Showing posts with label What You See Is What You Get. Show all posts
Showing posts with label What You See Is What You Get. Show all posts

10 October 2018

IDEA KREATIF - KATIL BUATAN DARI KAYU PALLET

  

IDEA KREATIF - KATIL BUATAN DARI KAYU PALLET

Jika kita melihat dan meneliti sekeliling kita banyak bahan - bahan yang terdapat di sekeliling kita boleh diguna semula unutk menghasilkan sesuatu benda yang baru contohnya adalah kayu pallet yang telah digunakan.

Mungkin ramai yang tidak pernah terfikir dengan menggunakan kayu pallet anda mampu menggunakannya untuk menghasilkan perabot yang terdapat di dalam rumah anda dan kali ini saya ingin mengongsikan kepada salah satu buatan dari kayu pallet iaitu katil dari kayu pallet.

Ringkas dan menarik. Rekaan katil - katil yang dihasilkan dengan menggunakan kayu pallet bukan sahaja menjimatkan kos malah ianya lebih ringkas serta penampilan yang sangat menarik. Ianya amatlah mudah untuk dihasilkan kerana ianya hanya menggunakan bahan - bahan yang sangat mudah untuk didapati di mana - mana.

Beikut saya kongsikan gambar - gambar katil - katil yang diperbuat dari kayu - kayu pallet untuk dijadikan inspirasi kepada anda semua.


AZLAN RUMADI
www.azlanruamdi.blogspot.my





 






 















 

09 April 2018

LATTE COFFEE WARNA WARNI DAN KESENIANNYA YANG UNIK


LATTE COFFEE WARNA WARNI DAN KESENIANNYA YANG UNIK

Kopi. Saya percaya ramai yang meminati kopi kerana keunikan rasa, aroma dan penyediaannya selain sebagai pemula hari yang menyegarkan.Selain itu terdapat pelbagai jenis penyediaan kopi diseluruh dunia dan sebahagian nya telah saya kongsikan pada pos yang sebelum ini.


Salah satu jenis penyediaan kopi yang saya anggap ber" style" adalah Latte Coffee yang memerlukan kemahiran dan bakat yang tertentu untuk menyediakan dan mencorakkan hasil seni dari kombinasi kopi ( Espresso ) dan susu segar yang digunakan untuk menghasilkan Latte Coffee yang menarik.

Ianya amat memerlukan latihan yang teliti untuk menghasil atau menggubah Latte Coffee yang bagus menarik dan cantik.Sebahagian pembuat kopi atau pun barista yang berkemahiran mempunyai pattern atau trademark yang tersendiri melalui kesenian atau bentuk corak yang dihasilkan dalam penyediaan Latte Coffee.Ianya semestinya melibatkan kombinasi konsentrasi dan kreativiti dalam menyediakan Latte Coffee yang berkualiti.

LATTE COFFEE WARNA WARNI

Saya merupakan antara seorang peminat kopi terutamanya Espresso yang mempunyai keunikan dan kepekatan rasanya yang tersendiri walaupun tidak semua orang menggemarinya yang mungkin kerana kepekatan rasa kopinya yang pahit ataupun sebaliknya.

Saya menemui gambar - gambar Latte Coffee yang digubah penuh warna warni dalam perkongsian seorang rakan saya dalam satu page Facebook pada baru - baru ini. Jika anda melihat satu persatu pada gambar Latte Coffee yang saya kongsikan ini,menarik bukan? 

Resepi asal penghasilan Latte adalah Espresso dan Susu segar yang distimkan ( sedikit kental ) dimana mana prosesnya adalah dengan menuang susu yang distimkan sedikit demi sedikit ke dalam cawan kopi sambil dicorakkan pattern - pettern tetentu untuk menampakkannya lebih menarik dan kretive selain menaikkan selera peminum kopi.

Namun apa yang menarik pada Latte Coffee ini ialah Susu yang digunakan untuk dituangkan ke dalam kopi diberikan sentuhan warna warni yang lebih menghidupkan kesenian yang mempesonakan dalam menyediakan Latte Coffee yang benar - benar unik dan menawan. 

Keunikan warna warni pada Latte Coffee yang dihasilkan oleh Barista ini bukan sahaja menarikkan selera untuk menikmatinya malah ianya mempunyai sentuhan kesenian yang sangat halus.

JOM NGOPI !





















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


18 January 2018

#18 WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET - KEUNIKAN DAN KECANTIKAN ULAR-ULAR YANG PENUH WARNA-WARNI

KEUNIKAN DAN KECANTIKAN ULAR-ULAR YANG PENUH WARNA-WARNI

Ular merupakan salah satu haiwan dalam kategori reptilia yang digeruni dan ditakuti oleh kebanyakan orang di seluruh dunia.

Kejadian-kejadian yang melibatkan nyawa dan kematian kerana patukan ular yang berbisa seperti ular senduk atau cobra dan banyak lagi spesis serta kejadian seperti ular besar seperti Anaconda menelan manusia di kawasan Amerika Selatan seperti Hutan Amazon membuatkan kebanyakan dari kita beranggapan spesis ular-ular ini merupakan satu ancaman yang bahawa.

Walaubagaimanapun,setiap ciptaan Tuhan mempunyai keindahan yang tersendiri termasuk juga haiwan seperti ular.

Terdapat banyak spesis ular yang direkodkan diseluruh dunia yang mempunyai rupa dan warna yang pelbagai.

Untuk segmen kali ini saya ingin berkongsikan beberapa gambar yang unik dan menarik mengenai ular - ular yang cantik ini.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my