Pada Sabtu yang lepas telah berlangsung perlawanan LIGA SUPER 2015 antara Sarawak melawan Johor Darul Takzim ( JDT ) di Stadium Negeri Kuching,Sarawak.
Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai bukanlah penghalang untuk orang ramai turun ke Stadium untuk menonton perlawanan.Walaupun kehadiran penonton di Stadium pada malam itu agak kurang, namun sorakan dari Kelab Penyokong Pasukan Bola Sepak Sarawak,GB13 memeriahkan suasana perlawananan pada malam itu.
Perlawanan pada malam itu juga di serikan dengan Kehadiran Tengku Mahkota Johor yang menerima Sorakan " Selamat Datang Tengku Mahkota " dari GB13.Tengku Mahkota berdiri sebagai tanda hormat dan memberikan tepukan kepada GB13.Salute,Tuanku !
SEBELUM PERLAWANAN
Seawal jam 5.30 petang ahli - ahli pasukan penyokong GB13 berkumpul di tempat parking kereta bagi sementara menunggu kehadiran ahli - ahli yang yang lain.Menurut informasi dari salah seorang dari mereka,tiket telahpun disediakan lebih awal bagi mengelakkan masalah untuk memasuki pintu masuk stadium.
Setelah bilangan ahli - ahli mencukupi sedikit taklimat ringkas akan dibuat oleh seorang leader untuk menerangkan perancangan pada pada malam perlawanan yang akan berlangsung disamping memberikan pesanan dan peringatan untuk ahli - ahli yang lain.
Sebelum memasuki stadium pemeriksaan tehadap instrument alat muzik seperti drum di periksa terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah semasa perlawanan berlangsung nanti.
Setelah semua CLEAR.Kami pun mula bergerak ke Stadium.
Di pintu Stadium laluan Gate B menjadi laluan kemasukan ke Stadium. Kami menunggu di Gate B untuk memasuki Stadium setelah mendapat kebenaran dari Pihak Pengurusan Stadium Negeri Sarawak.
Alhamdulillah..kira - kira pukul 7.00 lebih kami telah memasuki Stadium dan mengambil tempat serta membuat persiapan terakhir seperti memasang bendera dan banner serta memasang peralatan yanng terlibat seperti drum dan sebagainya.
FINALLY ! WE ARE HERE FOR CHANTING ! Chanting berterusan sepanjang perlawanan dengan mempersembahkan barisan lagu - lagu yang membakar semangat pemain Sarawak dan semangat penyokong setia Pasukan Bola Sepak Sarawak.
Seterusnya saya kongsikan aksi penyokong yang tetap setia duduk dibangku stadium untuk memberikan sokongan penuh dan padu kepada Pasukan Bola Sepak Sarawak pada malam itu.
Kelihatan dibahagian hujung dengan Banner berwarna hitam adalah penyokong JDT atau lebih dikenali dengan nama B.O.S ( Boys Of Straits ) yang datang dari Semenanjung Malaysia untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan JDT bersama dengan kehadiran Tengku Mahkota Johor ( TMJ ) pada malam itu.
Walau apapun pujian terhadap disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh mereka disamping dengan hubungan baik dengan penyokong tempatan GB13.Terima kasih kepada penyokong Pasukan JDT pada malam itu.
Terdapat juga penyokong dari Luar Negara yang sempat bergambar bersama - sama saya pada malam itu.
Pelawanan yang berlangsung selama 90 Minit menyaksikan Sarawak kalah ditangan Pasukan JDT.Namun sokongan padu yang diberikan kepada pasukan Sarawak dari GB13 tetap diteruskan kerana hakikatnya BOLA ITU BULAT dan KALAH MENANG ADAT PERTANDINGAN.
Pandangan saya pada malam itu,ada sedikit kemajuan dalam permainan Sarawak pada malam.Separuh masa pertama Sarawak banyak bertahan dan menyerang.Namun pada separuh masa kedua.Sedikit kesilapan di atas padang memberikan dua gol kepada JDT.
MARI KITA KE STADIUM MENYOKONG PASUKAN BOLA SEPAK NEGERI SARAWAK.
KALAH MENANG NANG NGIRA
ANANG CHABUT TERUS MANSANG
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment