Monday, August 24, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : SALAI IKAN MAYOK UNTUK MEMBUAT NASI BUBUR HALBA DI MALAM BERINAI


PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : SALAI IKAN MAYOK UNTUK MEMBUAT NASI BUBUR HALBA DI MALAM BERINAI .
Pulau Serasan merupakan satu daerah yang dikelilingi lautan yang memberikan rezeki ikan yang melimpah ruah.Ikan merupakan makanan yang menjadi menu dan hidangan harian bagi penduduk Pulau Serasan termasuk juga dijadikan santapan di majlis - majlis besar dan tersentu seperti majlis perkahwinan,keramaian dan sebagainya.

Salai Ikan Mayok merupakan salah satu hidangan yang menjadi tradisi penduduk Pulau Serasan dan kali ini saya berkesempatan melibatkan diri dalam proses menyediakan Salai ikan Mayok ni.

Mengikut kata ketua jurumasak kami iaitu seorang  mak cik memberitahu proses menyalai ikan mayok boleh memakan masa berjam - jam bagi memastikan ikan yang disalai benar - benar kering supaya ianya tahan lama.Kebiasaannya,salai ikan digunakan sebagai alternatif untuk dibawa oleh mereka yang datang dari jauh atau dibawa ke tempat yang jauh bagi memanjangkan tempoh ikan ketahanan ikan tersebut.

Masyarakat di sini menyalai ikan dengan menggunakan dapur yang diperbuatkan dari tong besi yang dipotong untuk dijadikan dapur dan ternyata ianya berkesan dan memudahkan kerja menyalai dan memasak menggunakan kayu.Masyarakat di sini lebih gemar menggunakan kaedah tradisional kerana mengekalkan keaslian masakan tersebut.lagi pula tong gas amat sukar untuk dibekalkan atas faktor sumber dan pengangkutan kapal yang satu - satunya sebagai perhubungan.

Saya mengakui bukan senang menyediakan salai ikan mayok ini jika kita kurang arif tentang pengetahuan dalam proses menyediakan salai tersebut.Malah masakan dengan cara tradisional ini memberikan rasa yang lebih sedap dan lazat kepada makanan tersebut.Percayalah...















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


No comments: