Showing posts with label Threesixty. Show all posts
Showing posts with label Threesixty. Show all posts

06 March 2018

PERSINGGAHAN DI MASJID NURIR RAHMANI,KAMPUNG SANTUBONG,KUCHING, SARAWAK.

PERSINGGAHAN DI MASJID NURIR RAHMANI,KAMPUNG SANTUBONG,KUCHING, SARAWAK.

Minggu lepas saya singgah ke Masjid ini nak solat Asar. Terdapat satu kejutan yang menanti saya di Masjid ini yang saya sendiri tidak menyangka.

Ceritanya begini. Masa tu saya sedang bersiar siar then saya singgahlah ke Kampung Santubong lalu ke Masjid Nurir Rahman untuk solat. Sampai di Masjid saya park kereta saya di luar pagar.

Mulanya saya tengok Masjid ini dari luar nampak macam biasa saja.Saya terus ke pili air untuk berwudhu.Selepas berwudhu saya masuk dan Wow !

Kejutan dengan pemandangan yang sangat mengujakan dan cantik. Saya teruskan dulu dengan solat sampai habis.

Kemudian mata saya mengamati dan memerhatikan satu persatu ukiran kayu yang sangat indah di depan saya.Agak lama saya melihat satu persatu seni ukiran kayu yang sangat indah dan halus.Dari gerbang dan tiang tiang sehinggalah ke mimbarnya.

Saya merasa sungguh terpesona dan kagum.Ukiran nya sangat halus dan berseni. Saya tidak menyangka akan kejutan yang sangat indah yang saya temui.

Insha Allah saya akan berkunjung lagi.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

25 December 2017

JAMBATAN DARUL HANA KUCHING SARAWAK PADA MALAM AMBANG HARI KRISMAS 2017

JAMBATAN DARUL HANA KUCHING SARAWAK PADA MALAM AMBANG HARI KRISMAS 2017

Semalam saya sempat berkunjung ke Jambatan Darul Hana untuk menikmati pemandangan Bandaraya Kuching Sarawak di waktu malam. Semestinya pemamdangan Kuching yang sangat indah dan damai yang dapat kita lihat dari   Jambatan Darul Hana ini.

Semenjak perasmian Jambatan Darul Hana ini dirasmikan pada 11 November 2017 (11.11.2017) yang lepas, Jambatan Darul Hana menjadi tumpuan orang awam  yang ingin merasai pengalamam menaiki jambatan yang merentas Sungai Sarawak di tengah kota tersebut.

Begitu malam semalam di mana ramai yang tidak melepaskan peluang berkunjung ke Waterfront Kuching untuk menaiki Jambatan Darul Hana pada ambang Hari Krismas  untuk tahun 2017.

Pemandangan Bandar Kuching yang sangat indah dapat kita lihat dan nikmati dari Jambatan Darul Hana ini dengan kesan cahaya lampu yang menghiasi seluruh pemandangan Kota Kuching.

Pada Ambang Hari Krismas dalam tadi ramai pengunjung yang datang membawa ahli keluarga,rakan sahabat dan juga pasangan masing masing.

Namun adalah diingatkan pada pengalaman saya sendiri, Jambatan ini agak bergoyang dan berayun ketika mana pengunjung tengah ramai di atas jambatan.Walaubagaimanapun Jambatannya adalah kukuh memandangkan rekaan Jambatan itu sendiri seolah olah Jambatan gantung.

Sepanjang berjalan di atas Jambatan Darul ini pelbagai reaksi yang saya dapat lihat dari orang ramai yang berkunjung.Pastinya orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil gambar di atas Jambatan Darul Hana yang juga merupakan satu tarikan di Jambatan tersebut.

Penganut agama Kristen akan menyambut Merry Christmas atau Hari Natal.Saya juga ingin mengucapkan Merry Christmas kepada yang merayakan terutama kepada para Sahabat dan kenalan saya yang merayakan.

Merry Christmas and Happy New Year

25.12.2017

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my