#2 INSPIRASI REKABENTUK DAN HIASAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - APARTMENT KOS RENDAH ALA KONDOMINIUM
Tidaklah mengira apapun rekabentuk kediaman anda sekiranya bijak dalam menguruskan perhiasan dalaman dan menyesuaikan hiasan dalamannya ianya tetap akan nampak menarik dan menjadikan kediaman anda sangat indah dan cantik.Pemilihan rekaan perhiasan dalaman yang bersesuaian dan tepat akan merubah perspektif anda pada kediaman anda.
Hiasan dalaman yang saya kongsikan pada kali ini adalah hiasan atau dekorasi dari sebuah rumah apartment kos rendah namun penyesuaian hiasan dalaman seperti perabot,langsir dan sebanganya menjadikan ianya sebiah kediaman yang tampak indah dan mewah serta esklusif ala kondominium. Dekorasi rumah Apartment kos rendah ini adalah berskala 680sqft.
FORCED PERSPECTIVE PHOTOGRAPHY YANG GEMPAK DARI PHOTOGRAPHER WIRE HON
Saya percaya tidak ramai yang pernah mendengar istilah " Forced Perspektif Photography" ini melainkan anda adalah seorang photographer atau jurugambar yang benar - benar meminati dan menjiwai bidang fotografi ini.
Apa itu Forced Perspective Photography ?
Secara ringkasnya ianya adalah suatu teknik fotografi yang memanfaatkan ilusi optik untuk membuat objek tampak lebih jauh,lebih dekat, lebih besar, atau lebih kecil daripada yang sebenar. Ianya seringkali atau banyak kali digunakan dalam fotografi, pembuatan atau penghasilan filem dan juga senibina.
Fotografi karya Wire Hon
Secara jujur sayapun belum kenal juga dengan teknik Forced Perspective Photography ini sebenarnya sehinggalah saya menemui hasil karya dari jurufoto yang menggunakan nama " Wire Hon" ini.Tampak menarik lagi beliau hanya menggunakan peralatan -peralatan yang ringkas dan mudah serta penggunakan telefon pintar beliau untuk menghasilkan karya - karya menarik beliau.
Siapakah model beliau ? permainan - permanian dari watak animasi Marvel.Best kan? rasa - rasa nak cuba juga dengan teknik fotografi macam ni lah nanti.
"GLASS SKYSLIDE" MULA DIBUKA DI BANGUNAN TERTINGGI DI LOST ANGELES,AMERIKA SYARIKAT.
Ramai yang mengatakan ianya adalah idea gila dan berfikir banyak kali untukmencubanya.Namun itulah hakikatnya dengan tarikan terbaru di Lost Angeles, California mengenai idea untuk menggelongsor di udara melalui lapisan kaca dari tingkat 70 ke tingkat 69 di kedudukan tinggi di udara.
Sungguh begitu ramai yang mula menerima cabaran untuk menggelongsor di atas pelantar kaca transparent pada ketinggian lebih 1000 kaki di udara.Bulan Jun 2016 memulakan pembukaan Glass Skyslide kepada orang ramai yang dibina pada bangunan Bangunan US Bank Tower yang berketinggian 1,018 kaki ( 304 Meter ) bersamaa dengan 72 tingkat.
Glass Skyslide dibina sepanjang 46 kaki ( 14 meter ) menghubungkan tingkat 70 ke tingkat 69 melalui gelongsor yang dibuat dari gentian kaca khas.Lapisan kaca yang digunakan adalah setebal 32 mm yang disokong oleh kerangka besi yang tergantung disisi bangunan tertinggi itu.
Sepanjang menggelongsor melalui gelongsor kaca tersebut , penggunjung akan berpeluang penyaksikan pemandangan indah Bandar Metropoolitan Lost Angeles yang menghampar luas yang merupakan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan.Selain itu alas bagi kemudahan pengunjung semasa menggelongsor juga disediakan.
Skyslide merupakan sebahagian daripada 2,800 kaki persegi (260 meter persegi) Dek Pemerhatian Skyspace, yang dicipta oleh Singapura pemaju OUE Limited selepas membeli pencakar langit pada tahun 2013.
Destinasi pelancongan baru di bahagian atas banguanan ini memberikan pemandangan 360 darjahbandardan landskap sekitarnya.Selain itu terdapat ruang acara dan pameran interaktif serta slaid, yang disediakan oleh OUE . Pihak OUE menggambarkan ianya sebagai"thrill experience unlike any other"
Bayaran masuk ke Skyspace berharga $ 25 (£ 17) dan menunggang Skyslide pula memerlukan tambahan