Johor yang menerima Sorakan " Selamat Datang Tengku Mahkota " dari GB13.Tengku Mahkota berdiri sebagai tanda hormat dan memberikan tepukan kepada GB13.Salute,Tuanku !


SEBELUM PERLAWANAN

Seawal jam 5.30 petang ahli - ahli pasukan penyokong GB13 berkumpul di tempat parking kereta bagi sementara menunggu kehadiran ahli - ahli yang yang lain.Menurut informasi dari salah seorang dari mereka,tiket telahpun disediakan lebih awal bagi mengelakkan masalah untuk memasuki pintu masuk stadium.




Setelah bilangan ahli - ahli mencukupi sedikit taklimat ringkas akan dibuat oleh seorang leader untuk menerangkan perancangan pada pada malam perlawanan yang akan berlangsung disamping memberikan pesanan dan peringatan untuk ahli - ahli yang lain.



Sebelum memasuki stadium pemeriksaan tehadap instrument alat muzik seperti drum di periksa terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah  semasa perlawanan berlangsung nanti.

Setelah semua CLEAR.Kami pun mula bergerak ke Stadium.






Di pintu Stadium laluan Gate B menjadi laluan kemasukan ke Stadium. Kami menunggu di Gate B untuk memasuki Stadium setelah mendapat kebenaran dari Pihak Pengurusan Stadium Negeri Sarawak.


Alhamdulillah..kira - kira pukul 7.00 lebih kami telah memasuki Stadium dan mengambil tempat serta membuat persiapan terakhir seperti memasang bendera dan banner serta memasang peralatan yanng terlibat seperti drum dan sebagainya.


FINALLY ! WE ARE HERE FOR CHANTING ! Chanting berterusan sepanjang perlawanan dengan mempersembahkan barisan lagu - lagu yang membakar semangat pemain Sarawak dan semangat penyokong setia Pasukan Bola Sepak Sarawak.


Seterusnya saya kongsikan aksi penyokong yang tetap setia duduk dibangku stadium untuk memberikan sokongan penuh dan padu kepada Pasukan Bola Sepak Sarawak pada malam itu.






Kelihatan dibahagian hujung dengan Banner berwarna hitam adalah penyokong JDT atau lebih dikenali dengan nama B.O.S (  Boys Of Straits ) yang datang dari Semenanjung Malaysia untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan JDT bersama dengan kehadiran Tengku Mahkota Johor ( TMJ ) pada malam itu.

Walau apapun pujian terhadap disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh mereka disamping dengan hubungan baik dengan penyokong tempatan GB13.Terima kasih kepada penyokong Pasukan JDT pada malam itu.




Terdapat juga penyokong dari Luar Negara yang sempat bergambar bersama - sama saya pada malam itu.











Pelawanan yang berlangsung selama 90 Minit menyaksikan Sarawak kalah ditangan Pasukan JDT.Namun sokongan padu yang diberikan kepada pasukan Sarawak dari GB13 tetap diteruskan kerana hakikatnya BOLA ITU BULAT dan KALAH MENANG ADAT PERTANDINGAN.

Pandangan saya pada malam itu,ada sedikit kemajuan dalam permainan Sarawak pada malam.Separuh masa pertama Sarawak banyak bertahan dan menyerang.Namun pada separuh masa kedua.Sedikit kesilapan di atas padang memberikan dua gol kepada JDT.







MARI KITA KE STADIUM MENYOKONG PASUKAN BOLA SEPAK NEGERI SARAWAK.
KALAH MENANG NANG NGIRA
ANANG CHABUT TERUS MANSANG


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



05 March 2014

KEENAKAN POPIAH BASAH DARI JOHOR BAHRU





Masa masih bekerja kat JOHOR BAHRU tempoh hari,adalah seorang rakan sekerja ini yang bawakkan makanan ni kat tempat kerja.. sekali rasa sedaplah pulak..terus pesan di beli beberapa kali..

Selepas balik Sarawak dah tak da lagi jumpa makanan  ni.Ada sesiapa yang kat SARAWAK tahu mana nak dapatkan POPIA BASAH ni kat Sarawak terutama kawasan sekitar bandaraya Kuching...mohon kongsikan kat saya ekk.

PEACE !

BERKUNJUNG KE PENGHUJUNG BENUA ASIA DI TANJUNG PIAI,JOHOR DARUL TAKZIM


Meneritakan tentang pengalaman pada tahun lalu,saya dibawa oleh seorang kakak,namanya Tuan Azlin atau Pasu Cina.. tang mana datang nama pasu cina tu ? heheh. juga merupakan salah seorang kawan karib dan rakan sekerja saya di Johor Bahru ke sebuah tempat yang tak di sangka-sangka saya akan sampai.Sekali tengok "Sign Board" bukan sebarang tempat juga kan.Tempat yang unik dan boleh dikatakan istimewa untuk mereka yang belum pernah berkunjung ke sini.

PENGHUJUNG BENUA ASIA DI TANJUNG PIAI JOHOR DARUL TAKZIM

Pertama kali juga saya sampai ke sini.Inilah Pengalaman yang saya takkan lupakan dan kenangan saya dapat bawa pulang ke Sarawak.

Apa pun terima kasih kepada mereka yang menjayakan saya untuk sampai ke destinasi pilihan ini.Kenangan ini merupakan pengalaman yang amat bernilai dan saya akan ingat sampai bila - bila.

Kepada mereka yang belum sampai ke sini bolehlah mengunjungi tempat - tempat seperti ini untuk mengenali antara tempat yang menarik di dalam Negeri Johor dan Negara kita tercinta.Malaysia.

InshaAllah jika ada masa saya ke Johor Darul Takzim nanti,saya akan ke sini lagi




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


17 April 2013

BURGER BAKAR ABANG BURN DI JOHOR BAHRU,JOHOR DARUL TAKZIM



BURGER BAKAR ABANG BURN DI JOHOR BAHRU,JOHOR DARUL TAKZIM . Masih teringat lagi semasa saya ditugaskan di Jor Bahru pada 2 tahun yang lepas.Antara yang saya paling ingati adalah makanan yang saya selalu makan,Salah satunya adalah Burger Bakar Abang Burn.Selalunya saya beli kat B.Point yang tidak jauh dari dari Bangunan Sultan Iskandar atau lebih dikenali sebagai Tambak Johor.

Apa yang best mengenai Burger Bakar Abang Burn ini adalah kelainan daari segi penyediaan nya yang lain dari burger yang lain.Kalau anda melihat gambar di atasa anda sendiri boleh menilai apa yang lainnya.Tidak rugi untuk anda mengeluarkan duit untuk membeli dan menikmati burger abang burn ini.

Selain itu Burger Bakar Abang Burn ini datang dalam pelbagai pilihan.Anda Mahu Kambing,Anda mahu Daging,Anda mahu Ayam.. semua nya ada..... 

Saya jamin dengan menikmati sehidangan Burger Bakar ini sahaja cukup mengenyangkan.Betuuullllll......

InshaALLAH.. kalau saya ke Johor Bahru nanti saya akan carik Burger Bakar Abang Burn ini.



 BURGER BAKAR ABANG BURN... NANG TERBAEKLAH...

 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com