Friday, February 05, 2016

BAKA - BAKA KUCING PILIHAN POPULAR DARI SELURUH DUNIA



BAKA - BAKA KUCING PILIHAN POPULAR DARI SELURUH DUNIA

MIOOWWW.....MIOWWWW...... mesti ramai yang akan tertarik dengan bunyi - bunyi kucing ini seperti melihat anak - anak kecil setiap kali mengiau dan membuatkan ramai orang yang terpikat dan ingin memegang dan geram dengan gelagat dan personalitinya yang comel haiwan yang terdiri dari pelbagai baka ini.Itulah haiwan yang dinamakan Kucing... MIOOW !

Kucing merupakan salah satu haiwan yang mempunyai daya tarikan tertentu sehingga ramai pencinta haiwan termasuk kucing melihat haiwan ini sesuatu yang sangat comel.Melihat kepada kehidupan masa kini minat atau hobi memelihara kucing menjadi semakin popular dengan meningkatnya bilangan kucing dari sekian waktu bagi memenuhi permintaan orang ramai yang berminat untuk memelihara haiwan ini.

Terdapat pelbagai baka di seluruh dunia.Setiap baka kucing mempunyai personaliti dan karekteristik yang unik dan tersendiri.Keplbagaian ini juga mewujudkan pelbagai pilihan kepada pembela kucing ini untuk dijadikan haiwan peliharaan di rumah.

Baka - baka dari seluruh dunia ini sememangnya sering menjadi tarikan kepada peminat kucing malah ianya turut dipertandingkan dalam pertadingan - pertandingan tertentu yang meliputi pelbagai peringkat.Sememangnya peminat dan pembela kucing - kucing ini menginginkan baka kuing yang terbaik untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Malah jangan terkejut sekiranya kita mendapati terdapat individu yang menjadikan kucing  - kucing dari pelbagai baka sebagai koleksi untuk memenuhi minat dan hobi ini.Apa yang lebih mengejutkan terdapat sebilangan orang yang sanggup menghabiskan ratusan dan ribuan ringgit untuk melaksanakan minat dan hobi ini.

Baka - baka kucing ini juga mempunyai rahsia tertentu malah ada yang dikaitkan dengan sejarah - sejarah dan peristiwa tertentu.sebagai contoh semasa zaman firaun terdapat kepercayaan dan agama yang menyembah kucing yang dipercayai dari baka Sphynx.Malah imej baka ini sering ditonjolkan dalam siri filem - filem tayangan tertentu.

Selain itu juga tidak dinafikan terdapat pengkaji dan kajian makmal yang mengkaji tentang perihal kuing bagi memahami tentang haiwan yang semakin menjadi kegilaan ramai ini.Sesetengah saintis juga turut menjalankan penyelidikan genetik dengan melaksanakan proses kacuk yang turut menyumbang dalam mempelbagaikan baka dan spesis kucing ini walaupun mendapat tentangan dari sesetengah pihak.

Semestinya gelagat dan aksi - aksi nakal dan manja kucing peliharaan ini menjadikan ianya satu yang menghiburkan hati dan ini membuatkan perasaan yang erat diantara tuan denga haiwan peliharaannya.Malah ramai yang disoal mengatakan kucing sebahagian dari kehidupan dan seperti ahli keluarga sendiri seperti mana haiwan lain.

Zaman beredar dan terdapat lebih banyak baka kucing yang baru telah dijumpai dan kucing menjadi haiwan peliharaan yang mendiami hampir setiap rumah diseluruh dunia bagi kawasan yang terdapat haiwan yang menawan hati ini.Tidak hairan sekiranya sesetengah penerbit filem diseluruh dunia turut menerbitkan filem yang memasukkan watak kucing dalam filem mereka contoh seperti filem "Garfield",catVs Dog dan banyak lagi.

Sebagai manusia yang mempunyai kemanusiaan kita dianugerahkan sifat berkasih sayang sesama mahkluk dan adalah menjadi kewajipan untuk kita mensejahterakan sesama mahkluk yang diberi nyawa seperti juag Sunnah Rasullullah.Kucing mempunyai pelbagai hikmah seperti kita manusia yang pelbagai keturunan dan begitu juga baka - baka kucing di seluruh dunia.

Berukutnya saya kongsikan beberapa baka - baka kucing yang menjadi pilihan polular dari banyak baka - baka kucing terdapat di seluruh dunia.













































 






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




No comments: